kesabaran ku diuji

tah kenapa semalam memang aku agak serabut kepala fikiran
mana tak nya sorang sorang menguji api kemarahanku
lekas saje aku capai phone, bukak wasep, type nama
'Hanani UM'

"weh aku rasa nak meletup, tolong nasihatkan aku, kau bagilah ayat Al-quran ke hadis ke apa berkaitan sabar, ujian, dugaan  bagi tenang sikit hati aku ni"
"an-Nahl ayat 96, bukak tafsir, baca , hadam"

sempat juga ku hamburkan kata-kata terpendam dalam hati aku, si hanani dengan sibuk projek mega dia tu acuh tak acuh melayan kerenah aku, sabar sungguh die melayan kerenah aku ni
mana taknya kalau nak diikutkan hati dan perasaan nak je aku lepaskan kemarahan ni pada mereka yg mencabar kemarahan aku


ikut hati mati
ikut rasa binasa

terus aku campak badan ke katil dek keletihan satu hari
capai Al-Quran
terkial-kial mencari surah an-Nahl
"apa yang ada disisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal. Dan kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"

ku baca berulang kali sambil memejamkan mata untuk menghayati tanpa ku sedari
aku tertidur bersama Al-Quran, ku dakapkan dengan rapi
tenang
hilang rasa api kemarahan
kecil sungguh dugaan ini
Allahu
terima kasih sahabat :)
 

Rumah Anak Kesayanganku

namapun kesayangan kan, memang anak-anak ini diberi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya dariada guru-guru di sekolah anak yatim tersebut, berbeza sgt cara pendidikan sekolah ini berbanding dengan yang aku pergi sebelum ni
subhanallah dasyat
lihat saja tagline sekolah ini
Takut Allah Cinta Rasul
sudah melambangkan bagaimana mereka dididik
lihat mereka yang masih lagi belum akil baligh
mereka sudah jaga batasan aurat dan pergaulan
aku ketika di darjah 3 masih lagi main kubang, target selipar, polis n thief, bermain rondes dengan budak lelaki setaman aku, hahhahahaa time sekolah rendah, yang aku pikir hanya main
main dan main
kata ibu aku " masa kakak kecik-kecik dulu, risau mak tengok, balik sekolah je main, taknak belajar, asyik main dengan faiz,eyi,amin, nisah, risau fikir masa depan kakak, apa la nak jadi" 
kahkahkah mengekek aku dengar mak kata mcm tu, alhamdulilah sekarang kat UM mcm ada masa depan kan hahahhaa

4 orang sahabat aku tu memang aku tak kan lupa, walaupun dah besar, dah tak bertegur sapa kecuali nisah, yela mana tak nya segan ahhhhhh semua dah besar panjang, kami rapat sebab aku dijaga oleh ibu si Faiz tu, so memang selalu gaduh mcm anjing dengan kucing kehkehkeh 

ok dah melalut, TAPI berlainan dengan adik-adik di madrasah ni!
kecil-kecil lagi mereka dah ada 'fikrah Islam yang tulen'
fuhhh ini menggugat! hahahaha terasa tamparan di muka!
aulad memang tak main dengan balad, yang balad pun tersangat pemalu 
nak sebut nama aulad pun segan subhanallah! 
kata kawan aku mungkin saja mereka berpegang pada ayat Al-quran
"...perempuan yang baik, namanya tidak meniti dibibir para lelaki..." lebih kurang mcm tu
correct me if im wrong :)

slot Kreatif, dimana mereka harus menulis cita-cita mereka and guess what ?
hampir kesemuanya bercita-cita ingin berjuang sampai ke tanah arab membela, ada yang nak berjuang di Jordan, Mesir dan Palestine fuhh mantap! 




slot Critical Thinking! finally mereka berjaya letakkan 7 paku di atas 1 paku!

 Academit tutoring session (Bahasa Inggeris)

sebelum balik, buat booster dulu ! they really enjoy, bila nak balik tu
"akak, esok akak datang lagi kan ?" awhhhh mereka sgt mengharap, ingat semua dah letih dan nak balik rupanya nak main lagi hahaha
and tak kurang juga ada yang komen
"harap esok game lagi best" kahkahkah gelak kami, nampak nau bosannya, terlebih jujur, ini bagus!

para fasi yg keletihan seharian bermain dan bersuka ria meraikan adik-adik di sekolah ini

begitu tekun aku bersembang dengan mereka tentang cita-cita dan matlamat hidup
banyak betul pesanan dan nasihat si prof kita ni!


learning mandarin with kak JC nan Kak sue!


ini game kahwin-cerai, and tahu apa respon mereka ?
"saya rasa permainan ni tak patut di laksanakan, kami masih kecil abang dan kakak tak patut ajar kami benda yang tak baik, cerai tu kan perkara yang Allah tak suka, jadi janganlah dedahkan kami dengan perkara sebegini"
hamekk kau setepek! this game is just for fun actually, tujuan game ini adalah untuk test ketajaman fokus kita, tapi ada betulnya juga, memang terkedu dapat teguran dari adik darjah tiga!
masyaAllah! 
masa si Azwan (ketua Fasi) mencadangkan game ni kami yang lain tak terfikir pun sebab mcm menarik juga, quite funny, so mcm "haaa budak-budak mesti suka"
mereka budak bukan sebarang budak!
JYEAH

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...