hamba nafsu

jom dengar satu story dari yang bernama AKU
*** 
Tuhan tu dah cukup baik dengan diri aku
Dia dah tunjuk banyak jalan untuk kembali semula kepada jalan yang benar
kepada jalan yang dulu aku dambakan 
sehingga kan aku pernah ucap

"ni lah kebahagiaan yang sebenar aku cari selama ni"

lalu aku tersenyum. itulah senyuman yang paling ikhlas pernah aku lemparkan. 
entah bagaimana
tanpa aku sedar aku telah terhanyut dek deras yang melampau derasnya
sehingga aku sendiri tak sedar yang aku dah lemas dalam tenggelamnya
bahaya juga lintasan hati seorang mujahidah yang tegar dalam tarbiah nya
mudah saja termakbul

seingat aku, mujahidah yang tegar tarbiah nya itu pernah mengeluh

"bestnya kalau aku ada masa lapang macam si fulanah tu, siap boleh tonton cerita korea lagi. lepas study, makan, lepas makan tonton movie, lepas tonton movie, tidur. esoknya study lagi. hmmmm macam best je." 

lalu mujahidah itu tersenyum sipu-sipu dan menggelengkan kepala. tersedar dari lamunan. 
"apalah yang aku merepek ni. kerja dakwah banyak lagi tak settle ni. malam ni ada liqo' " getus hati nya teguh.

betullah kata orang langit tak selalu cerah
dalam sekelip mata saja mujahidah itu berubah
percakapannya, gaya nya, pergaulannya, tingkah lakunya, semangatnya, tarbiahnya, dakwahnya 
semua makin pudar,mundur,kelam dan tenggelam

kasihan 

bila sahabatnya menghulurkan tangan untuk keluar dari gelapnya tenggelam itu, 
dia mula ragu-ragu

dia takut, jika dia kembali timbul dan jejak dibumi yang nyata
dia bakal rasa sakitnya tenggelam itu buat kali yang kedua

sebab dia tahu

sakitnya tenggelam itu memang pedih dan amat melemaskan
biarlah aku hanyut dalam tenggelam ini daripada aku sakit tenggelam dari timbulnya
kerana sakitnya hanyut itu dia sudah sebati dalam jiwanya.

kini aku rindu kan si mujahidah itu yang teguh hatinya, yang tinggi semangatnya, yang ceria dan sentiasa memberi semangat kepada sahabatnya

-saudagar Donya-

***

inilah namanya penyakit wahan
penyakit cintakan dunia takut kan mati, 
punca nya kerana panjang angannya
maka carilah penawar untuk hilangkan penyakit ini dalam diri anda wahai temen-temen sekalian
semoga tabah dan sabar dalam menjalani liku-liku kehidupan :)

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...