Posts

Showing posts from December, 2016

falsafah aku dalam poligami

Image
haritu aku terima panggilan daripada nombor tak dikenali aku : haaa hello siapa ni ? juba : ni aku juba. aku : siapa tu. *lama aku terdiam juba : aku laaaa. *sebut nama penuh aku : juba!!!!!! ko nak apa do ?
juba (bukan nama sebenar). kat sekolah mamat ni memang popular. popular bukan sebab kacak seperti Lee Min Ho jauh sekali seperti Lee Dong Wook apatah lagi seperti Gong Yoo popular sebab perwatakannya yang ramah dan kelakar. terutama dengan perempuan, dia lagi lagi lah terlebih ramah bak kata kawan sekelas aku "siapa je tak kenal Juba kat maktab ni"  "highlanderz yang tak kenal Juba, maka dia bukan  highlanderz" (highlanderz : penghuni maktab teragung) tuidaaa. betapa nak kata. kau wajib kenal Juba  *jarang aku gelarkan sekolah aku 'sekolah' sebab kami memang 'budak maktab'
juba : aku saje call. dapat free call aku : tak pernah-pernah kau cakap dengan aku kat maktab dulu. 
memang di maktab dulu aku jarang bergaul dengan lelaki. zaman upper form …

cia-cia nenek kebayan

Image
petang tu, lepas kelas kebiasaannya aku dan nenek kebayan akan ke KPS untuk makan nmacam biasa, kami akan puskan nafsu makan yang dah lama tersimpan sejak dari pagi. kelas harian 
yang agak 'packed' membuatkan kami menahan nafsu makan pada 'waktu lunch' qadho diwaktu petang, makan sekali untuk malam
jimat! nenek kebayan : shima, nak tanya aku :  apa dia ? nenek kebayan : kalau aku bulan, kau apa ? aku : kalau kau bulan, aku lah cahaya yang menerangi bulan. bulan dan cahaya tak dapat dipisahkan nenek kebayan : jiwang siot kau. cia cia

bila tiba masa

Image
bila tiba masa, aku rasa kosong bila tiba masa aku rasa nak berseorangan  bila tiba masa aku nak tinggalkan semua apa yang aku ada bila tiba masa aku cuba puaskan hati aku
bila tiba masa aku buat ikut kehendak aku semata bila tiba masa aku tidak pedulikan orang lain bila tiba masa aku rasa aku sahaja yang faham diri aku bagaimana bila tiba masa aku rasa semua orang tidak lagi perlukan aku 
bila tiba masa aku rasa kewujudan aku tidak penting dimata manusia lain bila tiba masa aku rasa aku terlalu banyak kekurangan bila tiba masa aku tak perlukan sesiapa untuk berada disisi, baik kawan baik atau pasangan bila tiba masa aku penat dengan mehnah dunia
bila tiba masa aku rasa muak dengan perangai manusia sekeliling bila tiba masa aku rasa cukuplah, Tuhan sahaja tempat kau merintih rasa keperitan 'pe-rasa-an' ini bila tiba masa untuk aku berdiam diri dari semua orang bila tiba masa aku untuk fokus cita-cita hidup aku bila tiba masa aku cuba nafikan yang tindakan aku salah
dan bila t…

Hai Awek!

Image
dekat 3 malam aku keseorangan di bilik, bapak kematu siot best memang lah best time ko tengah stress study thermodynamics then sambil tu ko melalak menyanyi hilangkan stress habis study ko guling-guling layan movie kejap  pasang sound kuat-kuat then sambung study balik
bila kau dah rasa lagho sangat bukak lah lagu nasyid, selawat munjiyat, binnabil huda ke apa takdelah busuk sangat hati kau tu *sarcasm
so malam nya aku siap-siap pergi Kolej Kinabalu (KK8)  aku pergi sebab ada Qasidah lama bhaii telinga aku ni tak dengar qasidah secara live bergenang jugak airmata aku bila dengar, terbayang Baitul Qurro memang feel
sebelum tu ada majlis Iftar aku pun makan setalam dengan Kak Aina dari Fakulti Sastera Sains Sosial, peramah akak ni aku sorang-sorang time tu, memang lone rager betul then datang awek cun ni pergh masa dia masuk tu  dua kali kepala aku teleng kat dia putih, kulit licin, kening tu penting rupanya dia orang Turki budak exchange setahun nama dia Najiye aku sebut Najihah, at f…

kawan abaikan kawan

Image
lepas kena tegur dengan lecturer sebab presentation project tak sampai KPI yg ditetapkan, aku ajak Khai  pergi bank Islam nak tukar kad kejap betul dh hujung tahun! dah janji dengan Ain nak pergi sekali tapi masing-masing merajuk terasa hati*perempuan
sementara menunggu giliran yg lama aku terbukak cerita pasal kolej aku
aku teringin nak pergi audition pengacara majlis malam semalam, ada passion sikit la ke arah tu siap dah beli buku panduan cara-cara mengacara majlis dan bercita-cita jugak nak jadi pengacara majlis yg bertauliah phewww
tapi malam tu aku tak pergi sebab kat kolej aku takde supporter malah aku dah di cop! aku rasa aku je yg paranoid sangat kot padahal kalau aku pergi malam tu takde apa pun
lepas fasa PRK haritu, nama aku banyak la naik kat kolej mana taknya, nama aku tersenarai dalam"orang yang tak sokong kuning" so bila aku pakai baju oren je semua pandang macam nampak Emma Watson

so Khai pun tunjuk rasa simpati kat aku, maka berlanjutan coversation kami
Kh…