Miracle episode 2

selepas solat
aku baringkan diri atas katil dengan memeluk bantal
sorang-sorang dalam bilik ni memang nyaman
kali ni aku terbaring atas katil dengan fikiran yg kosong
tapi dengan hati yg tenang
sesekali aku cuba elak daripada memikirkan ketakutan dalam menghadapai kegagalan

'fear of failure'
dan terkadang bila terfikir nya gagal mata aku mula bergenang
hampir saje airmata tertumpah ke pipi

vivo aku berbunyi
notification masuk
lihat nama
terkejut aku senior aku menyapa memulakan perbualan
senior yg tak pernah-pernah aku bertegur sapa 

panjang mesej beliau
banyak kata-kata mutiara dan nasihat yg dia taburkan buat aku
sesekali aku tersenyum
semangat aku untuk terus mara ke hadapan mulai bercambah

"tau tau je aku perlukan nasihat dan suntikan semangat" senyum

bukan apa
aku kagum melihat senior-senior aku yg berjaya dalam bidang ni
aku selalu bertanya
"macam mana nak jadi hebat mcm dieorang?"
maka banyaklah tips yg aku pinta drpd mereka untuk terus survive dalam bidang ni

salah seorang senior yg aku admire sehingga kini adalah buddy aku
Kak Hanisah
aku harap aku berjaya di dunia mcm beliau

---

"mun, jom pergi bazaar ramadhan, aku pening kepala la asyik terbaring atas katil"
"jom" mun (panggilan manja) sahabat baik aku

sakit kepala 
mungkin sebab terlalu banyak aku mengeluarkan airmata
pernah tak korang menangis sampai mata rasa sakit, sakit kepala dan terlalu mengantuk ?
ya aku pernah, itulah kali pertama aku menangis sampai rasa sakit di kepala

dasyat betul penangan 'FEAR OF FAILURE' 
sunyi keseorangan dibilik memang tak membantu 
aku kena keluar 
disebabkan aku cintakan permandangan alam semulajadi
aku mesti keluar

aku ceritakan semua yg terbuku dihati aku kepada mun
sekali lagi, mengalir airmata 

"ahhh dah la, jom la gerak" aku hapuskan airmata daripada terus mengalir

---

hari berganti hari aku sudah mula berlapang dada
setiap kali selepas solat aku berdoa kepada tuhan
supaya diberi kekuatan untuk hadapi apa jua cabaran

"ya tuhan, aku perlukan keajaiban" aku taknak gagal!!
"memang patut kot aku gagal, terima jela shima. mesti ada hikmah kau kan nak jadi engineer. kena kuat"
"tuhan, walau apa pun terjadi jauh disudut hati aku, aku masih mengharap yg aku tak gagal. tolonglah" memang jauh dlm dasar hati aku, walau apa pun aku masih lagi berharap yg aku tak gagal

cuma
nak tenang kan hati
"terima jela shima yg kau gagal dan kena repeat" itulah yg mulut aku berulang-ulang kali menyebut
tapi tidak selari dengan kata hati
"aku tak gagal" itu lah kata hati yg berulang-ulang kali disebut



---

tiba hari keputusan peperiksaan sem 2 sesi 2016/2017 keluar
nervous tu memang nervous
tapi aku mmg tak letak harapan yg tggi
aku terima je apa jua result yg muncul di myum nanti

"ahhh tawakal jela"
"fine repeat, aku redho"

macam-macam yg bermain difikran aku

aku pergi ke laman web myum
log in
klik di ruangan examination-result
klik sesi 2016/2017 semester II

"subhanallah!" aku terlopong seketika
terdiam
macam tak percaya

"betul ke ni result aku"

aku lihat banyak huruf A 
mata ku tertacap pada huruf B-

"PAPER-TARGET-GAGAL dapat B- ?"
"eh mcm mana boleh dapat B- ? Dr. salah kira ni"

terbaring aku atas lantai (memandangkan aku membuka laptop dlm keadaan bersila di lantai)
termenung aku memandang siling sekali lagi
kali ni aku termenung 
dengan perasaan
"nak aku menangis terharu, gembira ke apa ni?"

aku sendiri taktau mcm mana nak respon dgn keadaan mcm ni

aku snap result aku,
share dlm grp family

bak kata abah
"anak abah semua pandai"
sebab haritu aku cakap
"abah, kakak dah tak pandai mcm dulu, result cantik mcm dulu"
aku jelous tengok adik yg dekan setiap sem

Alhamdulilah
aku happy jugak tengok result untuk subjek yg lain
sebab bagi aku sem ni subjek dia agak tough berbanding sem-sem lain
yela degree
makin tinggi makin susah la kan

Alhamdulilah
Alhamdulilah

---

rasa menyesal dan serba salah aku kepada tuhan
makin menebal tinggi menggunung
apa lagi 
sujud syukur adalah paling terbaik untuk aku tunjukkan
rasa syukur aku yg teramat tidak terhingga kepada sang tuhan

menangis
sebab aku rasa berdosa dengan tuhan

pengajaran buat aku
sekarang aku sedar
ujian aku ni tersangatlah kecil

semoga aku 
sikit-sikit dapat kikis
Fear of Failure 
dalam diri aku

---

nak tau kenapa aku sangat takut gagal dan repeat ?
sebab 
entahlah, sama ada ini sebab yg terbaik atau tidak
yg pasti 

aku nak cepat-cepat sara keluarga
sebab abah membanting tulang cari rezeki
aku tak tahan tengok abah bawa bas berhari-hari
dengan tak cukup tidur dan rehat

apa yg aku mahu lihat 
dipenghujung usia, mak dan abah
boleh fokus dengan urusan akhirat mereka
biarlah aku mengambil alih tugas abah
menyara keluarga 

sebagai anak sulung 
itulah bebanan yg perlu aku pikul
aku memandang serius hal tanggungjawab ni

bila ditanya soal kahwin
aku terus geleng kepala
"bukan masanya lagi"

kerana aku bukanlah daripada keluarga yg berada
keluarga aku tak punya harta
tapi kami ada segalanya yg memenuhi keperluan
dalam sederhananya kami
abah dan mak tak pernah lupa bawa kami berjalan-jalan melihat keindahan ciptaan tuhan

itulah abah dan mak
asal ada rezeki lebih
dibelanjakan semuanya untuk dua org puterinya

---

sekian cerita 2 episod, semoga jadi pengajaran buat semua :)
tahniah kepada yg berjaya
kepada yg sedang diuji
jangan pernah putus berharap kepada Tuhan yg Maha Esa
Yang Maha Kaya
Yang Maha Mengetahui segala yg terbaik buat kita








No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...