Wani Married!!

habis je kelas tepat jam 12 pm terus aku balik bilik kemas-kemas beg, tak sempat aku nak iron baju yang proper untuk ke majlis pernikahan
tepat jam 1pm
 aku dengan berbaju sempoi, berpalazo, tudung bawal gaya rama-rama 
tekan pedal minyak sepuas-puasnya
dengan harapan aku sempat tengok sahabat aku diijab kabulkan
part
"aku terima nikahnya Nor Syazwani bt Ayeob Nadzori..."
ni jangan tinggal!!
4jam perjalanan, naik lenguh kaki aku
untuk mengelakkan rasa mengantuk, aku teguk se-tin Wanda Coffee
alhamdulilah perjalanan aku dipermudahkan
ngam-ngam jam 5 ptg aku sampai rumah fatin, rehatkan badan kejap sementara tunggu fatin siap
maka aku dengan fatin pun berangkat bersama ke rumah wani bersama Zetty, tak sabar nak jumpa Ulala

sampai je Taman Samudera
parking betul-betul depan rumah lama aku, yang kini didiami oleh kakak sedara ku yang merupakan seorang pharmacist
perghhh memang padat kawasan perumahan tu, penuh dengan kereta!!
memang ramai betul org datang majlis akad nikah Wani!
I'm so excited!!

tanpa membuang masa terus aku meluru masuk ke rumah Wani
cari Wani. memang penuh org dalam rumah dia. 
tak kira aku kena eye contact jugak dengan Wani
aku cilok punya cilok akhirnya!

dapat jugak berdiri di posisi yg paling hampir
sibuk tok kadi tu baca kan amanat ke apatah yg kebiasaan tok kadi buat sebelum ijab kabulkan pengantin. 

aku pun dengan suara bisik-bisik 
"wani~ wani~" (sambil melambai tangan dengan harapan dia nampak aku dan ulala yang lain)

 then, she smile :) subhanallah she so pretty!

apalagi aku pun rakam moment-moment indah ini dengan handphone Vivo aku
masing-masing lawan tangkap gambar, sehinggakan aku terpaksa luruskan tangan aku ke atas untuk dapatkan gambar tanpa gangguan handphone org lain

"kau dah kenapa, tangan teketar-ketar" tegur Farina

memang jelas tangan aku terketar-ketar pegang handphone ketika merakam sesi ijab kabul itu.
selesai je
"sah!"
tok kadi baca doa
aku pun menadah tangan 
perghh memang kusyuk aku menghayati doa
sampai mengalirkan airmata!
sebab aku memang sgt berharap Wani dan pasangan kekal bahagia selamanya


aku memang fobia dengar kes rumah tangga org lain, kahwin muda
setahun dua dh tak bersama 
alasannya takde kesefahaman la curang la apa
yelah darah muda
itulah pentingnya ilmu sebelum berkahwin
ilmu pengurusan emosi, pengurusan diri, pengurursan rumah tangga dan yang paling penting ilmu rumah tangga, belajar sirah nabi, tahu hukum-hakam basic agama

entahlah, bagi aku nak selamat rumah tangga
pegangan agama, hubungan dengan Allah kena betul-betul kukuh
maka barulah pasangan itu dapat hadapi dugaan dan rintangan dengan tabah dan sabar

semoga mahligai yg dibinan ini kekal hingga ke syurga
semoga sahabatku menjadi isteri yg solehah
dan suaminya seorang yg soleh
amin :)

Sincerely,
Your Bestfriend-till-Jannah

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...