kesabaran ku diuji

tah kenapa semalam memang aku agak serabut kepala fikiran
mana tak nya sorang sorang menguji api kemarahanku
lekas saje aku capai phone, bukak wasep, type nama
'Hanani UM'

"weh aku rasa nak meletup, tolong nasihatkan aku, kau bagilah ayat Al-quran ke hadis ke apa berkaitan sabar, ujian, dugaan  bagi tenang sikit hati aku ni"
"an-Nahl ayat 96, bukak tafsir, baca , hadam"

sempat juga ku hamburkan kata-kata terpendam dalam hati aku, si hanani dengan sibuk projek mega dia tu acuh tak acuh melayan kerenah aku, sabar sungguh die melayan kerenah aku ni
mana taknya kalau nak diikutkan hati dan perasaan nak je aku lepaskan kemarahan ni pada mereka yg mencabar kemarahan aku


ikut hati mati
ikut rasa binasa

terus aku campak badan ke katil dek keletihan satu hari
capai Al-Quran
terkial-kial mencari surah an-Nahl
"apa yang ada disisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal. Dan kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"

ku baca berulang kali sambil memejamkan mata untuk menghayati tanpa ku sedari
aku tertidur bersama Al-Quran, ku dakapkan dengan rapi
tenang
hilang rasa api kemarahan
kecil sungguh dugaan ini
Allahu
terima kasih sahabat :)
 

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...