Assumption



dalam bidang engineering, selepas membaca soalan yg menyatakan masalah dan perlu diselesaikan
kebiasaanya kami akan bermula dengan assumption

contoh untuk engine, kami ada belajar Carnot cylce, which is most efficient heat engine
so bila nak buat calculation berkaitan heat engine/pump/refrigerator dll kami akan refer kepada carnot cycle

yg mana dalam realiti engine tak kan operate sesempurna seperti Carnot cycle
maka kami akan membuat calculation, dan hasilnya kami akan dapati jawapan akan hampir dengan nilai kesempurnaan

begitu juga dalam Separation process, banyak kami buat assumption seolah-olah dunia (baca: unit operation) ini sempurna supaya bila kita nak selesaikan masalah tersebut kita akan berusaha untuk mencapai kesempurnaan dan mendapat hasil yang sgt baik walaupun masih lagi terdapat beberapa keburukan/kesalahan (bbaca: error) dalam kaedah penyelesaian yg kita buat. sebab kita memang tak boleh elak dengan beberapa perkara kerana hakikatnya dunia ini tidak sempurna dan complicated (in terms of engineering)

samalah jugak seperti manusia, tiada manusia yg sempurna kecuali Rasulullah, kerana Rasulullah adalah insan yang terpelihara (baca: maksum). Anugerah daripada Allah buat kekasih-Nya.


jadi, apa yg aku nk sampaikan adalah dalam kehidupan tidak salah untuk kita berprasangka buruk (untuk perkara-perkara tertntu) agar kita lebih berhati-hati tetapi janganlah kita terlalu fokus kepada assumption buruk itu
kita kena kekal positif dan sentiasa 'make good assumption' so that langkah dan gerak kerja kita lebih ke arah untuk mencapai kejayaan dan mencapai matlamat berbanding gerak kerja ke arah untuk mengelakkan masalah berlaku kerana hakikatnya masalah akan sentiasa muncul, dari semasa ke semasa. 

kalau kita yakin dengan langkah yang kita buat, dengan kekuatan yg kita ada dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah

apa lagi yg kita rugi dan takutkan ?

"..........kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yg bertawakal."
 (surah ali imran, ayat 159)






No comments:

Naluri ibu

kebiasaannya, sebelum kuliah start, aku akan sarapan walau secebis roti so pagi tadi aku makan roti canai telur kat kafe Fac.Engine...