makcik-makcik yang sibuk menganyam ketupat sambil berceloteh
yeahh ini yang mahal, bakar lemang sendiri
Lemang Haji Yahya
kemeriahan juadah berbuka puasa sehari sebelum Raya
melantak habis!
keesokannya
si teruna segak bergaya bersamping bersongkok pergi ke masjid
dan si dara juga tidak ketinggalan menggayakan pelbagai jenis fesyen raya kelihatan seperti berebut-rebut untuk tampil sebagai Yang Paling Bergaya!
mana tidaknya kalau kat kampus pakai tudung tiga segi ala-ala hakak naqibah
time raya orang pakai shawl die pun nak pakai shawl
kah-kah
so now let me introduce cucu cicit piut miut Haji Yahya
buat pengetahuan umum moyang Ku sangat masyhur dizamannya
beliau merupakan Guru Besar di sekolah sekitar kampung aku
zaman tu jawatan cikgu sangat famous ibarat CEO SYARIKAT SCHLUMBERGER
sangat dihormati dan dikagumi
sehingga salah sebuah lorong di jalan kampung Menderang diambil sempena nama moyangKu, Haji Yahya
#sisProud
#ProudToBeCicitHajiYahya
kita mula dengan cucu sulung Haji Yahya,
oh ya itu Permaisuri Agung kami, merangkap OpahKu, Hjh Normah bt Hj Yahya :)
ini keluarga Awe (Mak We : merupakan gelaran kepada anak sulung ; Kamus Perak)
sekarang keluarga Awe dah besar sebab 2 org puterinya sudah berkahwin dan aku dah ada anak sedara! yeay!!! #HidupOpahGhos
ini pula Angah (Mak Ngah : gelaran anak ke-2 ; Kamus Perak)
dah biasa panggil Angah instead of Mak Ngah, Angah ibarat nama manja so tak kasar dipandangan mata kami, Angah pun dah ada cucu iaitu Kakak-Adik
generasi kedua selepas aku dan adik aku
dan inilah generasi pertama Kakak-Adik keh-keh
ini pula keluarga Mak Yang, yakni permaisuri hatiku chia-chia-chia
bila tah nak besar keluarga ni eh!
ini pula Pak Ude, besar pengorbanan Pak Ude jaga kebun Opah dan sbgainya
hasilnya lihat lah! tujuh keturunan harta dusun takkan habis, buah-buahan dusun yang segar lagi berkualiti sentiasa berbuah tepat pada waktunya! ececeyy
ini pula keluarga Dadak (Mak Andak : gelaran anak ke-5)
cikgu kimia! duduk di Sarawak uhuuuuu jauh bah
ini pula keluarga Pak Tam, all Teruna, haaa ganteng-ganteng ko tau
ini pula keluarga Pak Anjang, banyak jasa Pak Anjang dalam memberi yang terbaik untuk keluarga besar Hjh Normah ni! tabik!
ini pula Cu, mempunyai seorang anak teruna yang Sumpah-Hensem-Wa-Cakap-Sama-Lu
nama die Umar, Umar menjadi lelaki pilihan kami buat anak dara sekalian sesisi rumah kah-kah
lepas sesi photoshoot kiteorang akan beraya ke rumah-rumah saudara yang berdekatan memandangkan Kampung Menderang ni rata-rata semua saudara sepupu sepapat
ini separuh cucu-cucu Hjh Normah, ramai lagi yang tak balik ada yang belajar oversea, exam dan sbagainya
No comments:
Post a Comment