kawan abaikan kawan

lepas kena tegur dengan lecturer sebab presentation project tak sampai KPI yg ditetapkan, aku ajak Khai 
pergi bank Islam nak tukar kad
kejap betul dh hujung tahun!
dah janji dengan Ain nak pergi sekali tapi masing-masing merajuk terasa hati*perempuan

sementara menunggu giliran yg lama
aku terbukak cerita pasal kolej aku

aku teringin nak pergi audition pengacara majlis malam semalam, ada passion sikit la ke arah tu
siap dah beli buku panduan cara-cara mengacara majlis dan bercita-cita jugak nak jadi pengacara majlis yg bertauliah phewww

tapi malam tu aku tak pergi sebab kat kolej aku takde supporter malah aku dah di cop!
aku rasa aku je yg paranoid sangat kot padahal kalau aku pergi malam tu takde apa pun

lepas fasa PRK haritu, nama aku banyak la naik kat kolej
mana taknya, nama aku tersenarai dalam
"orang yang tak sokong kuning"
so bila aku pakai baju oren je semua pandang macam nampak Emma Watson


so Khai pun tunjuk rasa simpati kat aku, maka berlanjutan coversation kami

Khai : weh aku ingat kau ni jenis yang suka keluar doh, yela kau kan ada kereta
aku : kenapa pulak?
Khai : takdelah, lepas kita lepak makan kat Bangsar haritu, aku cakap kat Zack 
"mesti best kan kawan dengan Shima, mesti korang selalu lepak luar macam ni"
then Zack reply "takdelah, ni first time Shima bawak kiteorang keluar makan"
aku : *tiba-tiba bunyi cengkerik

sentap bhaiiiii
 sebelum ni ada je aku nampak 
'symptom-sympton-dahagakan-kasih-sayang-daripada-aku'
kawan -kawan aku ni

contohnya
"alaaaa Shima, nak ke lepak dengan kita, dia kan sibuk memanjang"
"Shima tak habis-habis dengan PMI dia tu"
"dah lama tak makan sama dengan Shima"

halamak, tersentuh pulak hati iteww yg lembut macam kek span ni

start daripada situ aku ada la lamar dieorang
pergi vacation lepas exam
terutama dengan Ain
sembang kencang nak mateyy
nak pergi PD la apa
last-last lepas exam semua pakat pack barang mereput kat rumah *typical

so aku muhasabah la kejap
macam mana aku boleh abaikan kawan-kawan aku
*tak romantik betul aku ni 

selalunya petang-petang aku akan ke program PMI (Persatuan Mahasiswa Islam)
kiranya masa aku banyak habis dengan budak-budak PMI
masa aku dengan coursemate hanya pada waktu pembelajaran je lepas je habis kelas aku akan menghilang
puppp!

aku tak salahkan PMI pun dalam hal ni
yela mungkin benda ni tak dirasai oleh budak-budak API (pengajian Islam) dalam PMI
sebab majoriti ahli PMI adalah daripada pengajian Islam
so kawan dieorang keliling tu, minat pun sama, intelektual, idealisme yada yada

yang kawan-kawan aku ni layan Jumpstreet, Sunway Lagoon, tengok wayang
lepak Hanbing, shopping MidValley, DOTA, drama Korea

dua dunia yang berbeza
yang perlu aku adapt

semenjak bertudung labuh ni bila aku cakap aku tengok drama korea ni semua terkejut beruk
bila aku nyanyi lagu bukan Islamik sikit 
"perghhh Shima, Shima kot"

begitulah skeptikalnya kawan-kawan aku HAHAHAHA
 
aku ada sorang kawan baik zaman PASUM
budak tudung labuh, hafal Al-Quran, budak Jemaah
tapi layan Anime, semua movie dia ada, semua lagu dia layan
senang cerita dia memang boleh blend dengan 2 kelompok tadi
memang aku tabik!



3 comments:

zahilszahid said...

hai mok..cam kenal je sape y last tu..

Shima Kamaruzaman said...

tula rindu kat dia. cakap kat dia yang kita rindu dia. hahaha

zahilszahid said...

haha..dh msk tahun baru perasan.ok.nnt kte smpikan salam rndu awak kat dia

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...