Krabi part 3


then pulau yg ketiga adalah tempat snorkeling
malangya aku lupa nak snap gambar tmpt snorkeling ni dek terlalu asyik menikmati permandangan sekeliling

ni first time aku snorkeling dan seperti sedia maklum aku memang tak pandai berenang
maka berpusing-pusing la aku dalam laut tuk dek pukulan ombak, dah la kaki tak cecah lantai laut
so gayat jugak la
dan aku try hard nak bagi badan aku meniarap so that dapat tengok ikan-ikan yg colourful
tapi tah kenapa payah sangat
badan aku asyik mengadhadap langit

aku cuba untuk buat posisi sebegini
sebaliknya jadi terbalik
kau rasa ?

aku rasa mamat-mamat kat boat tu ketawa je kat aku
last-last aku give up tak sampai 10 minit aku snorkeling
terkial-kial aku nak naik bot balik

malu jugak la aku kat budak-budak yg dengan riang ria berenang -renang dgn ikan
:(
jeles waa!

yg adik aku pulak menangis time snorkeling sebab dia memang takut dgn air bila kaki tak cecah dasar
cepat-cepat la abang bot tu bagi tali dan adik aku pegang tali tu sebab dia pun lagi-lagi la tak pandai berenang

sebelum turun snorkeling tu abah tanya byk kali kat aku n adik

"betul ke ni nak snorkeling, kaki tak cecah dasar tau"

HAHAHHAA 
rupanya abah dah boleh agak 
kih 


ok sebelum nak sampai ke tempat snorkeling tu
kita akan singgah dulu di Chicken Island untuk family potrait

tangkap gambar gilir-gilir, pemandu pelancong tu akan tangkap gambar setiap family
tmpt snorkeling tu tak jauh dari Chicken Island ni

then last island ni dia bagi masa sejam setengah untuk bersantai-santai
makanan tengahari juga disediakan
perut pun dah lapar giloo bakhang
dalam boat pun dia ada sediakan makanan, dia bagi kek dan buah-buahan
air mineral pun turut disediakan






nasi pakapau
yummy kan, yg menariknya sos tomato dia rasa sos cili kahkah
sodap pulak sos tomato dia tak pernah-pernah aku colek ayam dgn sos tomato

 kepenatan belajar berenang

third island tadi tak berkesempatan bersnorkeling in correct way so kat sni aku belajar bersungguh-sungguh
aku siap belajar berenang tanpa life jacket tau
haaa gigih betul


 Im gonna miss you Krabi!!






3.30 ptg mcm tu kami dah balik semula ke pantai Ao Nang
balik hotel apa lagi rehat !
tidur!

END OF DAY 2 AT KRABI
***

DAY 3

pkul 6 pagi kat sini dah terang benderang, yela Thailand ni lewat sejam je dari Malaysia
so pkul 7 keluar cari sarapan

nasib la dah booking pick-up ni semalam, janji pkul 8 dia ambil kat hotel untuk bawak kami sarapan kat restoran halal


perkenalkan Mr.Afan
dia ni peramah sgt, kena speaking ya. so siapa yg nak ambil MUET tu elokla praktis time ni 
then dia offer kat kami untuk bawak pusing-pusing keliling kawasan Ao Nang




then sembang-sembang, Mr. Afan ni banyak kali ulang yang gajah kat Ao Nang ni gajah 
terbaik di Thailand dan paling popular
so kami pun cuba laaaa
at first satu family nak naik
harga RM70++ per person agak mahal 
so aku and adik jela yg naik. mula-mula aku taknak
sebab aku takot sikit nak naik gajah ni tambah kesian pulak tu tgk gajah tu




gajah ni mula-mula macam malas nak jalan tau, jenuh tuan dia ni dok
"shuuhhh! shuhhhh!" mungkin sebab awal pagi sangat kot
bru pkul 9 am, selalu crowded pkul 11am

bila tuan dia ketuk dengan penukul barulah gajah ni jalan
berzikir jugak la aku naik gajah ni
risau doh buat gajah ni tiba-tiba mengamuk rimas aku kat atas badan dia ke, tiba-tiba dia lari ke 
tak ke terpelanting aku nanti

tambah-tambah bila dia naik bukit 
memang gayat risau aku gajah ni trgelincir
memang mcm-mcm la dlm kepala otak aku ni
tu yg tak senang duduk
hadooiii

"ni first dan last, ni first dan last" hahahahha aku taknak naik gajah dah seramm 
walaupun gajah ni ok je takde apa pun dah terlatih tapi tula otak aku yg ligat
fikir mcm dlm filem 'Final Destination' tu

dah habis naik gajah, Mr.Afan bawa kami jalan-jalan pusing kampung yg majoritinya penduduk muslim
kami pun beli la kiuh muih Thailand yg rare sambil-sambil tu




tiba masa nak isi minyak, simple je stesen minyak dia
45 bath per liter (around RM4.50 per liter gituu)
mahal kan
maka bersyukur lah temen-temen

\kerajaan kita paling terbaiklah ni ada subsidi minyak
tapi corrupt tetap kita lawan

 it time for us to say Goodbye Krabi!
La-gawn ka~~



No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...