so kami pun try cari package ke Krabi untuk bulan 7 memang mahal gila RM700++, out of bajet
maka kami decide untuk drive sendiri.
seawal 2 pagi dari Ipoh kami bergerak. Dan aku sebagai pemandu yg berhemah hanya berbekal kan setin Wanda Coffee dan chewing gum untuk hilangkan rasa mengantuk
mana tak nya tuan-tuan puan-puan mendengar dengkuran mak abah dan adik aku yg nyenyak membuat kan aku kadang kala terbuai juga dek mimpi
alhamdulilah selamat sampai di Border jam 7 pagi, maka bila sampai je Thailand kami pun
yaaaa kita sarapan dulu. rata-rata masyarakat area Border ni semua boleh kecek Klate dan Malay. aku order mee goreng, tiba-tiba aku rindu kicap Tamin dan sos kat Malaysia. sebab kicap dan sos sini agak berlainan rasanya. tak kena dengan tekak aku.
seterusnya kami teruskan perjalanan ke Hatyai yg mengambil masa selama sejam setengah dari Border. kalau kat Malaysia setiap 5 meter tak pun 500 meter macam tu mesti ada masjid. kat sini tidak, ada masa tu memang rasa nak 'ten-cin' yg teramat tak tahan, cari masjid tak jumpa-jumpa
adehhhh berpuluh kilometer baru jumpa masjid, surau lagi la tak nampak bayang LOL
maka bersyukur lah temen-temen :)
bila dah sampai Hatyai, apa lagi
ya, bergambar dulu tuan-tuan puan-puan dengan posing tah pape. pekan Hatyai ni lebih kurang macam KL atau jalan TAR la, sempit, jem, bangunan rapat-rapat
then, my handsome abah jumpa dengan sorang kawan dia, Mr.C (bukan nama sebenar, aku lupa pulak apa nama uncle ni HAHHAA)
at first uncle nak bawak kami jalan-jalan sekitar Hatyai, dia ambik harga murah punya RM200++ per person tapi kami tukar plan nak ke Krabi
Uncle pun kata Krabi memang manyak cantikk, maka dia bawak kami ke travel agency ni
alhamdulilah kami dapat package murah pulak bila sampai sini
RM350 per person, apa lagi ON la kan
bila sebut Thailand aku mesti terbayang 2 tempat ni je PHUKET dan KRABI coz I love Beaches
hew
so sementara tunggu van yg disediakan untuk bawa kami ke Krabi akmi makan dulu kat sebuah restoran yg ada masakan Melayu, memang citarasa tekak org Malaysia, dan orang yg kat kedai ni pun semua kecek Klate which is orang Pattani mereka ni
ni kedai dia, ya takde nama, jangan salahkan aku, pandai-pandai la korang cari. Abah dah tau jalan kat Hatyai sebab ulang-alik bawak bas dari Ipoh-Hatyai, so setakat pusing-pusing Hatyai ni celah gigi la bagi abah, gittuuu
tapi kalau hampa takut sesat ka apa sebelah Angel travel Agency tadi tu pun ada restoran Halal. so tak payah cari jauh-jauh
kat sini bukan macam kat Malaysia, mana-mana restoran kau masuk je. kena cek dulu tanda HALAL
memang kadang-kadang kau nampak kedai tu macam kedai Melayu&Halal tapi bila tanya
"sorry kak sini ada Babi "
haaaa so hati-hati, nak beli sandwich kat 7 eleven pun kena tengok inti dia apa, sebab aku dah terpegang sandwich inti Babi
tak perasan pulak aku ada simbol hidung nate tu. warna pink bulat-bulat aku ingat corak
siot betul
bila baca ingredients cisss
then bila nak bermalam di hotel korang kena beli soket ni, sebab plug kat hotel bukan mcm kat Malaysia
renyah betulllll
ni perhentian yg ke-2. naik kematu pungkok duduk dalam van lama-lama
jauh jugak Krabi dari Hatyai ni
bayangkan lah dari 12.30 tengahari sampai Krabi jam 5.30 petang
so memang wajiblah enkorang berhenti lama kat sini solat, makan, buang ayaqqq sat
aku ni nak makan banyak-banyak tak berani. kang satgi nak berak la apa menyusahkan semua orang yg ada kat dlm van tu, malu pulak kan, so beli la jajan-jajan kat sini. harga standard je
sampai Krabi 5.30 petang tu pun aku dah mula rasa mual-mual sebab orang yg bawak van tu bawak macam roller coster HADOOOII sabau jelaaaa
hotel kami di pantai Ao Nang, so tinggal kami jela yg ada dalam van tu, pelancong yg lain semua bermalam di pekan Krabi. nak sampai ke Ao Nang jauh lagi dalam sejam setengah. 6.30 ptg mcm tu bru kami sampai hotel
hadoiii, kalau dia tambah sejam lagi perjalanan mau tak termuntah aku dalam van tu
perghh memang tak tahan
aku memang pantang tok nek aku org yg bawak kereta/van terhenjut-henjut, brek mengejut
perghh memang palat
sebab tu org yg naik kereta dgn aku tenang dan damai sebab aku diajar oleh abah
"kakak kalau nak brek jangan mengejut, awal-awal dh tekan brek takdelah org pening nanti"
gituu. abah always yg terbaik lah. love you lah abah!
siap-siap keluar nak cari makan, perut dah berkeroncong. dah sampai Thailand mesti la nak rasa Tomyam yg sebenar kan
permandangan sekitar pantai Ao Nang.
sepanjang jalan ni ada banyak bar dan tempat urut, kedai tattoo, hotel dan kedai makan. macam-macam ada. tapi untuk muslim terhad sikit restoran tu. kalau nak banyak pilihan restoran halal korang kenan menghala jauh dari pantai
sebab makin dekat dengan pantai makin banyak kedai Non-halal
makin jauh, makin banyak pilihan restoran halal
sebelum sampai pantai Ao Nang ni korang akan lalu Muslim street
kat situ banyak restoran halal
tapi jauh la dari pantai korang kena sewa motor untuk org muda macam aku ni eloklah jalan kaki sambil menikmati keindahan malam di Krabi street ni (lebih tepat Ao Nang street, tapi itu bukan nama yg sebenar saje aku gelar bgi nmpk hipster kih)
jalan punya jalan, baru jumpa satu restoran ni. memang bersih sangat, perabot dlm pun cantik
dia punya pedas tomyam ni sama pedas dengan wasabi. perghhh sekali hirup rasa nak berdarah hidung ni. tak tahan aku
maka aku pun makan steak je *sounds poyo here
dan aku akhiri end of DAY 1 at Krabi dengan photo-acah-hipster ni
No comments:
Post a Comment