haid wanita


yoow wassup yo williee willieee yoo *memandangkan Altimet menang AJL,sorry takde kene mengene
punya berhabuk blog aku, bersawang dah lama tak story morry, so btw lupakan pasal cerita 'cik senah ohsem' btw timetu aku tengah moody, so aku reka laa mcm ada kaitan laa kan, "kisah moody profshima" *konon bila dah cheer up balik tetiba blank tak tau nak sambung cam mane ken ? okay skip

aku cadang lepas ni aku nak buat
kuliah agama online
WAHAAAA besar betul cita-cita aku

okay topik today is *sila lihat tajuk entry di atas
memandangkan ahad lepas aku p kuliah dhuha dengan ibu tersayang di masjid al-ihsan membincangkan tajuk HAID WANITA

*panjang nyee muqaddimah kak -.-

asas pengetahuan darah wanita terbahagi kepada 3, yakni :-
1) HAID
2) NIFAS
3) ISTIHADAH

menurut Imam Nawawi *kalau salah betulkan memandangkan aku keliru Imam Nawawi ataupun Imam Tarmizi HEHEHEHEEEE

"dalam banyak-bnyak bab feqah, bab Haid Wanita paling susah"
jadi ini jelas menunjukkan bab ini yg harus ditekankan, memandangkan ramai orang pandang enteng terhadap bab ini, oh yee 
kepada kaum adam jangan ingat anda tidak perlu mengaji bab ini yee 
saya ulang kaum adam pun PERLU mengaji bab wanita ini, yelaa hangpa pun nak kahwin kan, ada anak, adik perempuan, sanak saudara, emak... anda perlu terang kepada merekaaa

tayyib, sambung

wanita yang satu-satunya tidak didatangi haid ialah Saidatina Fatimah, yakni puteri Rasulullah yg tercinta, sebab tu beliau digelar AZ-ZAHRA (yang terlindung dan putih bersih)
ulama mengatakan hikmah beliau diberi kelebihan ini ialah
supaya tidak ada sebarang waktu yang beliau lalui tanpa beribadat
masya Allah... beliau merupakn insan yg terpilih.. hebat bukan ?

so kali ni aku nak kaitkan dengan keadaan kita sekeliling
baiklah, macam aku kat mrsm dulu budak-budak "pe'ot" duduk kat DM(dewan makan)
so bila hari biasa ada budak lelaki nak bukak puasa yg kaki malu ni punya la penyegan siap tunduk, menyorok taknak bagi budak lelaki kelas depa tahu, katenyerrr. yang otai biaq pi la kan aku period ka apa ka kesah apa... macam kakak adik mak hang tak period ? *wahaaa positive sungguh

so sini cek nak jelas kan, pada surah Al-Baqarah, ayat 222 ;
"darah haid itu satu benda yang menjijikkan dan mendatangkan mudharat. oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhi diri dari perempuan dalam masa datang darah haid itu (jangan bersetubuh dgn isteri kamu)"

hayati betul-betul ayat tu,
Islam sangat sederhana
bukan macam orang yahudi yg memandang hina terhadap wanita yang berhaid siap suruh dok luar rumah, tak boleh masak, xboleh basuh baju, kira memang tahap hina gaban laa, bukan macam orang nasrani yang sangat tidak ambil peduli pasal wanita yang didatangi haid, 
'main redah lampu merah' *double meaning
Islam itu indah bukan ? tak terlalu ekstrim dan tak terlalu memandang ringan, Islam hanya melarang JANGAN BERSETUBUH ISTERI KAMU YG DIDATANGI HAID, bukan seperti yahudi dan nasrani

so adik2 kakak2 tak perlu la segan bila orang dok tanya
"napa tak solat ni cek ?"
jawab ja
"datang bulan boh"
kita bukan nya yahudi akan dihina dan kita bukan juga nasrani :) jgn risau yee

Allah memuliakan wanita dengan didatangi haid sebab keluarnya darah haid ini adalah untuk menyegarkan badan dan menolak segala penyakit, nak tahu ? emas tu macam magnet yg menarik virus, bila wanita pakai virus tu ada dlm darah dan seterusnya dibuang melalui 'menstruation' haaa hebat bukan?
sebab tu lelaki haram pakai emas, sebab lelaki tak ada haid ngehngehngeh



okay la dah nk smpai penghujung, tips untuk tambah pahala ketika period
setiap kali masuk waktu solat niat lah
"Ya Allah aku niat tidak solat kerana menjunjung perintah Mu " *dapat pahala
ada kelapangan baca Al-Mathurat, berzikir, dan oh yaa amalkan doa ini

"Alhamdulilahi aalakulli halin wani'matin waastaghfirullah aala kulli zhanbi"
*fadhilatnyaa mendapat balasan syurga.. Allahuakbar

# sorry atas kekurangan mana salah sila betulkan saya berlapang dada :) sorry banyak membebel, ilmu yg bagi seciput jaaaa memandangkan aku baru nak belajar bab ni heee :)

oh yaa sedikit pesanan rajin-rajin kan diri anda, kalau boleh paksa diri tuuuuu pergi kuliah agam menuntut ilmu, wajib tau mengaji ni, kalau tak, tak sah ibadah kita tanpa ilmu, nauzubillah, once pergi mesti rasa nak lagi pergilaaaaa.. cek rasa mcm malas nak cari kerja rasa nak batal je niat cari kerja sebab dah terlalu asyik dgn kuliah-kuliah agama, takut nanti terganggu waktu mengaji tak pergi RUGIII
"demi masa, manusia itu dalam kerugian"

No comments:

Miracle episode 2

selepas solat aku baringkan diri atas katil dengan memeluk bantal sorang-sorang dalam bilik ni memang nyaman kali ni aku terbar...