PASUM life

PASUM life
hectic!!!!!!!!!

muahaaaahahhaha tu la ayat paling sesuai sape study di PASUM
perghh kau bayangkan, almost everyday kuliah start pkul 8 a.m , habis pkul 5 p.m tu pun kalau nasib kau terlebih baik
boleh jadi kelas kau habis pukul 6 p.m , ada pulak lab kimia, yg sgt penat! bagi aku dalam byk-byk lab, lab kimia 
plg mencabar, my fav subject!!! sbb kau kena buat sensorang siapkan then kena kemas, lepastu kelam kabut kalau 
experiment kau tak menjadi, demonstrator mula memekik countdown suruh hantar lab report dan jotter dengan kadar yg segera
kau lambat, kau kene kejar demo kau, wahahahahha, lepastu ada lab pijik, nate apa? F-I-Z-I-K, lab fizik cool sikit
haa budak hayat ada pulak lab bio, budak fizikal ? lab komputer, jadah ? LOL i mean programming-dalam-
makmal-komputer-ada-aircond alah kacang! walaupun!
tambah pulak PASUM NI RARE! 4subjek tapi setiap subjek digandakan menjadi LAPAN! YEAY!
subjek yg dipelajari untuk pelajar fizikal (kimia 1 &kima 2, fizik 1&fizik 2, komputer sains, algebra,calculus,
vector) pelajar hayat just tukar komputer sains dan vector kepada biology 1&biology 2, ni untuk sem 1
sem 2, pelajar fizikal (kimia 3&kimia 4, fizik 3&fizik 4, programming, algebra,calculus,mathematic engineering), pelajar hayat
tukar math.engine & programming kpd biology 3&4
 bagi aku pelajar fizikal lagi byk benefit kot, sebab kau belajar vector lebih mendalam, so kalau ada vector dalam
subjek calculus pejam mata je kot, and kau boleh perform lebih untuk fizik, fizik sgt byk math! then kau belajar math engine
dimana kau kena integrate smpai muntah! stakat integration dlm calculus kau guna kaki kot, HAHAHHAHHAHAHHAHAHA
pelajar hayat hebat menghafal heeeee peace-yo, jgn resis sgt weh!
ok sambung lepastu kau kena join activity kolej, PASUM and sape yg acah multi-tasking-superpower masuk sukan peringkat UM, wakil
fakulti bagai
wahai sisters and brothers sekalian,
sebenarnya
hakikatnya
hidup di PASUM sangat ENJOY :)
sumpah enjoy
enjoy to those yg sgt menghargai detik-detik menjadi SEORANG PELAJAR PASUM
enjoy di sini bukanlah bermakna tiap-tiap hujung minggu kau keluar melepak tgk wayang kt midvalley, berdatig, muka
tertayang dalam PASUM GORGEOUS, bercouple, lepak kat wangsa maju, ronggeng-ronggeng kat time square, ber-hu-ha-hu-ha
sekitar bangsar, habiskan duit KPM beli benda merapu, habiskan duit mak bapak bersuka ria
dan pergi ke tempat-tempat hiburan duniawi yg bersepah kat KL, well UM kot! keliling shopping complex
enjoy kat sini yg prof maksudkan adalah ENJOY SEBAGAI STUDENT 
student life bagi aku adalah as a student, kau ada akal yg sehat, badan yg kuat, ada la duit cukup makan
kau manfaatkan segala nikmat yg ALLAH bagi untuk mencari ilmu sebanyak mungkin, lagi hebat, kau balance-kan ilmu akhirat
dan ilmu duniawi kau,sama banyak, maksudnya, dalam kau belajar science,melukis kau cari ilmu akhirat jugak
untuk suapan rohani kau, dan kau rebut peluang mencari pengalaman, mana yg berbakat dalam sukan, kau serious dalam sukan
sampai peringkat tinggi, yg mana berbakat dlm kepimpinan, kau rebut jawatan plg tggi, mana yg taktau ada bakat apa?
haaa ni best! kau try semua benda even kau kalah dlm sukan, at least kau dh tau teknik dan strategi, at least kau pernah
handle program, tau mcm mne nak handle program dan bermesyuarat, dalam masa setahun kau manfaat masa dengan baik, smpai
aku rasa ada ke masa berhibur ? LOL! sounds kolot, but it true, berhiburlah secara sederhana ya ukhti,ya akhi:)
ok sambung
jangan jadi pelajar 4K 
kuliah
komputer
katil
kafe
so mcm mne TAK-NAK-JADI-PELAJAR-4K ?
sebelum tu aku nak share sikit, sebelum aku masuk PASUM aku memang dh letak target
1) 4.00 sem 1&2 (kalau ada rezeki)
2) menang pertandingan bola jaring (tak kesah peringkat apa)
3) jawatan (any program yg pntg dapat pengalaman handle program)
*copy-paste from my dairy
anddddd ya! Alhamdulilah dgn izin Allah semua yg aku list-kan diatas tercapai! experiment cinta 
experiment-asasi-shima berjaya! 
setakat ni aku share cara aku, sebenarnya ada org lagi hebat dari aku, ofcourse! well budak PASUM semua pepandai wooii
background semua gempak-gempak, ada yg wakil olympiad smpai peringkat antarabangsa, ada yg wakil malaysia dlm
subjek kimia, haaaa kau, aku ni jujur la, tak pandai mana *cliche 
aku nak share to those yg nak kan kejayan plus KEBERKATAN *insyaAllah
ada je student PASUM yg tak buat tutorial, tak pergi kuliah, skip kelas tuto, tidur ketika lecturer sibuk mengajar
last-last dapat for-fletttt, best kan? tapi KEBERKATAN? hmmm wallahualam :) mcm aku ckp tadi student PASUM ni hebat semuanya!
kita nak menuntut ilmu kena ada adab, kalau dengar kisah-kisah zaman nabi dulu, perghhhhh para sahabat, ulama sgt tip-top!
adab mereka ketika menuntut ilmu, sehingga mereka takkan biarkan kaki mereka mengahadap ke hadapan guru mereka! Allahuakbar!
sekarang ? pelajar tumbuk guru ? biasa-bro-kata-kau! ok malas nak kupas isu berat-berat ni xminat ha-ha
ok let start *panjang nau Mukaddimah
- sem 1 memaang pulun habis, ramai yg ingat
"enjoy la dulu sem 1, sem 2 baru struggle" tett!!! memang meleset jangkaan kau
kalau pointer sem 1 2.0 something then sem 2 kau nak target forflet memang semput tahap cipan kepanasan
sem 1 kau memang kena struggle gila-gila, sebab result sem 1 sgt berguna! kau nak apply itu ini semua guna sem 1 dulu
sebab sem 2 lambat keluar, just akan dipudate oleh pihak universiti, dan bayangkan bila kau cemerlang
sem 1, sem 2 takde lah kau kelam kabut mana, TAPI tetap kena struggle jugak WAHAHAHAHHAHAAAAAAAA
- cari kawan yg baik
sebab kawan adalah cerminan diri kita, takpon KITA JADI KAWAN YG BAIK, kawan dengan pembunuh pun iman kau masih kental ecewah
hyperbola-takraw sgt tu prof! kalau kau jenis mcm aku, yg mudah terpengaruh dn terikut org, hehehheehe better cari kawan
yg rajin study, soleh&solehah*siapalakita nak judge org solehah ke tidok,yg blh ingatkan kita sentiasa buat kebaikan,
yg baik tingkah lakunya, kita rapat dengan mereka-mereka
ni then ambil apa yg baik, sebab org-org yg Allah takdirkan untuk kita kenal semua ada sebab :)
-jaga hubungan denga Allah
kita siapa nak mendongak kepala ke atas dan mendabik dada dan fikir kau ckup hebat? kita hanyalah seorang budak hingusan
yg kelihatan dahagakan ilmu,pertolongan,bantuan dan segalanya, kita tak mampu kak,bang, Allah Maha Besar, Allah menentukan
kejayaan seseorang,semuanya dh tertulis, ada satu hadis
  "kepandaian itu suatu nikmat hatta kebodohan"
maka bersyukurlah dengan apa yg ada, banyakkan sujud, tundukkan hati,
jadikan TAHAJUD dan HAJAT roh dan jiwa kita,DHUHA nafas kita
org akan persoalkan, 
tak mengantuk ke solat tahajud? nnti time lecture tertidur? jawapan aku
YAKIN kepada AllAH, DOA anda pasti dimakbulkan, sebab org tgh sedap tidur
kau sibuk tadah tangan meminta dan merayu kasih sayang PADA YAG ESA :) Allah kan MAHA PENYAYANG
aku dah alami sendri keajaiban solat tahajud ni,
tahajud jugak
boleh mempamerkan keperibadian seseorang muslim :) tak payah buat-buat baik, kebaikan tu
terpancar sendiri dlm diri kita, baik hati maka baiklah peribadi
buat apa nak solat hajat selalu ? 
bagi pendapat ana dengan solat hajat boleh perkukuhkan lagi hubungan kau dgn Allah, sebab kau bina keyakinan,
kpd Allah lah kau hanya mampu berhajat, meminta dan meraih pertolongan dan perlindungan :)
berhajat kpd manusia ? ah! manusia sifatnya cepat berubah, hari ni mungkin dia kata baik kpd kita
esok lusa belum tentu dia suka kita 
ada ke masa solat dhuha ? packed ahh!
dah kalau kita kata 'DHUHA tu nafas kita' sempat tak sempat, kita pasti berusaha cari masa jugak untuk rebut waktu DHUHA ni
waktu dhuha adalah waktu Allah nak beri rezeki kpd hambanya, ibaratnya kau meminta dan org pula nak memberi, 
memang sah-sah permintaan kau terlaksana jua.. Allahuakbar indahnya Islam, Pemurahnya Allah :)
meh sini aku bg tips dhuha, kelas start pkul 8 kan?
so kau siap awal, make sure
 pkul 7.30 : kau dh jejak kat PASUM, dari kk11 ke PASUM mngmbil masa 15 minit berjalan
so pndai-pndai la bajet time tpi make sure kau ambil sarapan sebelum tu ye :) 
roti plus susu pun dh ckup
oh jgn lupa! smbil jalan ke PASUM dri kau mngelamun berangan dipinang anak raja or dgr lagu
tah pape better kau zikir baca al-mathurat
kemon! apps kan ada ? apa guna iphonggg memahal kalau tak manfaat kerana ALLAH ? heheh
dlm 7.45 korang dh boleh start solat dhuha,Allah tu Maha Mengetahui
korang buat istiqamah tgklah hasilnya :) tak dijangka!
-isi masa lapang dgn perkara yg manfaat

ada org lebih gemar isi masa lapang tonton drama korea smpai larut malam, ada org isi masa lapang dgn
bermain game, ada org lbh suka ber-insta dan ber-twitter, haaaaa blh je tapi jgn smpai tak ingat dunia
lepastu mula la mengeluh, "aku takde masa la nak buat tutorial?", "ish serabut do nota lecture aku byk tak lengkap"
"alamak, lab report aku tak siap lagi", padahal kau byk masa,cara aku, setiap hari sabtu adalah HARI TUTORIAL SEDUNIA, dri
pgi smpai malam aku akan siapkan tuto, ptg jumaat aku free, aku akan siapkan lab report, so ahad free kan? take time for
yourself :) then mlm tu kau dh blh start buat revision, and setiap malam aku akan buat revision apa yg aku
belajar pgi-ptg tadi, mana yg still xpaham aku take note dan esoknya aku jumpa lecterur dan lengkapkan nota <--- valid time sem1 je, sebab sem2 aku dh busy
disini nak cerita sikit
masa sem 1 memang byk masa lapang, time tu aku duk kk12 so aktiviti xbyk untk plajar PASUM, just kalau ada pengisian aku
pergi, then aku ada join usrah, mula-mula dulu aku layan je drama-drama kat tv tu sbb byk msa lpng
then otak aku pun bru nak berkembang, lepastu masuk bulan ramadhan
aku rebut peluang jadi AJK IHYA RAMADHAN, dapat la title 'Timbalan Pengerusi Biro Multimedia' so kat situ aku dah busy
buat program, takdelah aku layan movie-movie or drama dah time tu, baru tau masa itu emas, ada je masa
aku akan buat study group, buat revision, lengkapkan segala benda
masuk sem 2, JENG JENG JENG, aku suka sem 2! bila dh pindah kk11, mostly penghuninya budak PASUM, then program pon korang
yg handle sendiri, Alhamdulilah, ada org tarik aku masuk KEP (JKP Kerohanian & Perpaduan) aku pernah juga
terfikir nak jadi JTK, tapi bila mengenang kan experiment-student-life
aku ketika di MRSM dlu, hehehhe better aku start dri bawah dlu
so kebetulan time tu KEP handle byk program, smpai kdg-kdg aku&kengkawan tak lepas tgn, padahal time tu aku
just setiausaha Festival Islam je punggg! program 3 hari berturut-turut, disebabkan harapan kami tinggi
dalam menyebarkan dakwah islamiyyah peringkat asasi maka byklah yg bermain dlm fikiran kami,
time tu memang jadual belajar aku lari, tuto aku tah kemana, lab report tah kemana
memanjang meeting tak habis-habis, tambah pulak time tu aku sibuk dgn training netball
hehehhe aku masuk SUKMUM, gian nak main netball, dapat la tempat ketiga Alhamdulilah ingat sonang
nak lawan akak-akak fakulti tu, bayangkan, habis training pkul 11 mlm sambung meeting kat pondok bncang pasal program
yg tak lama lagi nak menjelang, 
tada!!! time ni korang akan mengalami tekanan "AKU RASA AKU NAK
QUIT BERAKTIVITI! STUDY AKU TERABUR! AKU STRESS! AKU ITU INI" 
"CEPATLAAAAH HABISSSS PASUM!!"<--- ayat ni selalu terkeluar dri mulut aku ahahhaha
time ni memang aku muhasabah balik, dan sebenarnya Alhamdulilah im on the right path, sebab kau busy dgn benda yg berfaedah
cuba kau tengok sekeliling, kengkawan kau ada yg busy berchatting,tgk drama,keluar tgk wayang,melepak, so mana yg better ?
Allah bgi kita akal untuk pilih mana yg baik dan buruk, maka pilihlah :) 
-berkat doa ibu bapa
haaaaaaaaaa ckp pasal mak ayah, doa mereka sgt mujarab, kau taat mak ayah korang in sya Allah bahagia dunia akhirat
korang,kalau nak pergi mana buat apa, inform la kat parents korg, even aku nak keluar beli kasut pun bgi tau ayah aku
sebab aku tau,parents aku mesti risau, hormat mereka dan selalu minta maaf :)
-banyakkan bertanya kepada pensyarah
nasihat aku, korang selalu la duduk depan, sebab senang korang boleh direct tnya pensyarah, kalau duduk
belakang korg senang tertidur, sebab kat depan korg eye-contact dgn pensyarah, berani kau tidur? walaweh
ada je yg tidur even duduk kt dpn, tpi at least kau behave, apapun ikut keselesaan masing-masing :)
kalau dulu, muka kiteorang bertiga je yg selalu duk depan aku,iman, hidayah, yela org akan pndng
korang skema,budk rajin and puji-pujian malah ada juga keji-kejian, yg pntg ADA-AKU-KESAH, memang
bab bergosip kiteorng agak ketinggalan sebab duduk depan xmenyempat nak bersembang main jeling-jeling
lullzzz
-banyakkan membaca Al-quran
satu hari at least satu muka, setiap kali lepas subuh dan maghrib bacalah al-quran, selemah-lemah iman :)
al-quran kan penawar, jadikan amalan juga boleh menajamkan fikiran anda :)
-lapangkan masa anda untuk mendengar tazkirah
kat kl ni bersepah ceramah dari pak ostad yg plg popular smpai la pak ostad yg rare, kat UM pun byk
maka rajin-rajinlah memantapkan rohani kita semua, bukan apa, TUJUAN KITA HANYALAH SATU
iaitu REDHA ALLAH, kalau kau terpaksa berjalan kaki jauh pun maka pergilah
"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun rasa berat, berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah
yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (at-taubah:41)" <-- pegang ayat ni
pasakkan dalam hati :) sesungguhnya JANJI ALLAH itu PASTI
so rasanya setakat ini saja, well it become my hobby to sharing everything, because alhamdulilah i love my life
and aku bahagia :) so aku nak korang rasa juga kebahagiaan tu, takperlu ber-couple untuk rasa cinta
cukup CINTA ILAHI yg SENTIASA menyalur dalam darah kita, takperlu nak mesej ajnabi isi rasa kekosongan 
cukuplah Al-Quran menjadi teman, jaga akhlak,jaga adab,jaga hubungan dgn Allah maka terjagalah hubungan kamu
dengan manusia,INGAT!!
tujuan kita satu REDHA ALLAH,maka jauhi segala larangan-NYA,bebrbuat amal kebaikan,muhasabah
dan teruskan mujahadah!
PERJALANAN KITA MASIH PANJANG
perjuangan memerlukan perngorbanan :)
akhir kata, selamat maju jaya, be good muslim and muslimah, maaf kalau tersalah kata :)
#ukhwahfillah #hambaAllah

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...