Raya 2017


untuk raya kali ni aku takde gambar 
'Family potrait' sob sob
raya pertama ayah aku kerja
tahun ni pulak ramai saudara aku yang beraya di sebelah keluarga mertua

so tak berapa ramai yg balik
daging 6 kilo aku dan adik terkial-kial potong
perghhh memang lenguh tangan
bawang merah 4 kilo dikupas
sup sekawah macam biasa pak Tam yang buat

nasib la Cu ada. dapat tolong mak aku memasak untuk berbuka puasa 
last ramadhan untuk tahun ni

lemang tahun ni pun tak buat. hanya mampu tempah kt orang

lemang dan rendang memang makanan wajib kat rumah opah
walaupun tak ramai balik, memang wajib masak untuk 50 orang. LOL
sebab raya pertama selalunya ramai saudara mara opah datang mengunjung

cuma sesi bergambar je takde tahun ni
sobs sobs



selamat hari raya 
maaf zahir dan batin :)


No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...