oh Final Sem 5

 
hai guys, rajin pulak aku menaip kan lately ni
well, the hell nya final sem ni
sumpah stress

maka dengan menulis lah aku dapat hilangkan stress aku

silap aku la sem ni banyak main
kan dah sakit bila final week kunjung tiba

aku rasa nak muntah pun ada baca lecture note, hadam theory, calculation, pastyear, exercise, tutorial
memang seminggu ni aku ulang-alik library
 
aku rasa otak aku pun dh tepu
aku rindukan alam
yep
alam yg menghijau
hutan rimba, suasana kampung yg damai, kicauan burung
deruan ombak

I love to hear all the nature sounds
dan aku rindu sangat !!

tolonglah
bawakla aku satu tempat yang takde orang
yang ada, hanya aku, taman yg menghijau, dan air terjun, serta pokok yang rendang dan tumbuh-tumbuhan yg segar bertasbih kepada Tuhan
 
ataupun kalau susah nak cari tempat tu
bawaklah aku
ke tempat yg takde orang, yang ada hanya aku, deruan ombak, bauan laut yg segar, dan pasir yg halus
 
arghhhhhhhh
 
bila depressed mcm ni
aku lebih suka menyendiri
aku tak banyak bercakap
emosi aku memang terganggu
mudah sgt hati aku terasa 
padahal orang tak cakap pasal aku pun
tah kenapa segala apa yg mereka katakan
semuanya ibarat mahu memerli aku
aku sedih, aku terasa
sebab tu aku suka sorang-sorang 
takde yg boleh ganggu perasaan aku
.
.
.
..
 
.
.
.
 
.
 
I think.
 
.
 
.
.
..
.
.
..
 
.
.
.
 
I just need time for myself
 
satu je penawar depression buat aku waktu-waktu genting mcm ni
 
 
aku perlukan masa bersendirian dengan Tuhan
tempat-tempat yg aku describe kat atas tu semua hanyalah bayangan aku semata-mata
hakikatnya, mana kau nk dapat pantai/pulau yang tiada orang
kalau ada pun aku tak berani nak pergi 
HAHHAHAHAH

kalau aku stress, aku pejam kan mata dan aku bayangkan tempat tu
teringin sangat nak bayangkan syurga, tapi tulah syurga ni indah sampai tak terbayang di akal
mahal betul syurga ni
 
maka aku hanya mampu bayang
bayang kan tempat yg seindah umpama syurga

dan kalau aku stress, aku akan bersendiri di satu tempat
'gua hirak' kesukaan aku
haaaa kau ada?
tempat ni
aku selalu pergi bila waktu aku gundah gulana
 
jahat kan aku ?
biasalah, aku manusia biasa
ingat Tuhan waktu susah, lupa Tuhan waktu senang

bila dah terlalu leka, tu yang stress, sedih,gundah gulana,depression menyerang aku
aku bersangka baik
mungkin ini petanda Tuhan minta aku kembali kepada Nya
ingat dia kembali

again

aku manusia biasa



adios
 
****
 
wish me luck for this sem guys!
yep! aku harap aku cukup 'luck' untuk pass final exam sem ni
 
****
 
 
 

Pengajaran 2017


dear myself, please take note a few important things

tolong lah wahai diri, jangan ulang kesilapan ini pada sem akan datang
kau tinggal 3 sem lagi shima, so please, manfaatkan, and do the best 
I know the things get hard
hakikatnya kau boleh je buat
buktinya 
sekarang
kau masih berdiri teguh (meskipun atas pagar, kahkah)
kau akan selalu akan terasa untuk berputus asa

tapi jangan pernah lelah untuk memujuk diri
"aku bleh buat, aku boleh buat"

so here the important things yang aku kena selalu ingat dan jangan ulang !!!

  1. jangan bertangguh, makin besar, aku perasan diri aku ni makin suka bertangguh. dulu kau tak macam ni shima !!!! mana kau dapat negative vibes ni!!
  2. jangan 'berangan' dalam kelas. please fokus macam kau fokus dalam kelas zaman PASUM dulu. kau antara student di cop "BUDAK-JARANG-TIDUR" so please!! aku nak kau yang dulu shima!!!! FOKUS!!! (maaf, aku bermonolog)
  3. stop wasting your time with the social media. please make a limit. scroll fb insta after class and waktu petang only!!!!
  4. habis je satu topic dalam satu hari, make revision! jangan tunggu at the end of the sem baru nak catch up semua. I can feel the pain right now T_T (dulu kau tak macam ni shima!!!! mana shima yg study hard?!!)
  5. cergaskan badan. pergilah jogging petang-petang! sem depan apply kolej! kahkah bru senang nak jog
  6. eat healthy food, no more meggi (mana pergi prinsip hidup kau SAY-NO-TO-JUNK FOOD-INSTANT FOOD ni?!!) 
  7. be more positive. Dear myself, selalulah berfikir baik kepada apa yg berlaku, apa yg terjadi dan sentiasa berprasangka baik dengan org. kau tak suka org judgemental kan? so jangan suka judgemental!!

konklusinya, I have to get back on my track!
ya banyak dah aku tersasar dari DISIPLIN dan PRINSIP hidup aku
which is disiplin ni aku dah prakttik dari zaman sekolah menengah
makin dewasa aku makin longlai, jauh menyimpang dan tinggal segala disiplin diri ni

aduhh

tapi one thing yg aku suka sem ni adalah
aku tak tidur lepas subuh!!
(compare to last sem, aku kerap tidur lepas subuh, sebab kolej dekat dengan tempat kuliah, bila dah duduk luar nak mengelak dari jem keyel yg teruk, maka aku takkan sesekali tidur lepas subuh!!!)

ok please keep it up




Naluri ibu



kebiasaannya, sebelum kuliah start, aku akan sarapan walau secebis roti
so pagi tadi aku makan roti canai telur kat kafe Fac.Engine
menu memang best siot
dah la tak de orang, awal pagi kan
ada pun orang-orang pejabat

aku pun makan la sensorang kt meja kafe tu
sesekali aku perasan jugak la ada pakcik ni
dok usha aku, jelingannya ibarat 

"alahai, lonely nya budak ni"
HAHHAHA

kesah apa kan
so lepastu aku pun study la kejap sebelum masuk kuliah
habis ke 2 kelas pagi tu perut aku rasa lain mcm

"hmm, masuk angin kot. dah tengahari"

godek-godek-godek
pukul 2ptg baru aku lunch, tu pun aku beli makanan yg ringan-ringan je

kelas seterusnya kat Fac Sains
aduhhhh
perut aku makin rasa lain mcm
aku jalan pun dah tercungap-cungap
selalu nya 'fit' je
ececeeyy

perghhh memang sakit bhaiii
"aduhh, penyakit ni datang balik"

memang dah lama rasa sakit ni tak kunjung tiba
dulu selalu

apa lagi, aku cari surau, aku baring, memang aku tertido la cerita nya
degan tidur je dapat hilangkan rasa sakit tu

sedar-sedar dekat pkul 4ptg, kelas biotech pukul 3ptg
ahh sudah,
"mampus lah"

aku pun sambung tidur balik HAAHHA sementara tunggu asar

****

malam tu mummy call

"hello, aip. kenapa dah lama tak call mummy?"

"mummy~~~~~~~ sorry. memang selalu teringat nak call. tapi asyik bertangguh sampai lupa. sorry sorry"

"ok takpe. kakak dah makan belum tu. makan apa?"

"alhamdulilah dah makan. tadi, org rumah masak ayam grg tepung"

"ok. ni mummy nak cakap sikit ni. kamu tu jangan tak makan nasi langsung. tak sempat macam mana pun at least makan sikit nasi. nanti perut masuk angin"

sumpah part ni aku rasa syahdu gila. aku tak cerita apa-apa pun lagi kes 
aku ter-skip kelas tertidur kat surau sebab sakit perut masuk angin

sebelum mak aku letakkan fon, mak cakap

"mak sentiasa doakan akak ok kat sana. akak happy je kan kat sana ? mak selalu bangun malam doa yg anak mak berjaya, selamat, jadi anak solehah. fokus belajar tau"

part ni lagi syahdu tau,
sebab 2-3 hari ni aku memang berduka cita, jiwa lara, frust menoggeng 'macam orang baru lepas putus cinta'

dan aku tak pernah bagitau kat mak pun
aku syak adik aku yg bagitau
sebab pernah mengadu kat adik
time tu aku memang tengah sedih dan frust sgt
macam tuan yang kematian kucingnya

"ok mummy, thank you. i love you. adik ada bagitau mummy apa-apa ke?"

sebab aku dah memang warning kat adik, jangan bagi tau segala aduan aku
sebab aku taknak mak dan abah risau pasal aku

"takdelah. adik tak cakap apa pun"

I miss you mummy
I miss you abah
I miss you adik


shima suka berpolitik, tak suka berpoligami


sebelum bukaknya sem 5, aku ditawarkan dengan macam-macam jawatan dan aktiviti untuk diuruskan
pada mulanya aku agak ghairah dgn tawaran tersebut, bila aku fikir-fikirkan balik
aku tak nak 'mental koyak' macam first year dan second year kahkah

jadi, aku tapis segala tawaran yg diberi mengikut kemampuan diri
Alhamdulilah result sem 4 aku agak memberansangkan maka aku agak 'confident' untuk kembali aktif semula
bukan senang woii nak naik balik bila dah jatuh tersembam
aku ambil mana yang boleh beri manfaat pada diri dan orang sekeliling aku
dan ada juga yg aku terima sekadar untuk membantu

*atottoo

dan sebelum tutupnya sem 4, aku sempat sembang dengan beberapa orang senior

"kak, agak-agak masuk third year nanti busy die macam mana ek?
"erm, mcm biasa je, macam skrg ni (tahun 2)"

"second year memang tough, dah masuk third year korang relax sikit" -bro lejen

ya tuan-tuan puan-puan, testimoni ni memang tak boleh pakai


Aku ingat aku sorang je yang rasa 'high pressure' masuk sem 5 ni
rupanya budak-budak fourflat yg lain pun nampak stress
(tapi stress dieorang pun tahap relax aku)

aku punya la gelabah dan 'depressed' dan stress sampai rasa mual-mual dan hilang selera makan
korang pernah rasa sampai tahap tu ?

jadi,
apa yang aku stress kan ?

well, takde benda nak disalahkan pun, berbalik kepada salah diri sendiri yang tak pandai urus masa
bila genap setahun pengajian, macam biasa 2 minggu pertama jadual harian aku akan berterabur,bersepah, melayang tah kemana 
assignment week 1-3 aku bertangguh, masuk kelas tidur dek kerana mengecat banner sampai lewat malam, lambat catch up bila lecturer terang kat depan.
dah tidur apa yang kau nak fahamkan kahkah

 2 minggu awal sem merupakan kemuncak
Pilihanraya Kampus

sebagai mahasiswa yang cakna politik dan isu semasa dan mengambil berat akan hal-hal kenegaraan ini maka menjadi satu tanggungjawab  untuk aku laksanakan misi jentera 

*muntah hijau

k tu semua poyo bhaii
aku tak minat politik, jiwa ana jiwa tarbiah kikiki
tapi ya betul, aku tak minat politik-politik ni
tapi disebabkan aku faham akan peri pentingnya
bila bergerak kerja tu aku memang dengan rela laksanakan tugas yang diberi

it about understanding bro, not passion

bila sebut passion, ibaratnya macam main Netball
kau gian nak main lagi dan lagi, theres no such thing 'I have sacrifice everything for it'
malah kau tak sedar yg kau dah buat segalanya untuk benda yang kau suka kan tu
ataupun
ibaratnya, bila kau dah angau dengan seseorang sampai kau tak sedar yang kau dah rendahkan martabat kau sebagai seorang lelaki
*k tetiba

but when it come to understanding
you will sacrifice your time, energy for it
it hard to do, it hard to 'willing' yourself for it
but you just enjoy do that thiings for the sake of others :)

don't you see the difference ?

jadi, bila dah banyak involve benda-benda duniawi ini
tarbiah dalaman kau memang agak tersasar

"shima, macam mana dengan amal fardhi kau ?"

*zaapppp!!

macam dihiris bhai hati ni

*tunduk *geleng kepala

"so, kemana kau menghilang semalam ? puas dieorang cari kau"

(to be cotinued)

perangai Tahun 3

tahun ni aku ambil subjek National Character
subjek ni hmmm 
agak bosan to those yang dah banyak buat program
KAHAHAHAHA bapak poyo siot
tapi serious talk doh
tapi ok lah tak perlu study buat research essay bagai. sebab course aku untuk sem ni dah cukup memenatkan, sebab tu aku ambil subjek elektif yang rileks chill-chill, have fun
kelas ni jadi 'have fun' bila classmate supportive,energetic dan proaktif
ni serious cakap la, classmate subjek ni memang pishang gila
apakk la, sakit pulak hati aku
nak  lantik AJK pun ambik masa 3 kelas baru settle
semua pakat senyap dan nak ambil kerja mudah je
mana tak nya
bila lecturer tanya
"siapa nak jadi AJK protokol?"
sekor pun tak angkat tangan (termasuk aku kahkah)
bila
"ok next, AJK keselamatan dan kebajikan"
semua angkat tangan
HAHAHAHAHA ayam nya perangai.
dalam subjek ni kiteorang kena conduct 3 projek
1) projek khidmat masyarakat (which is benda ni masa first year aku dah buat jugak under subjek Jalinan Masyarakat)
2) Pesta Kokurikulum (ni memang bosan, just jadi macai jaga khemah etc)
3) workshop (fokus more on make up. untuk org yang anti-make up *for now macam aku memang meluat la dgn workshop ni)
aku saje buat perangai 'Tahun 3' dimana malas la nak semangat sangat nak jadi ketua unit, volunteer semua benda
aku bagi ruang kat adik-adik yg baru masuk
yg hamasah menggunung nak menonjolkan diri
 tapi ternyata mereka lagi ayam dari aku
sorang pun tak berkokok
HAHAHHAH
since unit protokol takde siapa nak masuk so aku pun volunterr la
sebab aku risau jugak jahanam projek ni
so, dalam unit tu aku nak tgk la adik-adik  ni conduct
and guess what ?
masa pembentangan pertama
HANCUR 
semua cadangan kena reject and backfire balik kat aku
HAHAHAHHA
adoii sabau jela
memang tak menjadi aku buat 'perangai-Tahun-3'
I have to be ME
tapi kenapa ada je manusia yang selesa buat perangai-tahun-3 ?
yelah
perangai
1) biarlah, pandai-pandai la dia buat
2) bukan kerja aku do, tu kerja dia
3) ah malas lah aku, nanti ada la org settle kan
aku cuba nak buat perangai ni, tapi tak tahan, tak sanggup
and yes
end up aku yang buat semua benda
then, stress sorang-sorang, serabut, emo tak tentu pasal
what a life ?
bila join jentera Angkatan Mahasiswa, 
aku belajar banyak benda terutama belajar pengurusan emosi bhaiii
HAHAHAH
and ya kau jadi multi-tasker
next, I will share my experience selama 2 tahun bersama Angkatan Mahasiswa :)
adios!

Miracle episode 2

selepas solat
aku baringkan diri atas katil dengan memeluk bantal
sorang-sorang dalam bilik ni memang nyaman
kali ni aku terbaring atas katil dengan fikiran yg kosong
tapi dengan hati yg tenang
sesekali aku cuba elak daripada memikirkan ketakutan dalam menghadapai kegagalan

'fear of failure'
dan terkadang bila terfikir nya gagal mata aku mula bergenang
hampir saje airmata tertumpah ke pipi

vivo aku berbunyi
notification masuk
lihat nama
terkejut aku senior aku menyapa memulakan perbualan
senior yg tak pernah-pernah aku bertegur sapa 

panjang mesej beliau
banyak kata-kata mutiara dan nasihat yg dia taburkan buat aku
sesekali aku tersenyum
semangat aku untuk terus mara ke hadapan mulai bercambah

"tau tau je aku perlukan nasihat dan suntikan semangat" senyum

bukan apa
aku kagum melihat senior-senior aku yg berjaya dalam bidang ni
aku selalu bertanya
"macam mana nak jadi hebat mcm dieorang?"
maka banyaklah tips yg aku pinta drpd mereka untuk terus survive dalam bidang ni

salah seorang senior yg aku admire sehingga kini adalah buddy aku
Kak Hanisah
aku harap aku berjaya di dunia mcm beliau

---

"mun, jom pergi bazaar ramadhan, aku pening kepala la asyik terbaring atas katil"
"jom" mun (panggilan manja) sahabat baik aku

sakit kepala 
mungkin sebab terlalu banyak aku mengeluarkan airmata
pernah tak korang menangis sampai mata rasa sakit, sakit kepala dan terlalu mengantuk ?
ya aku pernah, itulah kali pertama aku menangis sampai rasa sakit di kepala

dasyat betul penangan 'FEAR OF FAILURE' 
sunyi keseorangan dibilik memang tak membantu 
aku kena keluar 
disebabkan aku cintakan permandangan alam semulajadi
aku mesti keluar

aku ceritakan semua yg terbuku dihati aku kepada mun
sekali lagi, mengalir airmata 

"ahhh dah la, jom la gerak" aku hapuskan airmata daripada terus mengalir

---

hari berganti hari aku sudah mula berlapang dada
setiap kali selepas solat aku berdoa kepada tuhan
supaya diberi kekuatan untuk hadapi apa jua cabaran

"ya tuhan, aku perlukan keajaiban" aku taknak gagal!!
"memang patut kot aku gagal, terima jela shima. mesti ada hikmah kau kan nak jadi engineer. kena kuat"
"tuhan, walau apa pun terjadi jauh disudut hati aku, aku masih mengharap yg aku tak gagal. tolonglah" memang jauh dlm dasar hati aku, walau apa pun aku masih lagi berharap yg aku tak gagal

cuma
nak tenang kan hati
"terima jela shima yg kau gagal dan kena repeat" itulah yg mulut aku berulang-ulang kali menyebut
tapi tidak selari dengan kata hati
"aku tak gagal" itu lah kata hati yg berulang-ulang kali disebut



---

tiba hari keputusan peperiksaan sem 2 sesi 2016/2017 keluar
nervous tu memang nervous
tapi aku mmg tak letak harapan yg tggi
aku terima je apa jua result yg muncul di myum nanti

"ahhh tawakal jela"
"fine repeat, aku redho"

macam-macam yg bermain difikran aku

aku pergi ke laman web myum
log in
klik di ruangan examination-result
klik sesi 2016/2017 semester II

"subhanallah!" aku terlopong seketika
terdiam
macam tak percaya

"betul ke ni result aku"

aku lihat banyak huruf A 
mata ku tertacap pada huruf B-

"PAPER-TARGET-GAGAL dapat B- ?"
"eh mcm mana boleh dapat B- ? Dr. salah kira ni"

terbaring aku atas lantai (memandangkan aku membuka laptop dlm keadaan bersila di lantai)
termenung aku memandang siling sekali lagi
kali ni aku termenung 
dengan perasaan
"nak aku menangis terharu, gembira ke apa ni?"

aku sendiri taktau mcm mana nak respon dgn keadaan mcm ni

aku snap result aku,
share dlm grp family

bak kata abah
"anak abah semua pandai"
sebab haritu aku cakap
"abah, kakak dah tak pandai mcm dulu, result cantik mcm dulu"
aku jelous tengok adik yg dekan setiap sem

Alhamdulilah
aku happy jugak tengok result untuk subjek yg lain
sebab bagi aku sem ni subjek dia agak tough berbanding sem-sem lain
yela degree
makin tinggi makin susah la kan

Alhamdulilah
Alhamdulilah

---

rasa menyesal dan serba salah aku kepada tuhan
makin menebal tinggi menggunung
apa lagi 
sujud syukur adalah paling terbaik untuk aku tunjukkan
rasa syukur aku yg teramat tidak terhingga kepada sang tuhan

menangis
sebab aku rasa berdosa dengan tuhan

pengajaran buat aku
sekarang aku sedar
ujian aku ni tersangatlah kecil

semoga aku 
sikit-sikit dapat kikis
Fear of Failure 
dalam diri aku

---

nak tau kenapa aku sangat takut gagal dan repeat ?
sebab 
entahlah, sama ada ini sebab yg terbaik atau tidak
yg pasti 

aku nak cepat-cepat sara keluarga
sebab abah membanting tulang cari rezeki
aku tak tahan tengok abah bawa bas berhari-hari
dengan tak cukup tidur dan rehat

apa yg aku mahu lihat 
dipenghujung usia, mak dan abah
boleh fokus dengan urusan akhirat mereka
biarlah aku mengambil alih tugas abah
menyara keluarga 

sebagai anak sulung 
itulah bebanan yg perlu aku pikul
aku memandang serius hal tanggungjawab ni

bila ditanya soal kahwin
aku terus geleng kepala
"bukan masanya lagi"

kerana aku bukanlah daripada keluarga yg berada
keluarga aku tak punya harta
tapi kami ada segalanya yg memenuhi keperluan
dalam sederhananya kami
abah dan mak tak pernah lupa bawa kami berjalan-jalan melihat keindahan ciptaan tuhan

itulah abah dan mak
asal ada rezeki lebih
dibelanjakan semuanya untuk dua org puterinya

---

sekian cerita 2 episod, semoga jadi pengajaran buat semua :)
tahniah kepada yg berjaya
kepada yg sedang diuji
jangan pernah putus berharap kepada Tuhan yg Maha Esa
Yang Maha Kaya
Yang Maha Mengetahui segala yg terbaik buat kita








Miracle

untuk sem 4 ni ada satu paper yg aku target fail
sebab aku jawab memang macam ayam
tapi Alhamdulilah paper lain aku confident
cuma satu paper ni je yg amat mengecewakan
selama aku jawab soalan peperiksaan aku tak pernah jawab seteruk ni

*SELEPAS MENJAWAB PAPER-TARGET-GAGAL-*

aku keluar dewan dengan langkah yg berat

"Apa yg aku jwab tadi ek ?"
"aku rasa aku tak jawab apa-apa soalan"
"kenapa ramai tambah paper ek? kenapa aku tak mintak paper lebih?"

 yaaa kertas graph yg diberi pun aku tak sentuh, bila kertas graph diberi bermakna ada soalan yg minta kau untuk buat graph dan analyze graph tersebut, tapi aku memang tak sentuh 3 paper graph tu

"aku fail" 
cuba aku gagahkan jugak untuk senyum bila disapa kawan-kawan

"weh shima, kau dpt jawab tak ?"
 aku senyum

"kau pulak ?" aku bertanya kembali kepada dia

"aku jawab teruk la weh, satu soalan aku tak siap, aku rasa nak menangis" jawab kawan aku

"tipulah! kau siap tambah kertas jawapan dan graph paper kau siap berconteng lagi" rengek hati aku, bibir aku tersenyum

dia duduk sebelah aku, aku nampak kau jawab bersungguh tadi, aku termenung lihat soalan 

"aku tak nak repeat!!" jerit hati aku

masing-masing pulang ke kolej dengan hati yg lara, tak bercakap, senyum mencuka

"bye Syakirah, babe, jangan sedih-sedih tau, tawakal je" aku usap bahu kawan aku sebelum aku berpisah dengan dia untuk pulang ke bilik lalu aku hadiahkan senyuman buat dia
syakirah senyum sambil melambai tangan kepada aku.

itulah aku
bila hati sendiri yang berkecamuk  aku akan sentiasa nasihat kan orang lain

---

sesampai je aku di bilik terus aku campak badan atas katil, aku tekup muka dengan bantal
aku jerit puas-puas. aduhh paper tadi buat aku rasa bodoh sangat

sedar-sedar airmata aku mengalir deras macam air hujan lebat yg jatuh membasahi bumi
aku merenung kipas di siling, lama 
tak pernah aku termenung lama mcm ni

fikiran aku kosong
memang termenung itu termenung dengan fikiran yg kosong
tpi yg aneh airmata tetap mengalir laju

aku capai vivo, aku perlukan seseorang untuk luah segala kesedihan dan kekecewaan ni
adik
ya adik sahabat paling terbaik 



aku memang tak berniat pun apa yg aku tulis tu
memang aku tulis dengan hati yg tawar fikiran yg kosong
yg sangat sangat kosong

terus mak aku call lepas tu

"kakak~ ok ke tu ?" ahhh lembutnya suara ibu, cair 

"em" tersedu-sedan, aku cuba menahan daripada terus menangis

"jangan cakap mcm tu. berdosa. kita kan ada Allah"
aku diam. aduh lagi laju pulak airmata ni

"kakak, tu ujian kecil je. ingat balik pengorbanan Rasulullah perit getir para sahabat. Rasulullah dan sahabt tu lagi besar ujian"

"kakak takut gagal la mak, kakak tak nak repeat"

"takpela. kakak kan dah berusaha bukannya kakak tak berusaha kan. dah itu je mampu. tawakal je"
aku diam seribu batu,

"dah tu, jangan menangis, jangan cakap bukan-bukan dah. mak tak suka. tak baik. istighfar banyak-banyak"

"ok" tersedu-sedan

"gagal tu benda biasa kakak, mungkin selama ni kakak asyik cemerlang je, mugkin ni la saat Allah nak uji. turun naik kehidupan tu mesti ada. sabar ok? Allah sayang dengan org yg sabar"

"ok" tersedu-sedan
seingat aku inilah kali pertama aku call mak aku dalam keadaan
menangis sebab tak dapat jawab exam dengan baik
aku jarang mengadu kepada mak dan abah tentang pelajaran aku
bukan sebab apa pun
bagi aku prestasi pelajaran aku berada diperingat sederhana
tak lebih tak kurang

---

ahh tak boleh jadi, hati aku tak tenang, rasa serba salah dengan tuhan makin menebal
apa lah yg aku merepek tadi
cakap mcm tak bertuhan

cepat-cepat aku ambil wudhuk
bentang sejadah
sarung kain telekung

"Allah~~huakbar" takbiratulihram. mengalir laju airmata aku
lama sujud aku, makin banyak airmata aku mengalir
kali ni aku bukan menangis kerana paper
tapi aku menangis kerana tidak sabarnya aku dalam hadapi ujian

selesai saje solat sunat 2 rakaat
aku tadah tangan
lama aku berdoa
ku pejamkan mata
ku hayati tiap-tiap bait doaku

aku kembali baring di atas katil
sumpah tenang. tapi hati aku masih lagi rasa galau
rasa takutnya gagal

kebiasaan nya untuk aku hilangkan rasa sunyi aku akan pakai earphone dengar lagu kegemaran
kali ni rasa sunyi resah gelisah kecewa semua ada
Al-Quran yg terbaik
bila aku rasa yg teramat kecewa aku akan bukak surah yusuff

itulah aku, bila susah baru cari tuhan
bila sedih cari Al-Quran

dalam tak sedar aku tertidur dengan alunan Al-Quran di telinga
masuk zohor, aku solat
rasa lapang dada

---

(to be continued)

Krabi part 3


then pulau yg ketiga adalah tempat snorkeling
malangya aku lupa nak snap gambar tmpt snorkeling ni dek terlalu asyik menikmati permandangan sekeliling

ni first time aku snorkeling dan seperti sedia maklum aku memang tak pandai berenang
maka berpusing-pusing la aku dalam laut tuk dek pukulan ombak, dah la kaki tak cecah lantai laut
so gayat jugak la
dan aku try hard nak bagi badan aku meniarap so that dapat tengok ikan-ikan yg colourful
tapi tah kenapa payah sangat
badan aku asyik mengadhadap langit

aku cuba untuk buat posisi sebegini
sebaliknya jadi terbalik
kau rasa ?

aku rasa mamat-mamat kat boat tu ketawa je kat aku
last-last aku give up tak sampai 10 minit aku snorkeling
terkial-kial aku nak naik bot balik

malu jugak la aku kat budak-budak yg dengan riang ria berenang -renang dgn ikan
:(
jeles waa!

yg adik aku pulak menangis time snorkeling sebab dia memang takut dgn air bila kaki tak cecah dasar
cepat-cepat la abang bot tu bagi tali dan adik aku pegang tali tu sebab dia pun lagi-lagi la tak pandai berenang

sebelum turun snorkeling tu abah tanya byk kali kat aku n adik

"betul ke ni nak snorkeling, kaki tak cecah dasar tau"

HAHAHHAA 
rupanya abah dah boleh agak 
kih 


ok sebelum nak sampai ke tempat snorkeling tu
kita akan singgah dulu di Chicken Island untuk family potrait

tangkap gambar gilir-gilir, pemandu pelancong tu akan tangkap gambar setiap family
tmpt snorkeling tu tak jauh dari Chicken Island ni

then last island ni dia bagi masa sejam setengah untuk bersantai-santai
makanan tengahari juga disediakan
perut pun dah lapar giloo bakhang
dalam boat pun dia ada sediakan makanan, dia bagi kek dan buah-buahan
air mineral pun turut disediakan






nasi pakapau
yummy kan, yg menariknya sos tomato dia rasa sos cili kahkah
sodap pulak sos tomato dia tak pernah-pernah aku colek ayam dgn sos tomato

 kepenatan belajar berenang

third island tadi tak berkesempatan bersnorkeling in correct way so kat sni aku belajar bersungguh-sungguh
aku siap belajar berenang tanpa life jacket tau
haaa gigih betul


 Im gonna miss you Krabi!!






3.30 ptg mcm tu kami dah balik semula ke pantai Ao Nang
balik hotel apa lagi rehat !
tidur!

END OF DAY 2 AT KRABI
***

DAY 3

pkul 6 pagi kat sini dah terang benderang, yela Thailand ni lewat sejam je dari Malaysia
so pkul 7 keluar cari sarapan

nasib la dah booking pick-up ni semalam, janji pkul 8 dia ambil kat hotel untuk bawak kami sarapan kat restoran halal


perkenalkan Mr.Afan
dia ni peramah sgt, kena speaking ya. so siapa yg nak ambil MUET tu elokla praktis time ni 
then dia offer kat kami untuk bawak pusing-pusing keliling kawasan Ao Nang




then sembang-sembang, Mr. Afan ni banyak kali ulang yang gajah kat Ao Nang ni gajah 
terbaik di Thailand dan paling popular
so kami pun cuba laaaa
at first satu family nak naik
harga RM70++ per person agak mahal 
so aku and adik jela yg naik. mula-mula aku taknak
sebab aku takot sikit nak naik gajah ni tambah kesian pulak tu tgk gajah tu




gajah ni mula-mula macam malas nak jalan tau, jenuh tuan dia ni dok
"shuuhhh! shuhhhh!" mungkin sebab awal pagi sangat kot
bru pkul 9 am, selalu crowded pkul 11am

bila tuan dia ketuk dengan penukul barulah gajah ni jalan
berzikir jugak la aku naik gajah ni
risau doh buat gajah ni tiba-tiba mengamuk rimas aku kat atas badan dia ke, tiba-tiba dia lari ke 
tak ke terpelanting aku nanti

tambah-tambah bila dia naik bukit 
memang gayat risau aku gajah ni trgelincir
memang mcm-mcm la dlm kepala otak aku ni
tu yg tak senang duduk
hadooiii

"ni first dan last, ni first dan last" hahahahha aku taknak naik gajah dah seramm 
walaupun gajah ni ok je takde apa pun dah terlatih tapi tula otak aku yg ligat
fikir mcm dlm filem 'Final Destination' tu

dah habis naik gajah, Mr.Afan bawa kami jalan-jalan pusing kampung yg majoritinya penduduk muslim
kami pun beli la kiuh muih Thailand yg rare sambil-sambil tu




tiba masa nak isi minyak, simple je stesen minyak dia
45 bath per liter (around RM4.50 per liter gituu)
mahal kan
maka bersyukur lah temen-temen

\kerajaan kita paling terbaiklah ni ada subsidi minyak
tapi corrupt tetap kita lawan

 it time for us to say Goodbye Krabi!
La-gawn ka~~



Krabi part 2


keesokannya, apa lagi tour island!
ada 4 pulau yg kami lawati dan bermandi-manda
maka pakailah baju yg selesa, yg boleh  korang terjun terus ke dlm laut
bawak la siap roti ke biskut ke keropok ke nanti korg mesti lapar punya

hotel kami atas bukit nun

depan tu pantai Ao Nang





pantai Ao Nang




beli sarapan kat 7 eleven makan kat tepi pantai, minum kopi panas sambil menikmati permandangan yg indah dan hirup udara yg segar


jam 8.30 pg sebuah kendaraan tak tau nak panggil apa van ke lori tapi yg mcm atas ni la
datang ambil kami di hotel untuk aktiviti seterusnya




then kami diberi taklimat, dia akan bagi tau kita group mana dan nombor boat 
sebelum naik bot korang beli la sarung camera dan handphone so that time berenang-renang nanti boleh la ambil gambar, kalau yg ada camera yg boleh bawak masuk air tu lagi bagus


so this is our group
2 group family dari Malaysia (include us), 2 group from China, 1 group family from Thailand




gambar ni aku nak ambil permandagan sekitar pulau, tapi memandangkan boat ni tertutup maka aku pun try tangkap area belakang boat
tak sangka pulak tertangkap gambar Jo---
cia cia ciaaaaa

memang cantik babe permandangan kat sini, air laut tu memang biru sungguh
fifty shades of blue!
tak puas pandang

so this is our first island, maaf tak ingat nama sebab laju sangat pemandu pelancong tu cakap, yg aku dengar --Nang nanggg island something LOL
\so let find the best place untuk lepak!






 ada aktiviti rock climbing juga disini
k dalam gua ni aku tak berani la nak masuk, tapi kat depan pintu gua tu macam ada tempat orang puja apatah, tah alat-alat solat deme la gamaknyaaa






kami diberi masa 40 minit untuk bermain di sekitar pantai ni
dah habis puas berenang, menikmati permandangan

so kita ke pulau yg seterusnya




ok pulau yg kedua ni memang menarik
ada dua pulau yg kita boleh lawat sekaligus
Kap Island and Mo Island
 antara ke satu pulau tu korang boleh menyeberangi dengan sendiri, cetek je air nya 
paras dada, korang boleh snorkeling sekali

ni aku cuba la nak ke pulau seberang sana, tapi tak lalu weh penat siaaa
HAHHAHA 
siapa yg pandai berenang tu memang best la
korang boleh berenang sekali dengan ikan
serious memang best, sementara korang jalan nak ke pulau sebelah sana korang akan 
nampak ikan-ikan yg bewarna-warni 


ni separuh jalan

haaaaa nah beghenang le kome puas-puas
korang kena berenang antara tali yg dia dah buat macam pagar, tak boleh lepasi tali tu
so in sya Allah selamat je :)

so sebelum nak balik, terserempak dengan kawan-kawan MRSM aku
dari kanan Haniff, Mazri, Hatim and Dut (bukan nama sebenar)

sebenarnya kami dah jumpa dah dalam van masa hari pertama nak ke Krabi tu
cuma aku je tak cam dieorang ni
tapi aku perasan la

"asal mamat ni pandang-pandang"

tapi yg si Dut tu aku macam cam sikit la, malu ahh nak tegur, tapi still aku masih lagi tak perasan time tu . dah sampai Island ni, dok peghati si mamat bercekak tu

"eh macam Hatim"

yg Dut tu memang dah nampak obvious, 
"ohh haaaa betul la ni dieorang"

kih

(to be continueed)










Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...