falsafah aku dalam poligami

haritu aku terima panggilan daripada nombor tak dikenali
aku : haaa hello siapa ni ?
juba : ni aku juba.
aku : siapa tu. *lama aku terdiam
juba : aku laaaa. *sebut nama penuh
aku : juba!!!!!! ko nak apa do ?

juba (bukan nama sebenar). kat sekolah mamat ni memang popular. popular bukan sebab kacak seperti Lee Min Ho jauh sekali seperti Lee Dong Wook apatah lagi seperti Gong Yoo
popular sebab perwatakannya yang ramah dan kelakar. terutama dengan perempuan, dia lagi lagi lah terlebih ramah
bak kata kawan sekelas aku
"siapa je tak kenal Juba kat maktab ni" 
"highlanderz yang tak kenal Juba, maka dia bukan  highlanderz"
(highlanderz : penghuni maktab teragung)
tuidaaa. betapa nak kata. kau wajib kenal Juba
 *jarang aku gelarkan sekolah aku 'sekolah' sebab kami memang 'budak maktab'

juba : aku saje call. dapat free call
aku : tak pernah-pernah kau cakap dengan aku kat maktab dulu. 

memang di maktab dulu aku jarang bergaul dengan lelaki. zaman upper form ni aku paling pessimis dengan kaum lelaki. tah kenapa. mungkin sejarah yang dulu memberi impak kepada sudut pandang aku terhadap kaum lelaki. 

sadis

juba : yeke. bukan aku selalu ke usik ko ?
aku : tak payah gebang. aku baik. kau mana berani kacau aku
juba : yela. bangga sangat dengan diri tu. 
aku : haaa apadehal ?
juba : aku call ni random je. siapa angkat, angkat. siapa tak angkat aku call la orang lain pulak. rezeki kau angkat call aku
aku : ek'eh
juba : kau UM ek
aku : ya
juba : FUYOOOO

ni lagi satu. siapa-siapa yang tanya aku belajar mana dan  aku sebut UM. respond tak lain tak bukan
"wuishhhh" "fuyoooo" "perghh perghhh"
masa awal-awal dulu yela aku agak bangga, bila dah masuk aku rasa takde benda aku nak bangga kan pun. sebab yang buat UM ni gah orang yang banyak menyumbang. aku baru takat level menyedut segala khazanah ilmu yang ada kat alma mater ni

 skip konversasi, jumpt to the specific point

juba : tak lama lagi aku nak kahwin
aku : haaa ni la yang aku palat. asal member lama call mesti nak bagi kad jemputan. aku dah agak dah. takde nya ko saje-saje call aku. nak ngajak kenduri la tu
juba : *gelak syaiton. aku call ni memang nak tau perkembangan member aku pun. ni aku saje nk bagi tau. maybe tahun depan tapi tak tau bila
aku : yela yela. orang mana ?
juba : Ganu
aku : budak maktab ?
juba : tak lah.
aku : ok. in sya Allah

juba : aku ada impian. cuba teka impian aku apa
aku : tak tau. cakaplah apadia
juba : alaaa ko ni. teka la
aku : eh taktaulah. cakap jela
juba : aku nak pasang dua
aku : apaklah kau!!!! *tinggikan suara. ni aku pantang. pantang bila aku dapat tau lelaki nak berpoligami.
juba : *gelak syaiton. aku dah agak dah respond perempuan
aku : aku ada falsafah aku sendiri tentang poligami. ko tak boleh bantah. kesah apa aku. aku tetap tak setuju
juba : *gelak syaiton. haaa apa dia falsafah ko tu. share sikit
aku : aku paling tak suka bila lelaki poligami alasan ikut sunnah. weh kahwin satu tu lagi sunnah la der. ko apa tau. ni aku nak bawak keluar hadis, ayat ulamak-ulamak ni. haaa mula la ni
juba : *gelak syaiton. aku suka sembang dengan perempuan pasal poligami sebab hujah korang memang panjang. kalau lelaki simple je 
"tahniah bro. kau hebat " member lelaki aku yang lain semua support. HAHAHHAHAA
aku : hmm *serious
juba : ok ok. 
aku : lain la kau tu kacak macam Fattah Amin 
juba : amboi mulot ko. mamat tu pun dah clash takde awek.  kau bagi aku satu contoh artis yang paling kacak yang hidup bahagia dengan pasangan

time ni aku terkenang ERRA FAZIRA. idola aku sejak dari kecil. (Dari playlist lagu sampailah drama ke movie semua aku layan. sampai haircut aku zaman budak-budak dulu pun nak sama dengan Erra. fashion baju pun nak sama dengan Erra. apa sahaja yang berkaitan Erra Fazira pasti aku ikut, sampai saudara mara aku mak pak aku timang aku dengan nama 'erra pazira')

Erra Faira, yang Miss World tu pun sampai sekarang masih lagi single dan dua kali gagal dalam alam perkahwinan. 

yang ni aku setuju dengan juba. KECANTIKAN RUPA PARAS TIDAK MENGGAMBARKAN KEBAHAGIAAN KEHIDUPAN SESEORANG HATTA DALAM HUBUNGAN PERCINTAAN

even Gong Yoo pun masih bujang sampai sekarang. tiba-tiba!

aku : hmmm yela kau menang
juba : see. 
aku : yela juba. tahniah. tapi majlis yang kali kedua tu aku tak sure pergi ke tak. HAHAHAA kbye

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...