Rumah Tumpangan Anak Yatim dan Miskin

aku dan rakan tidak bersetuju dengan nama komersial yang diberi untuk rumah kebajikan tersebut
letak lah
Rumah Permata Harapan Bangsa & Agama 
ke
barulah semangat sikit penghuni kat rumah tu
hadoyyyy
*sekadar pendapat dan cadangan
maka mana-mana badan NGO nak tubuh rumah kebajikan
PLEASE! IM BEGGING!
letaklah nama yang sesuai kerana itu suatu doa :) *peace
ok so ini siri pertama kami (geng Social Engangement Budak Chem Engine) collaboration with Society Petroleum Engineer
siri kedua bakal menyusul minggu hadapan di Rumah Anak Kesayanganku di Rawang
ahhhhhhhhhhhhh
sayangnya aku kat kanak-kanak ni
manja sangat
walaupun nakal dan hyperactive
tapi kalau dilayan dengan kelembutan sangat manja dan boleh dengar kata je mereka ni
cuma mereka tiada pantauan dari ibu bapa
dekat sni terbit rasa syukur yang tak terhingga 
aku masih mempunyai nikmat ibu ayah yang penyayang
yang menitikberatkan soal agama dan pelajaran
adik-adik ni semua ada cita-cita yang besar
bila ditanya apa kerjaya pilihan mereka
"saya nak jadi doktor!!" *penuh semangat
"saya nak jadi angkasawan!"
"saya suka sains!"
"saya suka haiwan!"
"saya nak jadi polis"
dan kebanyakan mereka ingin menjadi GURU!
mulia cita-cita tu
dan tidak kurang pula ada yang bercita-cita nak jadi USTAZ!
memang ada gaya
menyesal pulak aku tak bergambar dengan 'adik ustaz' ni
dengan bersongkok, berbaju kolar, ya kemas, persis seorang 'ustaz moden'
ciaa ciaa ciaaa
cuma........
bila ditaya bagaimana dan apa usaha mereka untuk capai matlamat dan cita-cita
mereka hanya diam dan geleng kepala
seolah-olah ada tembok yang besar menghalangi mereka untuk menggapai impian yang mulia itu
sayang
aku berfikir sejenak
tiba-tiba sebak
aku hanya mampu tolong mana yang mampu 
iaitu
NASIHAT DAN DOA
mereka ni hebat
sgt aktif di sekolah ada yang wakil sekolah dalam aktiviti sukan, seni, hafazan
perghhhh aku dulu pun pasif budaknya kahkahkah
cuma surrounding mereka agak kasar
sesama rakan mereka 
seringkali bertengkar tak kira lelaki mahupun perempuan
cuba kami leraikan pergelutan yang berlaku
"biasalah budak-budak"
*detik hati kami
bila aku imbau semula zaman kanak-kanak aku
pernah je gaduh sampai menangis-nangis, tambah pulak aku ramai kawan lelaki sepermainan
memang agak kasar zaman kecik-kecik dulu
takde beza sgt pun aku(di zzaman kecil) dgn mereka yg sekarang lebih kurang
tapi yelah agak kekok situasi 'kekasaran'  itu apabila dah di sapa cik Hidayah dan Mr.Tarbiah ni
ciaaa ciaa ciaaa poyo
dan pelajaran yang amat berharga yang aku belajar dari sini ialah
PENTINGNYA ASAS PELAJARAN DARI INSTITUSI KELUARGA
benarlah generasi yang hebat lahirnya dari sebuah keluarga yg hebat
dan JELAS
wanita itu madrasah untuk anak-anak nya
dan lelaki itu pembimbing bagi sesebuah keluarga

baik madrasahnya, baik pembimbing nya
maka baiklah generasi itu
subhanallah
ok sekian!
inilah destinasi kami!

 one of the game that we conducted apatah namanya yg penting rules die tangan semua ingat dgn tgn kawan, duduk and suddenly kene berdiri sepantas yg boleh!
para fasilitator 




 sesi belajar!




antara hasil experiment yg dijalankan

game tepuk tepuk, game ni jugak yg menjadi perhatian kanak-kanak, layan~~~

santuni kanak-kanak :)

ego

andai kata ego tu seorang manusia
aku taknak kawan dengan die
sebab die punca

punca untuk aku dikelilingi dengan masalah

mana tak nya
dengan adanya ego disisi
kau akan rasa kata kau yang betul
kau rasa orang lain yang bersalah
kata kaulah yang terbaik
kau rasa kau lagi bijak dari yang lain

dari 'rasa' itu maka datangnya sahabat kepada ego
iaitu bongkak
bila bongkak menyapa
kau mula rasa marah dan taknak maafkan orang lain
padahal masalah kecil saja
kau perbesarkan
padahal masalah dah settle
kau masih cari sesuatu untuk kekalkan masalah

aku tak tuju pada siapa
benda ni semua pernah rasa cuma tak sedar

kawan-kawan, bila kau start rasa dendam dan marah
mula rasa taknak maafkan seseorang
rasa tak boleh lupakan salah org

cuba kau fikir
apa kau mahu Allah lakukan sebegitu terhadap kau ?
bersifat kasih lah sesama sahabat dan rakan-rakan

apabila bertindak atau mahu respon sesuatu
cuba pejam mata atau bayangkan seketika dan tanya pada diri
"adakah ini akhlak Rasulullah ?"
jika tidak maka hentikan perbuatan itu
BERDIAM DIRI
itu pendekatan terbaik

rasa geram taknak maafkan ?
cuba kau bayangkan penghinaan demi penghinaan
kebencian demi kebencian Rasulullah hadapi 
naaaaahh
ambillah kekuatan dari situ

:)
ya cakap senang

"orang yang sempurna adalah orang yang berusaha menghiasi diri dengan sifat-sifat mulia, nak capai tahap lebih sempurna kita perlu menyempurnakan kekurangan dengan mengajak orang melakukan kebaikan"

apa kebaikan itu ?
cukuplah dengan satu senyuman
sudah mampu mengubat 'yang terluka'
dan yang terluka pula
perlu berlapang dada

jadi ayuh!
berlapang dada maafkan org sekeliling baru tenang hati kita beb *thumbs up



4 amalan diberi 4 ganjaran dalam masa 4 minit!


saya menawarkan anda suatu produk ! dimana jika anda mengikut step ni
anda akan dapat ganjaran PERCUMA!!!
tiada bayaran dikenakan

waktu 'berniaga' adalah ketika azan!


step/amalan/procedure : -
  1. menjawab azan
  • ganjaran : masuk syurga
     2. zikir  selepas laungan azan asyhadu anna muhammadarrosulullah atau selepas azan
  • ganjaran : diampuni dosa-dosa kecil
  • jenis zikir : rodhitu billahirobba wabilislamidina wabimuhammadi nabiyya warosula (rujuk al-mathurat)
    3. selewat kepada nabi selepas azan
  • ganjaran : diberi 10 rahmat
    4. doa selepas azan 
  • ganjaran : mendapat syafaat
 "Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

 (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar" (surah 61 : 10-12)

SELAMAT BERAMAL !

Miracle episode 2

selepas solat aku baringkan diri atas katil dengan memeluk bantal sorang-sorang dalam bilik ni memang nyaman kali ni aku terbar...