bila tiba masa

bila tiba masa, aku rasa kosong
bila tiba masa aku rasa nak berseorangan 
bila tiba masa aku nak tinggalkan semua apa yang aku ada
bila tiba masa aku cuba puaskan hati aku

bila tiba masa aku buat ikut kehendak aku semata
bila tiba masa aku tidak pedulikan orang lain
bila tiba masa aku rasa aku sahaja yang faham diri aku bagaimana
bila tiba masa aku rasa semua orang tidak lagi perlukan aku 

bila tiba masa aku rasa kewujudan aku tidak penting dimata manusia lain
bila tiba masa aku rasa aku terlalu banyak kekurangan
bila tiba masa aku tak perlukan sesiapa untuk berada disisi, baik kawan baik atau pasangan
bila tiba masa aku penat dengan mehnah dunia

bila tiba masa aku rasa muak dengan perangai manusia sekeliling
bila tiba masa aku rasa cukuplah, Tuhan sahaja tempat kau merintih rasa keperitan 'pe-rasa-an' ini
bila tiba masa untuk aku berdiam diri dari semua orang
bila tiba masa aku untuk fokus cita-cita hidup aku
bila tiba masa aku cuba nafikan yang tindakan aku salah

dan bila tiba masa
aku menangis
aku terduduk
bersujud
mintak petunjuk
semoga Tuhan jernihkan rasa ini
rasa yang kian mencengkam diri ini
mengheret kelembah yang lebih kelam
tenggelam dengan rasa yang tawar

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...