adab sepanjang pengajian ilmu

tajuk macam simple tapi ramai yang terlepas pandang
hari mendung  dan hujan
sepatutnya petang ni ada kelas ganti (kebiasaan : tiada kelas hari jumaat)
tapi kelas dibatalkan sebab Dr.Awanis yg comel&sweet (seriously comel) sgt bertimbang rasa sebab ramai student tak dpt dtg
Dr.Awanis cancel kelas 30 minit sebelum kelas.
so nak dijjadikan ceghita, yg siap awal tu dah dtg ke kelas dlm hujan-hujan so ada lah yg bengang dan lepas kan kemarahan dalam group whatsapp
so class rep aku yg berwibawa ni meluahkan rasa kecewa terhadap sikap rakan-rakan sekelasnya yg agak 'biadap' atau dalam bahasa lembut nya 'tiada adab' dengan guru
aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat rakan-rakan aku
ya tak aku nafikan
jauh di sudutkan hati aku, sedih jugak tengok budaya menuntut ilmu dan adab menuntut ilmu di fakulti aku ni agak longgar 
teringat masa talaqqi kitab selama 2 minggu di pondok Baitul Qurro, Sungai Udang, Melaka
banyak benda yang aku belajar
subhanallah
bagi aku nak tengok dan rasai suasana Islam yg sebenar 
jom ke pondok!
ni aku share sikit pengalama sebelum aku masuk 'adab sepanjang pengajian ilmu' yg sebenar (yg diajar oleh Tuan Guru Ustaz Haji Zulkifli)
-----------------------------------------------------------------
sebelum start kuliah, kelihatan penuh dah surau. sementara menunggu Ustaz sampai kami akan berqasidah takpun berzikir atau membaca Al-Quran 
yang bestnya, hampir setiap orang tangannya memegang tasbih
time tu aku tak de tasbih dan tak pernah terlintas kat fikiran aku nak bawak tasbih pun.
nasib ada kakak tu (kelemahan aku dalam mengingati nama orang tapi aku boleh ingt muka dia)
dia hadiahkan aku seutas tasbih daripada madinah
pemberian yg sangat berharga buat aku
daripada situlah aku start bawak kemana-mana tasbih
bila tasbih ditangan baru kita ingat untuk berzikir
dan muslimin pula tak pernah toleh ke belakang
HAHAHAHA
bagi aku ni aneh
bila muslimat tanya soalan sorang pun tak toleh ke belakang mencari-cari siapa gerangan yg bertanya soalan
dan senang cerita sepanjang bertalaqqi memang takde yg toleh kemana-mana
mata tepat menghala ke arah ustaz yang sedang mengajar
 
lepastu
bila rasa dahaga, nak teguk air pun tak berani. bila ustaz minum baru kami (yg dahaga) pun minum sekali
bila ustaz tak minum maka kami pun tak minum
Allahuakbar
sampai begitu sekali mereka hormat kepada guru yg sedang mengajar
ingat lagi kawan aku kongsi cerita, masa dia bertalaqqi dengan Syeikh Nuruddin
siapa yang tengok jam mesti kena marah dengan Syeikh
Allahu
aura dekat Baitul Qurro memang lain macam
kau punya semangat nak beribadah tu
pukul 5 pagi automatik mata kau segar nak bangun solat sunat 
lepas solat subuh dan asar bacaan wirdul latif dan ratib al-hadad menjadi rutin harian kami
wirid ni memang panjang, bila balik rumah memang korang tak larat nak buat sorang-sorang
ustaz awal-awal dah pesan, at least dapat baca sekali lepas asar pun jadilah
seminggu dua lepas balik daripada pondok bertahanlah
sekarang
hmmm tah kemana wirid tu

sangat sedih, serious weh. kat situ boleh nilai balik dimana iman kita T_T
haaa satu lagi
ada sekali tu, masa aku nak bagi penyapu kat sorang muslimin ni
dia langsung tak mendongak, memang masa dia nk dtg ambil pun pandang ke bawah je
hahahaa Allahu
malu pulak aku
bagi aku ni memang rare la
first time dengan biah/suasana yg mcm ni
 
---------------------------------------------------------------------------
ADAB HATI :
  1. niat menuntut ilmu ikhlas kerana mengharapkan keredhaan Allah
  2. ikhlas mengamalkan ilmu yg dipelajari
  3. bukan menunjuk-nunjuk dlm mengamalkan ilmu tetapi untuk menjadi teladan kpd org lain supaya turut serta untk mengamalkan ilmu
  4. menuntut ilmu dengan AZAM yg kuat menuntut ilmu (bukan untuk melepaskan bosan dan mengisi masa lapang)
ADAB TERHADAP GURU :
  1. berbaik sangka terhadap guru, bukan membanding-banding ilmu guru
  2. tidak berburuk sangka walau sedikit pun jika guru berbuat kesilapan
  3. sentiasa mendoakan kesejahteraan guru di dunia dan akhirat setiap masa
  4. berhati-hati dengan percakapan terhadap guru
  5. tidak menyakiti hati guru
ADAB SEBELUM PENGAJIAN ILMU :
  1. berwudhu
  2. pakaian menutup aurat sesempurna mungkin (sehingga kita rasa yakin boleh bawak untuk solat)
  3. membersihkan diri sebelum hadir kuliah
  4. hadir awal ke kuliah
  5. seeloknya pelajar sudah duduk dalam keadaan bersedia sebelum guru
  6. penuhkan tempat di hadapan
  7. tidak berbuat bising dan bergelak ketawa
  8. tidak membawa kerja sampingan lain seperti assignment dan kerja persatuan ke dalam kuliah
  9. mematikan telefon bimbit
  10. baca doa
ADAB SEMASA PENGAJIAN : 
  1. duduk dengan penuh adab
  2. jangan meluruskan kaki lebih-lebih lagi menghalakan kaki ke arah guru
  3. sebaiknya hujung bahagian kaki dilindungi dari terlihat guru
  4. tidak membalas mesej dan menghubungi orang dalam majlis
  5. tidak makan dan minum
  6. tidak tidur
  7. tidak bersembang,berbisik dan berbual
------------------------------------------------------------------------

ni adab-adab yang diajar kepada kami sebelum kami start bertalaqqi

nak hormat guru ni bukan semestinya 'hanya dalam majlis ilmu agama'
bukan semestinya guru tu orang Islam
asal yang bernama Guru dan menyampaikan ilmu kepada kita
kita Wajib hormat kepada beliau

kata ustaz dalam usrah mujadid tempoh hari
"orang yg selalu membezakan sesuatu dengan agama dan bangsa ni Falsafah Agamanya sangat lemah, kita kena hormat orang tak kira agama  apa yang dia anut"

jadi kawan-kawan
ayuhlah kita ubah sikap kita yg sambil lewa dalam menuntut ilmu

tak dapat amalkan semua kat atas tu dapat buat sikit pun jadila
contoh  : datang awal sebelum kuliah bermula
semalam dengar talk Dr Amani yg berpengalaman bekerja di NASA
betapa beliau sangat bersungguh dalam menuntut ilmu dan sangat berdisiplin
maka tak hairanlah melihat beliau melakar kejayaan demi kejayaan sehingga sekarang
"what you doing now, your attitude , are define you in the future"
tudiaaaaa temen-temen
ayuh menjadi muslim yg cemerlang !

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...