kids lover

punya semangat  laa kan aku ni pukul 9.15 dah ada kat bank, aku org no. 3 ambil no.pin kat BSN ahhaaaaa lengang, lapang, nyaman, tup tup balik rumah isi upu online buat hal, tak tau la plak aku sorang je ada masalah isi maklumat kan
so skip
lepas belli no.pin upu, aku menuju ke KEMAS,PUSAT MENJAHIT a.k.a sewing class
perghhh, menguji kesabaran, aku suka menjahit sebab dlm masa yg sama aku dapat develop kesabaran yg tinggi dlm diri aku, sat-sat jarum patah, sat-sat benang putus, sat-sat mesin hangit -.- *nmpak tak betapa HEBAT BELAKA prof.shima kau ni menjahit
sewing class sesi pagi agak ramai, memandangkan ramai dah ke hadapan yg aku masih ketinggalan terkedek-kedek nak guna mesin, dan aku byk skip kelas menjahit since aku kene setelkan LESEN Lembu aku, latihan lgi 6 jam wooooi, bila tah aku dapat merwwwmpitzzz KEHKEHKEH
okay okay aku dh manyak lalut, so tadi aku ckp sewing class sesi pagi ramai kan? so mesin pun penuh, takdak yg kosong, aku pun buat muka BANGGLA MENGANGGUR, pastuh main la dengan anak-anak makcik yg dtg menjahit tuu
YA ALLAH comel gilaaaaaa budak ni, 
*okay aku excited nak cerita ni, dengar la dengar laaaaa
ada budak lelaki ni, aku taktau apa nama dia, rayyan ka arash ka, tapi handsome muka dia, HEHEHE budak laaaa, belum mumaiyiz lagipun, mak die garang tau, so aku pun kesian la tgk die, die bagi aku coklat so aku pun bukak, pastu buat lawak-lawak, main-main dengan dia, pastu kan pastukan budak tu asyikpeluk aku je
hehehe comel gila weeeh
aku : adiikkk, meh sini, give me five 
adik handsome lagi comel : *lari kat aku sambil CLAP, pastu lompat kat aku then peluk aku, then gelak comel
aku : alolooooooo sukenyeeeerr dieeee
adik : emm emm emmm *tunjuk pipi suruh aku cium
aku : *aku cium la pipi die *pastikan korang baca dari awal tau jgn bukak page ni terus baca part ni *HAHA
adik : *cium aku banyak kali, *HAHA berlemuih muka aku

lepastu adik perempuan die pulak datang, lagi comel doh, mcm DORA EXPLORER, cooomeeeeel eee
lepastu ada baby mata bulat datang merangkak kat aku, Ya Allah, ni lagi comell
HAHAHA baby mata bulat ni baik, tak nangis, asyik senyum jeeee, 

lebih kurang umur mcm ni la budak-budak nye, tapi still pelat-pelat lagi 

haaaaa baby mata bulat tu lebih kurang mcmni sejibik, mata boolat, rambut kerinting keperangan

erghhhhhhh gewwraaamm

conclusion nak ckp, tak semestinya orang yg penggeli kucing  hatinya keras membatu, HEHEHEHEHE

nak selit la sikit untuk santapan rohani, buat baik dengan budak-budak ni salah satu sunnah tau? yee tau kucing pun, HAHA *jgn salahkan ibu yg mengandung LOL... juga salah satu sifat RASULULLAH YG TERCINTA, kalau nak tau betapa penyayang nya RASULULLAH YG TERCINTA kita terhadap kanak-kanak, haaaa rajin-rajin la menghadiri kelas ilmu agama yeeeeee,

tayyib, mana yg baik ambil, mana yg kurang dan takbetul silap ka apaaa cek mintak maaf nah ?

wallahualam *mari menjadi hamba ALLAH yg mukmin :)

muslimah gagah

nak dengar cerita pasal seorang muslimah yg gagah tak ? hehehehhe
the story begin.......

pada suatu hari, seorang muslimah handsome bernama 'senah ohsem' kawan baik 'cik beah ohsem' berjalan di suatu taman yg indah
angin bertiup mendayu-dayu, bunyi kicauan burung, tenang sekali keadaan disekeliling, bunyi air sungai yg mengalir di tepi taman amat mengasyikkan , nature sound amat mendamaikan, tau sebab apa? alam ini semua yg hidup semuanya bertasbih kepada ALLAH azza wa jalla 
senah ohsem manfaat kan suasana yg indah ini dengan bertasbih kepada YANG MAHA ESA, berselawat, senah ohsem berasa kagum sekali dengan ciptaan ALLAH S.W.T, alam inilah buktinya ALLH itu wujud, alam ini juga buktinya ALLAH MAHA AGUNG,MAHA BERKUASA, MAHA PENCIPTA *asmaul husna

"Ya Allah, mudah-mudahan aku kecapi kebahgiaan yg kekal abadi" *doa senah ohsem dlm lubuk hatinya

betullah kata orang, siang tak berpanjangan
sedang senah ohsem menikmati keindahan alam, guruh sambung menyambung,
hujan renyai mula membasahi pipi kemerah-merahannya,
"Ya Allah, tiada tempat teduh di sini, lindungi aku Ya Allah, engkaulah sebaik-baik perlindungan" *senah ohsem menadah tangan berdoa dgn penuh harapan

senah ohsem berjalan ke hulu ke hilir cari pokok yg boleh duduk berteduh,
ahaaaaaa, JENGJENGJENG, 
cantiknyaaa pokok tuuuuuuu, besar teduh, rendang, daunnya segar, ooh haaa ada buah-buahan sekali *bayangkan pokok tu bersinar keemasan dari jauh BLINGBLINGBLING *HAHA
"Alhamdulilah, terima kasih Ya Allah" *detik rasa syukur dihati senah ohsem

tanpa berlengah, senah ohsem berlari menuju pokok rendang itu, lari punya lari, 
"kenapa aku rasa jauh sgt pokok tu? Ya Allah, hujan makin lebat"

senah ohsem tak berputus asaaaa, dia terus berlari lagi menuju pokok itu...

continued


mak cik muda yg handsome


habis je class english abah hantar aku pergi masjid an-nasriyah untuk menuntut ilmu agama pulak al-maklum diri ni jahil so dgn menghadiri majlis ilmu yg barakah ini mudah-mudahan Allah S.W.T suluhkan cahaya Nur-NYA menerangi hati yg kelam ini, insya Allah

so sebelum tu solat la asar dulu kat masjid tu oh yaa jgn lupa yee solat tahiyatul masjid, rumah Allah kene hormat tu, rumah YANG MAHA BESAR :)

so nak jadikan cerita, aku solat punya solat dlm rakaat kedua, adik-adik yg sekolah agama sekitar masjid tu pun masuk la masjid play around dah habis sesi pelajaran kan,

so ade la adik-beradik ni, kakak die dlm linkungan darjah tiga adik die darjah dua mcm tu la, comel lote 
yang si adik tu main lari-lari dekat sebelah aku

kakak die tegur

"adik, jangan la main dekat dengan makcik tu, makcik tu tengah solat"

aku rase "whaaaaat ?? muka handsome ceni u owllllsss panggil makcik ?"
kehkehkeh kesan anti-penuaan kot HAHA 

COMANGO

nate gapo dio tu mu dok carut tuh ? COMANGO ?
ape GO? 
ni kawe nak habaq mai, hangpa penah dengaq tak COALITION OF MALAYSIAN NGO (COMANGO)
kalau tak paham lagi COMANGO tu ialah pakatan pertubuhan-pertubuhan pro kebebasan mutlak dan hak asasi manusia
*uuiiih nate gapo dio lagi ni kawe tak peheee
kat Malaysia ni ada 2 isu besar dok pumpang-pumpang habis
1) harga barang naik
2) isu COMANGO
*TAHNIAH kepada yg alert akan masalah negara CLAPCLAP
kepada yg tak tau, ada 54 pertubuhan bukan badan kerajaan bernanung dibawah persatuan ini, mereka telah menghantar seramai 70 orang wakil untuk meluluskan tuntutan mereka, Alhamdulilah setakat ni wakil Malaysia belum lagi tandatangan tuntutan mereka, yang mana tuntutan mereka boleh membangkitkan kemarahan UMAT ISLAM dan lagi bala membangkitkan kemarahan YANG MAHA ESA, yang mana manusia kini sudah tiada rasa hormat kepada AGAMA YANG SUCI YAKNI ISLAM
apa sudah jadi DUNYA?
antara tuntutan COMANGO ialah : - jengjengjeng
1) menuntut Malaysia tandatangan dan memeterai ICCPR *search google aku takreti nak jelas ape CPU tah nate tu jadahnye la ICCPR
2) menuntut agar Malaysia kita yakni negara Islam menghalalkan LGBT
3) menghapuskan undang-undang jenayah liwat. kiranya mereka menuntut jenayah LIWAT dihalalkan di negara ini

4) Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi.” contoh yg ustaz mazlan kasi, isteri boleh ceraikan suami, naaah kau ramai duda kat Malaysia, "HEY LADIES! jgn mau dibilang lemah" <--- agaknya terpengaruh dengan lagu Rossa kot HAHA
5) bebas beragama, dan kalimah Allah boleh digunakan oleh non-muslim
6) pengaruh SYIAH diperluaskan dikalangan orang-orang Islam
NAUZUBILLAH... mengucap banyak-banyak, effect generasi akan datang, cuba bayangkan anak cucu kita yakni yg beragama Islam kahwin 'gitu-gitu' dengan org Kristian, KALAU benda ni diluluskan, apa jadi ? nganga jelaaa

jadi kepada yang dah tandatangan surat bantahan COMANGO Alhamdulilah semoga ia menjadi saksi dan bukti di akhirat kelak bahawa kita menegak agama Allah dan menentang habis-habisan pertubuhan ini yang mana boleh menghancurkan ummah, kepada yg belum naaaaaah click link ni

http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara.html

haaa sign yeeeee, *CENGGIH kan dunya sekarang ? tak payah pakai pen nak sign guna tikus je kehkehkeh

wallhualam, semoga Allah berkati kehidupan seharian kita :)


murakabah

Alhamdulilah, setelah lama aku nanti kan inilah masanyaaaaaaaa
JENGJENGJENG
-----> dapat masuk INTEC bulan JANUARY
-------> DAPAT PERGI 'TAMAN SYURGA' / CERAMAH AGAMA by Ustaz Habib Najmuddin

sumpah Happy tak terkata, selalau kat maktab dulu, setiap petang atau sementara tunggu waktu Isyak ada tazkirah by Ustaz Zaki atau Ustaz Lan, Ya Allah rindunyaaaaaaa, tambah-tambah slot hafazan *even aku pernah tersengguk-sengguk menghafal Surah Yasin
kuangkuang
untuk menjadi hamba Allah yang Mukmin, setiap hambanya yakni umat Nabi Muhammad S.A.W perlu mempunyai sifat MURAKABAH

apa bah ? 
jika anda perhatikan rumus yang telah dihasilkan oleh profshima
murakabah = rasa diri sentiasa di awasi oleh Allah S.W.T
masyaAllah.... kalau kita praktik kan sifat tu
insya Allah.. kalau kita nak buat maksiat tak jadi, kalau kita nak mencuri tak jadi, kalau kita nak ponteng sekolah tak jadi, kalau nak jadi playboy pun tak jadi *uissshh, sensitif nyeeeee
jadi from now, jom kita hadir kan SIFAT MURAKABAH dalam diri kita ye sahabat
 yang suri rumah sepenuh masa macam aku (gegirl lepasan SPM) duduk rumah, sambil kemas rumah basuh pinggan tu kan? (siapa-siapa pun tak kisah actually)  haa aku ada ramuan atau rencah kehidupan untuk korang
berdoalah dlm hati
 " Ya Allah, kau bersihkan hatiku ini sebagaimana bersihnya pinggan ini "
kepada mukmin pun boleh sambil-sambil  basuh kereta motor ye dak ? pandaipandai la adjust doa tu mengikut kesesuaian perbuatan anda yeeeeee
nak jugak share dengan korang kisah-kisah para anbia para sahabat, as-salafussoleh yg berkaitan sifat murakabah ni, masya Allah, bergenang jugak air mata hamba yang papa ini, diri ini begitu JAHIL terlalu banyak benda yang perlu diperbaiki, jadi rajin-rajin kan la diri anda dan diri saya sendiri mengunjungi masjid untuk hadir ke taman-taman syurga, kalau Aeon boleh pergi why not Masjid ? RUMAH PENCIPTA kita tau? JANGAN SOMBONG :)
tayyib

credit to highlanders, ingat tak setiap pagi rabu kita selalu ikrar, especially yg dilaungkan oleh  incheee Hammd bin Abdul Karim kita yakni President BADAR MRSMPH sampai rasa mcm nak terkeluar anak tekak, dan hampir-hampir resonance berlaku *nasib baik tingkap sekolah tak pecah dek frequency suara inchee kita ini yg kuat (physic concept)

"rodhitubillahirabba, wabilislamidina, wabimuhammadinnabiyan warasula" = "Aku rela Allah sebagai tuhanku Islam sebagai Agamaku, dan Nabi Muhammd S.A.W sebagai nabi dan rasulku"
amalkan ikrar ini baca 3kali pagi dan 3 kali petang, janji Allah, kita masuk syurga, kalau kita baca doa tu pagi kita meniggal sebelum asar, mati syahid awak, masya Allah, betapa besar fadhilat nyaa, baru aku perasan actually :)

*ambil manfaat daripada blog ni yeeee, kepada yang ada alahan blog, atau alergi dengan satiap bait-bait ayat profshima ni minta sila dapatkan nasihat pakar :D ngehngeh, sory kepada yang terasa atau apa, takde niat bro, kalau salah sila tegur :)
aaahh sudaah :)

Perancangan Allah

dengan berdebar, penuh harapan aku pun masukkan no IC > klik button semak > PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA > klik button okay *ade tak button 'sakitnye hati' kalau boleh aku nkklik byk kali
*sorry takde intro
kuang kuang, first impression aku
I was just like "eeeehh?"
haaa kau, aku masuk no IC aq 3-4 kali, jawapan yg sama
then I realize
 "there many reason why I not get the offered, and I know only Allah know what is the best for me"
laa tah zan muslims, btw ramai jugak membe seangkatan aku yg tak dapat, yg dapat pun adik beradik Albert Einstien *result byk A+ especially
ada yg sedih, ada yg redha, ade yg frust, 
brothers, sisters, this is the normal thing happen in our life, we're frequently hear that  "benda yg kita sangka baik tak semestinya baik untuk kita, benda yg buruk tak semestinya buruk buat kita"
it doesn't mean Allah is burden you dear, He have a great plan for you in the future, 
don't give up, keep put trust on HIM and you will no regret, trust me
you should be thankful and say "ALHAMDULILAH"
because
kita tak dapat SPIP atau SPC tapi kita masih ada Islam, our DEEN
kita tak dpt masuk U itu ini, tapi kita masih boleh solat
kita tak dpt scholarship itu ini, tapi kita masih ada EMAAAN
kita masih tak kahwin sampai sekarang, tapi kita masih ade peluang untuk berdoa dan bertaubat *till now aku tertanya-tanya kenapa mesti ada ayat kahwin?
 alhamdulilah
so hows your feel right now? relief ? after you said it with full of hope on Allah, bertawakal dengan sebenar-benar tawakal, yes, you definitely will feel it, TENANG+REDHA
anggap saja ini antara ujian dan cabaran buat kita, ingat setiap ujian yg datang sama ada dlm bentuk musibah atau kekayaan itu semua tanda kasih sayang Allah kepada kita
dear muslims, di saat kau sedih, kecewa, frust menonggeng guling-guling, itu bermakna Allah nak kita cari dia, Allah nak bersama-sama dengan kita, did you realize about that?
berapa ramai manusia atau muslims kat dunia ni kalau ade masalah dia hanya mengadu kepada Allah?
masya Allah sedikit sekali sahabat, peringatan buat diri yg papa ini juga
ingat! dugaan tu kita kena pandai pilih jalan penyelesaian atau cara untuk hadapinya
wheteher you want to live with the problem and lets SYAITAN control you, or you solve it, and pray to Allah, that the right choice muslims, remember Allah never burden someone that they can't bear it and ingat ALLAH NEVER BURDEN SOMEONE! 
the problems will be a positive one if you did not build the barrier between you and Allah :) remember that okay

bakal mahasiswi

hellloooo readers, ape khabo yop ? tahniah kepada adik-adik yang dapat 8A dalam PMR, haih rindu pulak zaman 'tu', nak tau ? itulah titik permulaan kehidupan aku berubah 360 darjah dengan izin Ar-Rahman, yg tak capai sasaran it's okay itu yg terbaik buat kita, percayalah :)
kalau dapat tawaran mana-mana terima tau, jgn tolak, yg first time masuk asrama don't worry dik, sebulan dua je menangis lepas tu akak gerenti korang bahagia, prcayalah, pergi la belajar kat luar (sekolah lain) kita mesti mengembara dlm mencari ilmu ni, yg dapat tawaran MRSM , anda bertuah! get ready untuk 'disuap' segala benda, the best thing is MARA support korang gila babeng punyaa

okay stop talking about MARA
weh, doakan aku tau, mudah-mudahan permohonan aku diluluskan, amin 
MARA call me please,
okay stop talking about MARA *aku rasa dh byk kali aku ckp benda yg same?
so amacam lepasan SPM? apa je korang buat cuti ni ? ada yang kahwin tak ? ngehngeh berangan je laaaaa
ada yang menimba ilmu ukhrawi, ade juga yang cari ilmu kemahiran, ade yg duduk mengangkang kat rumah, ade jugak yang setiap ptg tgk drama PLAYBOY ITU SUAMI AKU  

so ape prof.shima buat lepas habis SPM?

1) 8.30 pagi -12.30 tgh hari(isnin - jumaat) pergi kelas komputer at KEMAS
2) sabtu (10.00-1.30ptg) kelas bahasa Inggeris
3) oh yaaa tak lupa jugak sibuk dengan lesen kereta and lesen motor
4) baca buku motivasi is my hobby
5) spending time with ULALA
#ini adalah sebahagian preparation untuk aku mengahadapi alam universiti tak lupa juga amalan fardhu ain yg perlu dimantapkan, amalan-amalan sunat yg lain untuk mantapkan iman dan akidah kita dlm menghadapi dugaan yg mencabar di masa hadapan kelak, kita kena get ready, saya dah, anda bagaimana ? wuhuuuuu
kesimpulannya agak pack jugak la masa aku cuti ni tambah-tambah bila ade ujian lesen clash dgn time kelas komputer n kelas languange -.- but setakat ni alhamdulilah bisa diatur semuanya :)
thanks to my parents yg sanggup berhabis duit hantar aku kelas itu ini, serius aku tak sanggup tgk pengorbanan mereka T.T sedih woooii, aku bukan anak CEO, bayangkan ayahku hanya seorang pemandu teksi, satu hari bertungkus-lumus cari nafkah, balik tak sempat rehat dah org call suruh hantar sana hantar sini
*air mata dah bergenang woooi
kita dah 18 tahun, dan kita dah 17 tahun! bukan baru 17 tahun atau baru 18 tahun,
cuba tanya diri, 
apa sumbangan aku terhadap Islam ?
apa sumbangan aku terhadap ibubapa ?
aku ni dah ready ke nak hadapi alam akhirat ?
mcm mana hubungan aku dgn Allah?
yeee ZUBAIR AL-AWWWAM ketika usia beliau 17 tahun sudah jadi panglima tentera, kita ?
SULTAN AL-FATEH umur 21 tahun sudah mampu menakluk Constatinople, kita? yg bakal mencecah umur 21 tahun ,tahap mana pencapaian kita sebagai muslim mukmin dan hamba Allah ?
astaghfirullah, kita masih lalai, byk kekurangan, jadi jom bangkit! 

kepada yang masih bergelumang dengan 'gejala maksiat' yakni couple, move on, korang boleh hidup tanpa couple, dunia tak lama dah awak, cukup-cukuplah berkasih sayang dengan org yg bukan mahram, marilah berkasih sayang dengan KEKASIH yg ABADI kita pasti takkan kecewa, malah kita lebih tenang dan bahagia, malah Dia bagi kita segala-galanya, janji-Nya sentiasa ditepati,cuma kita je selalu khianat terhadap-Nya, tahu tak kita dah buat KEKASIH ABADI kita cemburu ? kita tak letak Dia dalam hati kita, malah kita sayang kan org lain sampai sanggup gadai maruah !!!!! sahabat, sedar atau tidak, kita dah buat KEKASIH ABADI kita marah terhadap kita :( kita patut menangis sekarang sebab takut kita diabaikan oleh-NYA , yang Maha Esa

bukan ini KEKASIH ABADI kita duhai sahabat

tetapi ini, Ar-Rahim <3 mari kita bersyukur dan minta ampun kepada KEKASIH ABADI kita :) ALLAHUAKBAR


Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...