
manusia yang skeptikal

semangat semester 3

kau fikir kau siapa ?

setahun jagung

routine sem 2 aku sangat padat berbanding sem 1
testimoni menunjukkan belajar ketika jadual padat lebih efektif berbanding masa lapang yang penuh dengan perkara LAGHO
dengan projek kolej nya program persatuan membimbing ummah *ececeeyy
jujur aku kata hanya sempat study semasa study week je, tu pun study week aku dan sahabat-sahabat PMI yang lain sibuk menguruskan ihya ramadhan demi mahasiswa di kampus untuk membuka ruang seluas-luasnya kepada mahasiswa UM untuk beramal antaranya flashmob syria-malaysia di dataran SOGO, volunteer wad kanser kanak-kanak di PPUM, tazkirah weekly di kolej, iftar, street dakwah dan lain-lain
aku tak nak la nampak poyo sangat *sememangnya dah nampak poyo jelas di situ
tapi itu antara sedikit perkara yang aku lakukan bersama shabat-sahabat PMI yang lain.. ada lagi yang lain malas nak sembang kencang sebab poyo sangat
menangis ko tau, seharian aku meraung mengenangkan nasib
"bila lah aku nak ada masa free study aje! asyik sibuk kerja untuk orang lain je!"
malam terawih, aku ni pulak jenis yang jaga tidur *poyo lagi
sleep overnight bukanlah aku meskipun tidur awal eyebag masih segantang besarnya
maka aku akan tidur awal study aku hanya boleh kira dengan jari beberapa jam sahaja dalam sehari
jelous tengok kawan-kawan coursemate yang lain satu hari bai dieorg mengadap laptop, buku rujukan tebal nak mampus tu, dengan istilah teori-teori yahudi tu
perghhh mantap coursemate aku belajar
kagum tapi tak de life bagi aku, satu hari duduk bilik mengdapa laptop dan buku
hehehhehee thats not my style
keh-keh
apapun alhamdulilah
terang lagi bersuluh kejayaan itu bukan datang dari kita sendiri, semuanya datang dari Allah dan dengan izin Allah
sememangnya aku banyak tawakal kepada Allah sebab effort aku dalam study tak sehebat coursemate aku yg lain
aku yakin dan percaya selagi mana kita caring dengan kawan-kawan kita kat luar membantu mereka mengajak mereka lakukan kebaikan selagi tu Allah bantu kita dalam apa jua
kerana hidup kita semua nya dalam genggaman Tuhan!
HARI-HARI HARI RAYA

makcik-makcik yang sibuk menganyam ketupat sambil berceloteh
yeahh ini yang mahal, bakar lemang sendiri
Lemang Haji Yahya
kemeriahan juadah berbuka puasa sehari sebelum Raya
melantak habis!
keesokannya
si teruna segak bergaya bersamping bersongkok pergi ke masjid
dan si dara juga tidak ketinggalan menggayakan pelbagai jenis fesyen raya kelihatan seperti berebut-rebut untuk tampil sebagai Yang Paling Bergaya!
mana tidaknya kalau kat kampus pakai tudung tiga segi ala-ala hakak naqibah
time raya orang pakai shawl die pun nak pakai shawl
kah-kah
so now let me introduce cucu cicit piut miut Haji Yahya
buat pengetahuan umum moyang Ku sangat masyhur dizamannya
beliau merupakan Guru Besar di sekolah sekitar kampung aku
zaman tu jawatan cikgu sangat famous ibarat CEO SYARIKAT SCHLUMBERGER
sangat dihormati dan dikagumi
sehingga salah sebuah lorong di jalan kampung Menderang diambil sempena nama moyangKu, Haji Yahya
#sisProud
#ProudToBeCicitHajiYahya
kita mula dengan cucu sulung Haji Yahya,
oh ya itu Permaisuri Agung kami, merangkap OpahKu, Hjh Normah bt Hj Yahya :)
ini keluarga Awe (Mak We : merupakan gelaran kepada anak sulung ; Kamus Perak)
sekarang keluarga Awe dah besar sebab 2 org puterinya sudah berkahwin dan aku dah ada anak sedara! yeay!!! #HidupOpahGhos
ini pula Angah (Mak Ngah : gelaran anak ke-2 ; Kamus Perak)
dah biasa panggil Angah instead of Mak Ngah, Angah ibarat nama manja so tak kasar dipandangan mata kami, Angah pun dah ada cucu iaitu Kakak-Adik
generasi kedua selepas aku dan adik aku
dan inilah generasi pertama Kakak-Adik keh-keh
ini pula keluarga Mak Yang, yakni permaisuri hatiku chia-chia-chia
bila tah nak besar keluarga ni eh!
ini pula Pak Ude, besar pengorbanan Pak Ude jaga kebun Opah dan sbgainya
hasilnya lihat lah! tujuh keturunan harta dusun takkan habis, buah-buahan dusun yang segar lagi berkualiti sentiasa berbuah tepat pada waktunya! ececeyy
ini pula keluarga Dadak (Mak Andak : gelaran anak ke-5)
cikgu kimia! duduk di Sarawak uhuuuuu jauh bah
ini pula keluarga Pak Tam, all Teruna, haaa ganteng-ganteng ko tau
ini pula keluarga Pak Anjang, banyak jasa Pak Anjang dalam memberi yang terbaik untuk keluarga besar Hjh Normah ni! tabik!
ini pula Cu, mempunyai seorang anak teruna yang Sumpah-Hensem-Wa-Cakap-Sama-Lu
nama die Umar, Umar menjadi lelaki pilihan kami buat anak dara sekalian sesisi rumah kah-kah
lepas sesi photoshoot kiteorang akan beraya ke rumah-rumah saudara yang berdekatan memandangkan Kampung Menderang ni rata-rata semua saudara sepupu sepapat
ini separuh cucu-cucu Hjh Normah, ramai lagi yang tak balik ada yang belajar oversea, exam dan sbagainya
kesabaran ku diuji

Rumah Anak Kesayanganku

slot Kreatif, dimana mereka harus menulis cita-cita mereka and guess what ?
hampir kesemuanya bercita-cita ingin berjuang sampai ke tanah arab membela, ada yang nak berjuang di Jordan, Mesir dan Palestine fuhh mantap!
slot Critical Thinking! finally mereka berjaya letakkan 7 paku di atas 1 paku!
Academit tutoring session (Bahasa Inggeris)
sebelum balik, buat booster dulu ! they really enjoy, bila nak balik tu
"akak, esok akak datang lagi kan ?" awhhhh mereka sgt mengharap, ingat semua dah letih dan nak balik rupanya nak main lagi hahaha
and tak kurang juga ada yang komen
"harap esok game lagi best" kahkahkah gelak kami, nampak nau bosannya, terlebih jujur, ini bagus!
para fasi yg keletihan seharian bermain dan bersuka ria meraikan adik-adik di sekolah ini
begitu tekun aku bersembang dengan mereka tentang cita-cita dan matlamat hidup
banyak betul pesanan dan nasihat si prof kita ni!
learning mandarin with kak JC nan Kak sue!
ini game kahwin-cerai, and tahu apa respon mereka ?
"saya rasa permainan ni tak patut di laksanakan, kami masih kecil abang dan kakak tak patut ajar kami benda yang tak baik, cerai tu kan perkara yang Allah tak suka, jadi janganlah dedahkan kami dengan perkara sebegini"
hamekk kau setepek! this game is just for fun actually, tujuan game ini adalah untuk test ketajaman fokus kita, tapi ada betulnya juga, memang terkedu dapat teguran dari adik darjah tiga!
masyaAllah!
masa si Azwan (ketua Fasi) mencadangkan game ni kami yang lain tak terfikir pun sebab mcm menarik juga, quite funny, so mcm "haaa budak-budak mesti suka"
mereka budak bukan sebarang budak!
JYEAH
Subscribe to:
Posts (Atom)
Abah, My Hero
sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah, tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...
-
PASUM life hectic!!!!!!!!! muahaaaahahhaha tu la ayat paling sesuai sape study di PASUM perghh kau bayangkan, almost everyd...
-
dalam bidang engineering, selepas membaca soalan yg menyatakan masalah dan perlu diselesaikan kebiasaanya kami akan bermula dengan ...
-
jom dengar satu story dari yang bernama AKU *** Tuhan tu dah cukup baik dengan diri aku Dia dah tunjuk banyak jalan untuk ...
-
habis je kelas tepat jam 12 pm terus aku balik bilik kemas-kemas beg, tak sempat aku nak iron baju yang proper untuk ke majlis pernikah...
-
sementara membuat exercise safety yang diberi oleh Dr.Che Rosmani, sempat menyembang dengan nenek kebayan, partner in crime aku nen...




