saudara ku di negara perang

lain macam penat puasa kali ni
sampai naik rasa loya, nak pengsan
lemah


otak mula berfikir
hati mula berkata
"mungkin tak ambil barakah sahur agaknya"
ya
aku lupa nak sahur
"mungkin jugak sebab dah lama tak puasa sunat, byk melantak, bila xmakan berjam-jam, perut dh gelabah"
ya
hati aku dah makin benak dek makan terlalu byk
tu yg bila org bagi nasihat taknak dengar
org tegur sikit cepat melenting
*tunduk kekesalan

manusia

kelas APK (asas pembudayaan keusahawanan) berakhir sekitar jam 6pm
tah knpa pensyarah tu asyik target aku untuk jawab soalannya
mungkin saja kaler baju aku yg agak menyerlah (keemasan) 
kihkihkih
kelas APK di fakulti sains,boleh je jln kaki balik ke kolej kediaman dekat je
tpi dek terlalu penat, jalan pun dh tak bermaya
Allah hadirkan sebuah teksi untuk aku
Alhamdulilah
rasanya kalau aku teruskan perjalanan pakai kaki mmg dh tumbang tepi jalan

sampai je bilik aku campak badan aku GEDEBUM! atas katil
kawan sebilik ku kehairanan
lalu
menghampiri
"kau ok? mcm penat sgt"
ya penat smpai tgn pun menggeletar
aku hanya mengangguk
terus aku tidur sementara nak tunggu saki baki waktu untuk smpai ke waktu maghrib

nak tunggu 15 minit masuk waktu maghrib sgt seksa, aku dah start berpeluh
rasa nak muntah, badan menggeletar, mmg lain mcm betul puasa kali ni
aku hanya mampu terbaring

tiba tiba

teringat pula saudara aku di syria, khususnya penduduk Madaya
kawasannya yg dikepung, penduduk syria dibiar mati kebuluran sehingga nmpk
tulang kerangka, ya Allah besar nya ujian, aku yg bru separuh hari xmakan
smpai menggeletar tubuh bdan, mereka yg berbulan-bulan xmakan? smpai mati kebuluran?
Allah saja tahu sakitnya
zalim
takut untuk aku bayangkan mereka yg zalim apalah balasannya di akhirat
Allahuakbar! seksaan Allah itu sungguh dasyat!



azan berkumandang
terus aku capai sebotol air mineral
hampir separuh botol besar tersebut ku teguk
subhanallah
dasyat sungguh KEDAHAGAAN aku kali ni
ku capai 2bungkus biskut perisa peanut, 

nikmat
sangat nikmat

tiba tiba
air mata ku mengalir
ya Allah kufurnya aku selama ni
ya selama ni aku kurg bersyukur
asal makanan xsedap sikit aku merengek
siap boleh pilih sayur mana yg xnak mkn
rasa malu dgn saudara ku di syria dn di negara luar yg sedang kebuluran
yg tiada pilihan
asal nmpak serpihan roti ditanah cepat cepat kutip untk dibawa pulang berkongsi dgn ahli keluarga
sanak saudara
*sebak


terus ku suap mulut ku dgn biskut
hati aku pula berdebar

ya Allah semoga di padang mahsyar kelak aku dibawah perlindungan Mu
ustaz-ustazah byk kali berpesan
di pdg Mahsyar
kita akan rasa dahaga yg sangat dasyat sehingga kan air selautan pun 
masih tidak boleh hilangkan dahaga, dengan mataharinya yg sejengkal di atas kepala
untuk menunggu giliran amalan dihisab didalam puluhan ribu umat dipdg mahsyar
Allah Allah Allah

sentiasalah berselawat dan berdoa agar  kita dipilih untuk mendapat
syafaat Rasulullah yg tercinta, dapat minum di telaga kauthar, 

ya 
syafaat nabi s.a.w sahaja yg blh tlg kita di akhirat kelak
hanya Yang Terpilih
maka banykkanlah berselawat dan menghadiri majlis maulid
kurangkan Dota dan Menonton Wayang/Movie melepak dn segala perkara lagho

mari berebut-rebut melakukan amal kebaikan, kerana belum tentu esok kunjung tiba
semoga kita mencari bekalan akhirat yg secukupnya 

#AkuYangLemah

 

kerana sedih itu satu kefakiran

jahat betul syaitan ni, pandai makhluk ni bisik sepantas kilat 
sehingga meresap dalam tubuh,hati, jantung,limpa,easophagus dan segala organ dlm badan
lalu memberi efek yg cukup mendalam dalam diri aku

tah kenapa tiba-tiba aku jadi rasa semacam tak kena 
rasa nak marah,geram,benci,berang,sedih,putus asa,rendah diri *piyemesss barangkali
tatkala 'mood' ni datang aku memang tak keruan

lalu

aku solat
wirid pun xpanjang,
baca doa pun dengan penuh rasa hampa dan kecewa
kecewa dengan diri

lalu
aku capai senaskhah al-quran,
aku baring
aku baca surah yg bertanda untuk sambung bacaan yg sebelumnya
tak bermaya
 
lalu
aku baca terjemahannya,
cuba untuk menghayati
terpanah dengan sepotong ayat

"... meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah
wahai org2 yg mempunyai akal sehat,agar kamu beruntung"

Allah sedang berbicara dengan ku
aku terkedu, 

lalu
aku istighfar
pejam mata
aku berdoa minta keampunan, 
Allah

hati aku masih lagi merengek
nak kan pujukan
pujuk hati yg berkecamuk

aku lihat sekeliling

lalu
aku terpaku dengan sebuah buku tebal 
LA TAHZAN
buku yg aku hadiahkan buat bunda ku yg terchenta

lalu
aku buka secara rawak
banyak kata-kata pujangga,kata-kata para ulama
petikan surah al-quran yg menjawab seribu satu rengekan hatiku

ku teruskan bacaan ku
sehingga hati ku berasa puas

lalu
satu potongan ayat ini yg membuat air mata ku mengalir,
dan menundukkan nafsu
hati ku mula senyap dari rengekan
lalu aku tersenyum semula

azan berkumandang, 
aku pun solat
rasa tenang itu hadir
hadir tanpa diduga
tah kenapa
aku rasa Allah itu sangat hampir dengan ku
aku tidak keseorangan

lalu
aku habiskan solat-solat sunatku yg menjadi kebiasaan buat diriku
tenang
damai
tersenyum
sebelum aku menutup mata untuk menunggu hari esok yg belum tentu kunjung tiba
ku mohon ampun kepada Sang Pencipta, Penggenggam Hati ini
terima kasih ya Allah, kau hilangkan belenggu ini
tiada yang manis semanis CINTA ILAHI

"bukankah kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman
dan hidayah petunjuk)? dan kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan islam) yg memberati
tanggunganmu,(dgn memberi berbagai kemudahan dlm melaksanakannya)?, dan Kami telah meninggikan bagimu:
sebutan namamu (dgn mengurniakan pangkat nabi dan berbagai kemualiaan)? oleh itu
maka (tetapkanlah kepercayaanmu)bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan: bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. kemudian apabila engkau telah selesai(drpd sesuatu amal soleh) maka
bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yg lain). dan kepada tuhan mu sahaja
hendaklah engkau memohon (apa yg engkau gemar dan ingini)" (surah Asy-Syarh : 1-8)

"berdukacita itu jauh dari sikap lembut, benci terhadap nikmat, datangnya dari syaitan dan membuatkan hati menjadi kecut"

mari bersyukur atas nikmat iman dan Islam, nikmat haidayah,nikmat kesihatan,
dan seribu satu nikmat

ALHAMDULILAH
SEGALA PUJI BAGI ALLAH

sekian,
perantau donya



ketika cinta bertasbih

apa kau ingat aku takde drama ke dlm hidup aku?
ahahahaa hidup penuh dengan drama -shaheizy sam-
seronok tengok kwn sendri kawan yg betul betul membesar dri sekolah rendah smpailah
sekolah menengah, tgk skrg dh jadi bini orang
rasa diri ni dah tua pula pabila melihat kwn sendiri sudah memegang title isteri
dah besar anak mak ni, mak

sahabat baik ku
yg membesar sama-sama dizaman jahiliyah sampai lah
zaman pencerahan
dirisik org, dan bakal bertunang tak lama lagi
tempias rasa nervous turut aku rasai fuhhh
memang sahabat till jannah ni
ehhhheeehhh
masakan tidak
kalau dulu zaman sekolah sebuk bercinta monyet
bodoh-bodoh-tengin kata orang
sekarang 
subhanallah
bukan calang-calang putera raja yg dtg meminang, tahniah sahabat!
ana bangga, ana kagum
kemudian aku pula disakat oleh makcik pakcik 
"haaa ko bila lagi nak dipinang"
mau tak terkentut aku dengar
"eh pakcik, saya lambat lagi"
spontan saja aku jawab tanpa aku sedar
sahabat ku hanya tersenyum
aku sengih kerang busuk
"aku kena start cari dah ni, tak boleh jadi"
tergelak aku sorang-sorang, apa ke jadah hati ku berkata sedemikian rupa
WAHAHAHAHAHA MIAAAAAANGG

seminggu kemudian

aku mendapat khabar gembira yakni
Naqibah ku telah selamat diijab kabulkan
melompat aku *tipu
aku tersenyum kegirangan
lagi lebar senyuman aku bila dapat tahu naqibah ku berkahwin dengan
'ustaz sempoi' 
subhanallah pasangan yg hebat,
semoga pasangan ini melahirkan ramai rijal-rijal dakwah suatu hari nanti
semoga rakan sekolah ku menjadi isteri yg solehah dn dikurniakan keluarga yg mahabbah
semoga SAHABAT KU yg bertunang tak lama lagi dipanjangkan jodohnya, dan diijab kabul dengan lelaki soleh
semoga AKU *blackout

The Ulala

Miracle episode 2

selepas solat aku baringkan diri atas katil dengan memeluk bantal sorang-sorang dalam bilik ni memang nyaman kali ni aku terbar...