ANSARA

seminggu sebelum bermulanya hari Karnival Syoknya ANSARA selama 2 hari di UM
aku dh buat persiapan yang secukupnya

kini tibalah masanya aku ganti Niko kesayangan
(kasut sukan favourite aku berwarna pink yang sgt striking tapi kini kian pudar dimamah usia dan mula mereput serta berlubang sana sini. ) kepada Pumo (berwarna merah garang dan segar) tapi yela
Pumo tak kan sama dengan Niko. Niko lagi sedap dipakai
(yela, harga pun lagi sedap, nasib ada diskaun)

gigih juga aku cari contact lens yang sesuai dgn kondisi mata aku yg sgt kering
aku juga turut beli 'eyeMo' khas bagi pengguna kanta lekap untuk melembapkan mata
demi keselesaan ketika beraksi di tengah gelanggang bola jaring

tpi bila tamat je permainan mata terus rasa sakit dan gatal. cepat-cepat aku tanggal
takut jadi parah. teruk jugak effect. mata aku jadi kepanasan, kemerah-merahan disekitar anak mata dan rasa berdenyut (ini menandakan mata aku memang tak sesuai memakai kanta lekap). sebelum memakai kanta lekap aku ada dapatkan nasihat doktor. memang ya. kata doktor aku tak sesuai pakai kanta lekap yg murah. ada yg khas untuk mata kering seperti aku. tapi harga dia masyaAllah
RM200++ sepasang. sekali je aku mampu beli untuk merasa. lepas tu beli dan pakai jika keperluan sahaja
maka cukuplah setakat ni aku memakainya. mungkin lepasni aku kena cari
'sport spectacles' pulak ceh 

24/2/2017 (sabtu)
8.30 am
kolej kediaman kelima,UM
inilah kali pertama aku bersua muka dengan junior-junior aku di MRSM PH 
tak sangka ada lagi yang masih ingat 'kak Shima'
terserempak jugak dengan senior
alhamdulilah jugak ada hakak-hakak yg masih kenal aku, geng netball jugak masa di MRSM dulu

kali ni aku masuk kategori junior(umur 21 ke bawah) dalam team ni aku paling senior, maka reputasi kena jaga
kihkih
malu la brader kalau kau main caca marba

dekat setahun jugak aku tak practice main netball ni
busy dengan program-program persatuan (alasan)

game pertama lawan dengan team MRSM Kota Bharu
perghhh kalah terok bhaii
kiteorang memang tak expect too much pun. memang main suka-suka
rupanya budak-budak KB ni kebanyakan player kebangsaan
memang padanlah dapat pulak lawan dengan ayam-ayam mcm kiteorang ni 
ceh
memang sedap la bantaii
9-2
aku satu gol, si syafinaz satu gol
(aku : Gol Attack, Syafinaz : Gol Shooter)

oklah kan daripada kosong. 
petang lawan dengan Merbok

9-1
gol sulung aku, hidup aku berprinsip
"asal jangan kosong"
 gol sulung dengan jarak jauh ni memang aku dapat sorakan yang gemuruh daripada penonton-penonton yg tah dari mana di sekeliling padang varsiti tu
masa aku shoot tu ada yg 
"perghhhh!"
malu siot, tapi aku senyum je
"thanks sebab support"

kalau dah nama main suka-suka kalah menang bukan lagi matlamat
memang tak stress pun. adik-adik ni pun enjoy je lompat-lompat tengah gelanggang tu
ada ketika dieorang nampak exhausted aku sebagai kakak 
"takpe-takpe main je. enjoy!" *tepuk bahu

they were like
"sorry kak shima, saya baling kuat tadi"
"akaaaaak, laju nya akak main"
"pandainya akak shoot"

haih. rindu pulak zaman kegemilangan netball aku dulu
aku main netball ni tak pernah sampai ke peringkat tinggi
kalau ada peluang tu ada je halangan 
kat MRSM dlu aku memang pulun nak masuk wakil maktab. dah select tiba-tiba perlawanan dibatalkan
(agaknya mugkin sekarang aku dah ada title player kebangsaan. ceh)

compare to adik aku
dia ni memang bernasib baik
adik aku memang main netball sampai peringkat open international
TUDIAAAA 
memang melangit title dia

ingat lagi masa kecik-kecik dlu
aku yg start main netball, then aku ajar adik aku
main kat taman-taman, lawan dengan makcik-makcik setaman
time tu kalau nak compare kehebatan kelincahan ketangkasan antara aku dan adik aku
for sure la aku (bukan nak bangga)

tapi adik aku ni memang nampak la istiqomah dan gigih dia tu
dia pandai cari peluang, masuk selection wakil sekolah dari situ dia dapat pendidikan formal berkaitan bola jaring
dia di 'trained' sampai lah ke peringkat yg lebih tinggi
aku pulak lebih selesa bermain dengan konsisten tanpa ada pengawasan siapa-siapa dlm kata lain tiada coach. ikut pengalaman.

perasaan cemburu tu memang ada, tapi masih boleh dikawal
aku tak malu untuk minta nasihat dan tunjuk ajar dari adik aku untuk tambah dan mantap kan lagi teknik&taktik dalam permainan bola jaring, dia juga tidak lokek untuk berkongsi
pernah haritu aku masuk wakil sekolah menengah, aku memang nervous. malam tu aku minta adik aku ajar strategi 'Attack' dia pun semangat ajar aku

kat rumah berderet trofi dan pingat netball adik 
dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sekolah kluster di Gunung Rapat
sekolah yang terkenal dengan atlet-atlet yg masyhur
sampai satu tahap adik aku alami kecederaan yg parah 
ligament putus > operation > masuk something mcm besi > doktor nasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti yg lasak
start situ adik aku dipindahkan ke sekolah biasa dan tamat lah sudah 'zaman atlet' nya

ya semua ada hikmah
mula-mula tu nampak la adik aku alami depression. lepas setahun dua kemudian dia dah move on
masa mula-mula dia masuk sekolah biasa, ramai cikgu-cikgu kelab sukan tawarkan dia untuk sertai bersama
perghhhh mcm pisang goreng panas. laku! untungleee

tapi semua nya dah terbatas sekarang

kini dia melanjutkan pelajaran di KPTM dalam bidang Human Resource

adik : macam mana game kau mggu lepas ?
aku : kalah terok bhaaiiii lawan dengan KB 9-2, merbok 9-1
adik : ok lah tu daripada kosong
aku : agaklah. hmmm dik, kau memang tak boleh main langsung ke? kau tak rindu nak main ?
adik : gila tak rindu ? 
aku : alaaa kau loncat sikit-sikit dah la. ni tak, lepas operation kau tak pernah jogging
adik : jogging aku pernah la. tu pun malam lutut aku bengkak. aku rasa urat aku kena tarik bila hentak kaki

ok lah nak cerita pnjg pasal adik aku ni boleh menangis jugak aku kang
kesian sgt
apapun aku bersyukur selama aku main tak pernah lagi tercedera
setakat mata lebam kena siku org, kaki terpelecet ketika lompat tu benda biasa

so nak dijadikan cerita
team aku ni kalau dapat berlatih seminggu semalaman dah boleh menang ni

rindu Ulala, rindu gegirlz 407-507
iloveyou

PH vs Merbok

me with lovely juniors
#Highlanderz




me : GA
team 507 lawan junior bersama coach tercinta, Cikgu Sal
moment paling aku ingat, time selection wakil maktab cikgu Sal suruh kiteorang tarining dalam hujan-hujan. memang padu!


adios!

naluri abah

pagi tadi sebelum pergi ke kelas sempat breakfast dengan kakak kesayangan saya
Pn.Azmina Azlin
kat Warung Pak Ali Legend

siapa duduk UM tak kenal Warung Pak Ali maka bukan UMers la 
dapat bedal sepinggan Roti Tsunami dan secawan teh susu sungguh menyelerakan
aku baru tau makan Roti Tsunami letak lada sulah dan kicap, pelengkap sajian Roti Tsunami

selama ni aku bedal dua pinggan roti Tsunami tanpa dua beradik tu
patut la rasa macam ada something yang aku tertggl, tapi tetap berselera
memang untung & jimat duit makan kat Warung Pak Ali sebab ada harga khas untuk student
memang murah gila. makan 2 menu simple tu je RM2
mana nak dapat doh!

tpi tula aku berfikir sejenak
balik modal ke ?
yela ko bayangkan dengan kuah lazat banjir, sambal, roti nya yg sedap dan telur separuh masak yg menggiurkan. telur je dah berapa zaman Najib ni.

Allahu 
mulia sungguh Pak Cik Ali. sgt pemurah orangnya
susah nak dapat peniaga yg ikhlas (yg betul-betul pastikan pelanggan puas dengan sajian yg disediakan) di akhir zaman ni
semoga bussiness nya bertambah maju lagi diberkati
Amin
#TeamPakAli

nak dijadikan cerita
pagi Jumaat memang sah-sah la padat gila jalanraya kat tegah-tengah bandar Kl ni

aku : kak Mina, nak saya ambil akak naik kereta ?
Kak Mina : naik motor je. nanti akak ambil Shima.
aku : ada helmet lebih ?
Kak Mina : ada
aku : yeayyyyyy! Ok!

it has been a long time tak naik motor tengah bandaraya
pernah membonceng motor tapi keliling kampung jela
kagum aku dengan Kak Mina tengok dia bawak motor
berani betul
aku memang gayat naik motor ni
bawak apatah lagi
tengok Kak Mina cilok sana cilok sini
baik punya cilok~~~

me was like
"patutlah abah tak bagi aku bawak motor kt KL"

sebelum mak dan abah bagi keizinan sepenuhnya kepada aku untuk bawak kereta pusaka ni

aku : abah. tak payah la bagi kereta tu. kalau abah nak bagi jugak at least motor la. akak bawak motor adik ke KL
abah : hmmm kamu tu boleh ke bawak 
aku : heeee takpela akak belajar. kalau fail jugak at least skuter. haaaa tak payah main gear-gear. press je
abah : haha. hmm tengoklah macam mana

tak lama kemudian abah call

"akak, pakai je kereta saga tu. abah dan mak tak pakai. daripada kereta tu terperap duduk kampung, akak bawak je ke KL."
"lahhhh kenapa ?"

"abah tak percaya yang kamu boleh bawak motor. bahaya! dah banyak kes dah. abah tak berani. lagipun abah dah tengok cara akak bawak kereta. OK je. dah boleh tu"

(Abah is the best and awesome 'JPJ' forever! byk tips yg dia titipkan buat Putri Sulong Tercinta)
*lebih kurang macam nila SAGA biru aku. model baru

so semenjak aku ada kereta ni memang aku ikat perut sikit, kalau dulu asyik hantar baju ke dobi sekarang basuh setiap petang. kihkih makan pun dah cut-down nasi sepinggan sehari waktu lain melantaklah roti ke apa semenjak pasca GST ni.

(pasca GST : "dulu beli satu troli RM200 tu macam-macam boleh dapat, complete stok rumah. sekarang satu bakul je boleh dapat") 
perghhh memang terasa jugak la. duit keluar macam air paip. 
tu pun dah habis jimat, tak keluar jalan kemana, tak shopping apa, habis duit mkn,buku benda-benda asas & keperluan

dan aku memang ada tragedi hitam naik motor ni
tu yang fobia sampai sekarang
jatuh motor tergolek, berdarah ibu jari kaki
perghhh memang seram
kalah horror movie

and kawan aku pulak
"kelakar la kau naik motor Shima"
"apahal ?"
"yela kau naik macam budak-budak, cuba rileks. nampak sangat takut tu"

aku tak sure gaya budak-budak macam mana
tapi yg pasti bila aku membonceng
kedua-dua tangan aku akan pegang besi kat tmpt duduk belakang tu supaya tak terpelanting
aku lagi prefer pegang besi tmpt duduk tu dari peluk/pegang bahu/pegang baju pemandu kihkih
sebab aku takot pemandu tu tak selesa dengan pelukan aku yg erat WAHAAHAHA
kbye














"semoga En.Kamaruzaman dan Hjh Hanizah sentiasa diberkati dan dirahmati Allah"
amin

Al-Fattah wal Amin

kesian Fattah Amin kena kecam sebab buku 'intelektual' yang hangat diperkatakan
bukan nak back up. mula-mula tengok buku tu pun aku geleng kepala
"apa ke jadah siaaaa"
walaupun Fattah Amin pernah cakap
"kena faham maksud tersirat"
dan aku sampai kesudah tak faham maksud tersirat yang cuba disampaikan
mungkin saje pattern pemikiran budak engineer ni agak straight forward
maka aku memang tak boleh go dengan bahasa kiasan-kiasan ni
ada benar kata-kata mak jemah merangkap kawan baik aku ni
mak jemah : Fattah Amin tu nak ikut style Korea
aku : style yang mana ?
mak jemah : buku poster. peminat KPOP sanggup je berhabisan beli buku poster yang ada semata-mata gambar artis. at least si Fattah Amin ni ada jugak la bait-bait ayat. peminat Fattah tak kata apa. memang adapun yang sanggup beli bila dh minat. yang mengecam tu orang yang tak minat Fattah
aku : hmmm. kalau macam tu tak adil la Fattah je kena kecam. kita patut kritik dan kecam sekali peminat KPOP. dan tak dinafikan juga. Fattah antara pencetus 'revolusi' buku sakai. dan benda ni taboo untuk masyarakat Malaysia tapi tidak untuk Kpopers.
kesimpulannya, bacalah buku apa sekalipun asalkan ia mendatangkan manfaat pada kita. kalau kau rasa baca buku Fattah tu terinspirasi dan motivated maka baca dan hadamlah maksud yg tersirat yg diperkatakan oleh Tuannya.
yang penting bacalah buku yang boleh mendekatkan kita dengan Tuhan dan bertambah kefahaman dan penghayatan kita terhadap agama. kerana agama itu pendoman hidup.

watlek watpis!

cheese in trap


tajuk tiada kaitan dengan isi kandungan post *mohon jangan kecam

Separation Process was my first class in semester 4, yahoo! nak masuk third year dah

aku punya first impression dengan subjek ni adalah
"oh maybe senang kot"
dan terbayang aku tengah separate all kind of chemical component pakai equipments kat lab gitteww

rupanya
indah khabar dari rupa

dia rangkum sekali 4 subjek core sebelum-sebelum ni
iaitu chemical process principle 1&2 dan thermodynamics 1&2
which mean keempat-empat subjek tu average grade aku adalah C

and yarr!!
im gonna die this semester

bila mana basic knowledge kau tak kukuh then what you expect for the future ?

nak menangis tak guna babe

 I was so relieved this subject will conduct by pretty&intelligent woman, Dr.Hanee
dengar ramai yg kata Dr.Hanee ajar sangat best dan mudah faham 
I hope so
amin

so masa dia start lecture, one of the content yg agak menarik minat aku bila dia sebut

"mixed chemical is spontaneous while unmixed is non-spontaneous"
"it Law of Nature, for example it easy for you to make a relationship with someone but it hard for you to break up. you have to make some effort to break up. you make mistake, you give so many excuses and so on. so in term of chemical you need energy or mass separating agent to unmixed the chemical"

and that what I done to avoiding from someone I love
but I do not make any effort
I just dumped dia without any excuses 

"if you langgar Law of Nature you will face some troubles"

dan aku langgar Law of Nature tu
and yarrr the troubles is on me right now
I just cant bare to see dia struggling 
because deep in my heart I do love dia so much

(saje aku pakai 'dia' sebab dia bukanlah seorang lelaki mahupun perempuan, dia adalah special in my heart)

****

mak cik kesayangan : Shima, akak ingat lagi ayat F masa PASUM dulu
aku : ayat apa ?
mak cik kesayangan : F selalu cakap "shima betul ke kau nak join, sebab satu hari nanti kau akan alami 'down moment' yang sangat teruk"
aku : masinnya mulut dia kak *tunduk

semoga Allah lorongkan aku ke jalan yang lurus. amin

shima suka berpolitik, tak suka berpoligami

sebelum bukaknya sem 5, aku ditawarkan dengan macam-macam jawatan dan aktiviti untuk diuruskan pada mulanya aku agak ghairah dgn ta...