Miracle

untuk sem 4 ni ada satu paper yg aku target fail
sebab aku jawab memang macam ayam
tapi Alhamdulilah paper lain aku confident
cuma satu paper ni je yg amat mengecewakan
selama aku jawab soalan peperiksaan aku tak pernah jawab seteruk ni

*SELEPAS MENJAWAB PAPER-TARGET-GAGAL-*

aku keluar dewan dengan langkah yg berat

"Apa yg aku jwab tadi ek ?"
"aku rasa aku tak jawab apa-apa soalan"
"kenapa ramai tambah paper ek? kenapa aku tak mintak paper lebih?"

 yaaa kertas graph yg diberi pun aku tak sentuh, bila kertas graph diberi bermakna ada soalan yg minta kau untuk buat graph dan analyze graph tersebut, tapi aku memang tak sentuh 3 paper graph tu

"aku fail" 
cuba aku gagahkan jugak untuk senyum bila disapa kawan-kawan

"weh shima, kau dpt jawab tak ?"
 aku senyum

"kau pulak ?" aku bertanya kembali kepada dia

"aku jawab teruk la weh, satu soalan aku tak siap, aku rasa nak menangis" jawab kawan aku

"tipulah! kau siap tambah kertas jawapan dan graph paper kau siap berconteng lagi" rengek hati aku, bibir aku tersenyum

dia duduk sebelah aku, aku nampak kau jawab bersungguh tadi, aku termenung lihat soalan 

"aku tak nak repeat!!" jerit hati aku

masing-masing pulang ke kolej dengan hati yg lara, tak bercakap, senyum mencuka

"bye Syakirah, babe, jangan sedih-sedih tau, tawakal je" aku usap bahu kawan aku sebelum aku berpisah dengan dia untuk pulang ke bilik lalu aku hadiahkan senyuman buat dia
syakirah senyum sambil melambai tangan kepada aku.

itulah aku
bila hati sendiri yang berkecamuk  aku akan sentiasa nasihat kan orang lain

---

sesampai je aku di bilik terus aku campak badan atas katil, aku tekup muka dengan bantal
aku jerit puas-puas. aduhh paper tadi buat aku rasa bodoh sangat

sedar-sedar airmata aku mengalir deras macam air hujan lebat yg jatuh membasahi bumi
aku merenung kipas di siling, lama 
tak pernah aku termenung lama mcm ni

fikiran aku kosong
memang termenung itu termenung dengan fikiran yg kosong
tpi yg aneh airmata tetap mengalir laju

aku capai vivo, aku perlukan seseorang untuk luah segala kesedihan dan kekecewaan ni
adik
ya adik sahabat paling terbaik 



aku memang tak berniat pun apa yg aku tulis tu
memang aku tulis dengan hati yg tawar fikiran yg kosong
yg sangat sangat kosong

terus mak aku call lepas tu

"kakak~ ok ke tu ?" ahhh lembutnya suara ibu, cair 

"em" tersedu-sedan, aku cuba menahan daripada terus menangis

"jangan cakap mcm tu. berdosa. kita kan ada Allah"
aku diam. aduh lagi laju pulak airmata ni

"kakak, tu ujian kecil je. ingat balik pengorbanan Rasulullah perit getir para sahabat. Rasulullah dan sahabt tu lagi besar ujian"

"kakak takut gagal la mak, kakak tak nak repeat"

"takpela. kakak kan dah berusaha bukannya kakak tak berusaha kan. dah itu je mampu. tawakal je"
aku diam seribu batu,

"dah tu, jangan menangis, jangan cakap bukan-bukan dah. mak tak suka. tak baik. istighfar banyak-banyak"

"ok" tersedu-sedan

"gagal tu benda biasa kakak, mungkin selama ni kakak asyik cemerlang je, mugkin ni la saat Allah nak uji. turun naik kehidupan tu mesti ada. sabar ok? Allah sayang dengan org yg sabar"

"ok" tersedu-sedan
seingat aku inilah kali pertama aku call mak aku dalam keadaan
menangis sebab tak dapat jawab exam dengan baik
aku jarang mengadu kepada mak dan abah tentang pelajaran aku
bukan sebab apa pun
bagi aku prestasi pelajaran aku berada diperingat sederhana
tak lebih tak kurang

---

ahh tak boleh jadi, hati aku tak tenang, rasa serba salah dengan tuhan makin menebal
apa lah yg aku merepek tadi
cakap mcm tak bertuhan

cepat-cepat aku ambil wudhuk
bentang sejadah
sarung kain telekung

"Allah~~huakbar" takbiratulihram. mengalir laju airmata aku
lama sujud aku, makin banyak airmata aku mengalir
kali ni aku bukan menangis kerana paper
tapi aku menangis kerana tidak sabarnya aku dalam hadapi ujian

selesai saje solat sunat 2 rakaat
aku tadah tangan
lama aku berdoa
ku pejamkan mata
ku hayati tiap-tiap bait doaku

aku kembali baring di atas katil
sumpah tenang. tapi hati aku masih lagi rasa galau
rasa takutnya gagal

kebiasaan nya untuk aku hilangkan rasa sunyi aku akan pakai earphone dengar lagu kegemaran
kali ni rasa sunyi resah gelisah kecewa semua ada
Al-Quran yg terbaik
bila aku rasa yg teramat kecewa aku akan bukak surah yusuff

itulah aku, bila susah baru cari tuhan
bila sedih cari Al-Quran

dalam tak sedar aku tertidur dengan alunan Al-Quran di telinga
masuk zohor, aku solat
rasa lapang dada

---

(to be continued)

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...