Miracle episode 2
Miracle
Krabi part 3
kita akan singgah dulu di Chicken Island untuk family potrait
tangkap gambar gilir-gilir, pemandu pelancong tu akan tangkap gambar setiap family
tmpt snorkeling tu tak jauh dari Chicken Island ni
then last island ni dia bagi masa sejam setengah untuk bersantai-santai
makanan tengahari juga disediakan
perut pun dah lapar giloo bakhang
dalam boat pun dia ada sediakan makanan, dia bagi kek dan buah-buahan
air mineral pun turut disediakan
nasi pakapau
yummy kan, yg menariknya sos tomato dia rasa sos cili kahkah
sodap pulak sos tomato dia tak pernah-pernah aku colek ayam dgn sos tomato
kepenatan belajar berenang
third island tadi tak berkesempatan bersnorkeling in correct way so kat sni aku belajar bersungguh-sungguh
aku siap belajar berenang tanpa life jacket tau
haaa gigih betul
Im gonna miss you Krabi!!
3.30 ptg mcm tu kami dah balik semula ke pantai Ao Nang
balik hotel apa lagi rehat !
tidur!
END OF DAY 2 AT KRABI
***
DAY 3
pkul 6 pagi kat sini dah terang benderang, yela Thailand ni lewat sejam je dari Malaysia
so pkul 7 keluar cari sarapan
nasib la dah booking pick-up ni semalam, janji pkul 8 dia ambil kat hotel untuk bawak kami sarapan kat restoran halal
perkenalkan Mr.Afan
dia ni peramah sgt, kena speaking ya. so siapa yg nak ambil MUET tu elokla praktis time ni
then dia offer kat kami untuk bawak pusing-pusing keliling kawasan Ao Nang
then sembang-sembang, Mr. Afan ni banyak kali ulang yang gajah kat Ao Nang ni gajah
terbaik di Thailand dan paling popular
so kami pun cuba laaaa
at first satu family nak naik
harga RM70++ per person agak mahal
so aku and adik jela yg naik. mula-mula aku taknak
sebab aku takot sikit nak naik gajah ni tambah kesian pulak tu tgk gajah tu
gajah ni mula-mula macam malas nak jalan tau, jenuh tuan dia ni dok
"shuuhhh! shuhhhh!" mungkin sebab awal pagi sangat kot
bru pkul 9 am, selalu crowded pkul 11am
bila tuan dia ketuk dengan penukul barulah gajah ni jalan
berzikir jugak la aku naik gajah ni
risau doh buat gajah ni tiba-tiba mengamuk rimas aku kat atas badan dia ke, tiba-tiba dia lari ke
tak ke terpelanting aku nanti
tambah-tambah bila dia naik bukit
memang gayat risau aku gajah ni trgelincir
memang mcm-mcm la dlm kepala otak aku ni
tu yg tak senang duduk
hadooiii
"ni first dan last, ni first dan last" hahahahha aku taknak naik gajah dah seramm
walaupun gajah ni ok je takde apa pun dah terlatih tapi tula otak aku yg ligat
fikir mcm dlm filem 'Final Destination' tu
dah habis naik gajah, Mr.Afan bawa kami jalan-jalan pusing kampung yg majoritinya penduduk muslim
kami pun beli la kiuh muih Thailand yg rare sambil-sambil tu
tiba masa nak isi minyak, simple je stesen minyak dia
45 bath per liter (around RM4.50 per liter gituu)
mahal kan
maka bersyukur lah temen-temen
\kerajaan kita paling terbaiklah ni ada subsidi minyak
it time for us to say Goodbye Krabi!
La-gawn ka~~
Krabi part 2
hotel kami atas bukit nun
depan tu pantai Ao Nang
pantai Ao Nang
beli sarapan kat 7 eleven makan kat tepi pantai, minum kopi panas sambil menikmati permandangan yg indah dan hirup udara yg segar
jam 8.30 pg sebuah kendaraan tak tau nak panggil apa van ke lori tapi yg mcm atas ni la
datang ambil kami di hotel untuk aktiviti seterusnya
then kami diberi taklimat, dia akan bagi tau kita group mana dan nombor boat
sebelum naik bot korang beli la sarung camera dan handphone so that time berenang-renang nanti boleh la ambil gambar, kalau yg ada camera yg boleh bawak masuk air tu lagi bagus
so this is our group
2 group family dari Malaysia (include us), 2 group from China, 1 group family from Thailand
gambar ni aku nak ambil permandagan sekitar pulau, tapi memandangkan boat ni tertutup maka aku pun try tangkap area belakang boat
tak sangka pulak tertangkap gambar Jo---
cia cia ciaaaaa
memang cantik babe permandangan kat sini, air laut tu memang biru sungguh
fifty shades of blue!
tak puas pandang
so this is our first island, maaf tak ingat nama sebab laju sangat pemandu pelancong tu cakap, yg aku dengar --Nang nanggg island something LOL
\so let find the best place untuk lepak!
ada aktiviti rock climbing juga disini
k dalam gua ni aku tak berani la nak masuk, tapi kat depan pintu gua tu macam ada tempat orang puja apatah, tah alat-alat solat deme la gamaknyaaa
kami diberi masa 40 minit untuk bermain di sekitar pantai ni
dah habis puas berenang, menikmati permandangan
so kita ke pulau yg seterusnya
ok pulau yg kedua ni memang menarik
ada dua pulau yg kita boleh lawat sekaligus
Kap Island and Mo Island
antara ke satu pulau tu korang boleh menyeberangi dengan sendiri, cetek je air nya
paras dada, korang boleh snorkeling sekali
ni aku cuba la nak ke pulau seberang sana, tapi tak lalu weh penat siaaa
HAHHAHA
siapa yg pandai berenang tu memang best la
korang boleh berenang sekali dengan ikan
serious memang best, sementara korang jalan nak ke pulau sebelah sana korang akan
nampak ikan-ikan yg bewarna-warni
ni separuh jalan
haaaaa nah beghenang le kome puas-puas
korang kena berenang antara tali yg dia dah buat macam pagar, tak boleh lepasi tali tu
so in sya Allah selamat je :)
so sebelum nak balik, terserempak dengan kawan-kawan MRSM aku
dari kanan Haniff, Mazri, Hatim and Dut (bukan nama sebenar)
sebenarnya kami dah jumpa dah dalam van masa hari pertama nak ke Krabi tu
cuma aku je tak cam dieorang ni
tapi aku perasan la
"asal mamat ni pandang-pandang"
tapi yg si Dut tu aku macam cam sikit la, malu ahh nak tegur, tapi still aku masih lagi tak perasan time tu . dah sampai Island ni, dok peghati si mamat bercekak tu
"eh macam Hatim"
yg Dut tu memang dah nampak obvious,
"ohh haaaa betul la ni dieorang"
kih
(to be continueed)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Abah, My Hero
sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah, tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...
-
PASUM life hectic!!!!!!!!! muahaaaahahhaha tu la ayat paling sesuai sape study di PASUM perghh kau bayangkan, almost everyd...
-
jom dengar satu story dari yang bernama AKU *** Tuhan tu dah cukup baik dengan diri aku Dia dah tunjuk banyak jalan untuk ...
-
habis je kelas tepat jam 12 pm terus aku balik bilik kemas-kemas beg, tak sempat aku nak iron baju yang proper untuk ke majlis pernikah...
-
dalam bidang engineering, selepas membaca soalan yg menyatakan masalah dan perlu diselesaikan kebiasaanya kami akan bermula dengan ...
-
sementara membuat exercise safety yang diberi oleh Dr.Che Rosmani, sempat menyembang dengan nenek kebayan, partner in crime aku nen...