semangat semester 3

macam biasa, mula-mula bukak sem aku akan terlebih excited
excited plan itu ini
senarai kan segala macam hasrat/hajat yang aku nak capai semester kali ni
bila kenang kan balik setakat ni Alhamdulilah segala hajat aku yang aku senaraikan semua tercapai!
Alhamdulilah!
berhajat itu perlu, tapi kena hati-hati
dengan siapa kita berhajat ?  pastilah Allah yang Maha Berkuasa
kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan mana yang terbaik buat kita
tipulah aku dapat senang-senang je apa yang aku hajatkan
penuh onak duri ko tau

pernah sekali aku mengalami depression yang melampau
dimana aku berkurung dalam bilik menangis seharian
demam-demam
haaa! bila dah guruh, hujan, pelangi  pasti muncul!

maka tekad dalam hati, yakin dengan Allah
minta sungguh-sungguh pada Allah
sebab Allah suka hamba yang meminta-minta
bukan macam manusia, bila kita minta-minta perlukan bayaran dan pulangan
tapi Allah ?
kau perlu ambil wuduk, sejadah, sujud muka kau ke tanah, rendah kan diri kau dihadapan Yang Maha Besar 
dah cukup! then kau usaha semampu boleh, kau tawakal

dah cukup buat kau rasa puas

beza orang yang bertuhan kan tuhan dan bertuhankan dunia
rasa puas tu lain macam

cubalah!
****

rasa nak menangis tengok subjek-subjek yang bakal aku hadap untuk semster 3 ni
semuanya Hard Core T_T 
ya Tuhan kuatkan aku 
senior-senior chemical engineering ni makin naik sem makin hilang bayang dieorang
bila ditanya kemana
"akak sibuk la dik"
"I busy dengan LI"
wa haaaaaa tak sabar nak jadi senior
tak sabar nak LI
dari semester satu aku ucap benda ni
HAHAHAHA
apa jadah tah
tapi sayang nak tinggalkan student life
let enjoy the life!
so apa perancangan aku semester kali ini ?
JENG JENG JENG 
nantikan!

3 comments:

zahilszahid said...

Apa subjek y hardcore sgt tu cik kak?

Shima Kamaruzaman said...

heat transfer, thermodynamics 2, vector analysis, physical analytical chemistry, material science, chemical engineering reaction and partial differrential equation

zahilszahid said...

peh peh peh..byknya subj core.ktrg amek 3 subj je utk core.tp itupun dh 12 kedit..mangai

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...