Naluri ibu



kebiasaannya, sebelum kuliah start, aku akan sarapan walau secebis roti
so pagi tadi aku makan roti canai telur kat kafe Fac.Engine
menu memang best siot
dah la tak de orang, awal pagi kan
ada pun orang-orang pejabat

aku pun makan la sensorang kt meja kafe tu
sesekali aku perasan jugak la ada pakcik ni
dok usha aku, jelingannya ibarat 

"alahai, lonely nya budak ni"
HAHHAHA

kesah apa kan
so lepastu aku pun study la kejap sebelum masuk kuliah
habis ke 2 kelas pagi tu perut aku rasa lain mcm

"hmm, masuk angin kot. dah tengahari"

godek-godek-godek
pukul 2ptg baru aku lunch, tu pun aku beli makanan yg ringan-ringan je

kelas seterusnya kat Fac Sains
aduhhhh
perut aku makin rasa lain mcm
aku jalan pun dah tercungap-cungap
selalu nya 'fit' je
ececeeyy

perghhh memang sakit bhaiii
"aduhh, penyakit ni datang balik"

memang dah lama rasa sakit ni tak kunjung tiba
dulu selalu

apa lagi, aku cari surau, aku baring, memang aku tertido la cerita nya
degan tidur je dapat hilangkan rasa sakit tu

sedar-sedar dekat pkul 4ptg, kelas biotech pukul 3ptg
ahh sudah,
"mampus lah"

aku pun sambung tidur balik HAAHHA sementara tunggu asar

****

malam tu mummy call

"hello, aip. kenapa dah lama tak call mummy?"

"mummy~~~~~~~ sorry. memang selalu teringat nak call. tapi asyik bertangguh sampai lupa. sorry sorry"

"ok takpe. kakak dah makan belum tu. makan apa?"

"alhamdulilah dah makan. tadi, org rumah masak ayam grg tepung"

"ok. ni mummy nak cakap sikit ni. kamu tu jangan tak makan nasi langsung. tak sempat macam mana pun at least makan sikit nasi. nanti perut masuk angin"

sumpah part ni aku rasa syahdu gila. aku tak cerita apa-apa pun lagi kes 
aku ter-skip kelas tertidur kat surau sebab sakit perut masuk angin

sebelum mak aku letakkan fon, mak cakap

"mak sentiasa doakan akak ok kat sana. akak happy je kan kat sana ? mak selalu bangun malam doa yg anak mak berjaya, selamat, jadi anak solehah. fokus belajar tau"

part ni lagi syahdu tau,
sebab 2-3 hari ni aku memang berduka cita, jiwa lara, frust menoggeng 'macam orang baru lepas putus cinta'

dan aku tak pernah bagitau kat mak pun
aku syak adik aku yg bagitau
sebab pernah mengadu kat adik
time tu aku memang tengah sedih dan frust sgt
macam tuan yang kematian kucingnya

"ok mummy, thank you. i love you. adik ada bagitau mummy apa-apa ke?"

sebab aku dah memang warning kat adik, jangan bagi tau segala aduan aku
sebab aku taknak mak dan abah risau pasal aku

"takdelah. adik tak cakap apa pun"

I miss you mummy
I miss you abah
I miss you adik


Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...