kau fikir kau siapa ?


satu hari
sedang aku tidur lena bersama beberapa sahabat aku yang lain
 beratapkan langit bertilamkan rumput padang

ada satu suara lelaki mengherdik aku dan sahabat-sahabat untuk bangun dan berlari ke arah kolam
tanpa fikir terus kami berlari dan terjun dalam kolam

kebetulan malam tu baru lepas hujan 
sungai masih deras, kolam yang sebelum ini kering kontang kini dah berisi air

ya Tohan
sejuk nak mampus! 
kami disuruh rendamkan badan dalam kolam dan hanya nampakkan kepala

sejuk namateyy
time tu tak ingat apa 
yg ingat harap tak mateyy kesejukan je 


selang beberapa minit kami disuruh keluar kolam mencari buah belimbing dalam masa 15 saat
dan masuk semula dalam kolam

selepas beberapa kali percubaan kami berjaya
anehnya
kali kedua masuk kolam tu air kolam tu jadi suam
dan kami tidak menggigil kesejukan

satu je ayat si lelaki tersebut

"macam tu lah juga kehidupan, kali pertama rasa tekanan kau rasa sakit
dah lama berada dalam tekanan kau rasa selesa dan kau boleh hadapi tekanan tu dengan tenang"

sungguh aku bermuhasabah sebentar

rasa nak meleleh air mata aku, tahan juga
tah kenapa aku sentap sangat

tiba-tiba ter-flash back kisah silam,tekanan yg aku hadapi masa dahulu

tak kurang juga tekanan sekarang yang aku hadapi

laju saja lidahku ucap nama Tuhan

time tu baru aku rasa langit tinggi rendah

semoga tuhan beri aku kekuatan

#JomTangkapMalaysianOfficial1
#27Ogos2016
#KualaLumpur
#BersatuMenentangKorupsi


No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...