so here our journey begin (we usually use term plant. example : chemical plant)
plant yg kami dok sebut-sebut ni bukan plant (tumbuhan) tapi plant (process plant which produce on a large scale)
dalam industri kalau hampa nampak colour-colour kat bangunan itu ini, saluran paip ke apa tu semua ada maksud
contoh
kuning : mewakili saluran paip
merah : longkang
hitam : treated water
ini tangki gas. penutup tangki ni terapug, hampa nampak dak ada penanda aras kat ukuran tu, haaaa kalau penanda aras tu dah mencecah maximum maka gas ini akan melalui combustion process(pembakaran). tangki combustion tu ada kat belakang tangki besar ni. Maka rakyat pun terselamat daripada gas yang beracun.
ni gas apa ?
mana datang gas ni?
gas-gas ni datang daripada bahan kumbahan hangpa la dah habis process itu ini
contoh : nasi basi yang tak dirawat akan mengeluarkan bau busuk yang kuat. nahh bau tu gas la tu
ni pulak namanya sludge cake hopper area, di mana lebihan sludge tadi akan dibawa ke sini
kiteorang siap masuk area ni, dia tunjukkan 'cake sludge'
macam dough dark choclate cake moist rainforest tudiaaa meleleh
dalam kata mudah sludge ni macam mud. nak senang hangpa google la
sludge : enapcemar (viscous mixture liquid and solid component)
macam pasir tapi basah-basah, colour dia hitam pekat. bila cake sludge ni kering boleh dibuat baja
semua pokok-pokok kat lebuhraya, pokok kat perhentian lebuhraya semua pakai baja najis manusia ni
kihkihkih
then we continue pergi bahagian utama proses penjernihan air dan penapisan sewage / waste water
this is Grit Chamber
analoginya ibarat Gigi manusia
segala bahan kumbahan (air mandi, air basuh pinggan, ayaq kencing, segala benda yang hangpa flush kat lubang jamban akan pergi ke tempat ni)
dia ada tiga bahagian
kalau hangpa perasan ada tiga chamber kan, had paling hujung belah kiri tu namanya solid removal
dia kan tapis segala benda mcam handphone aku yang pernah jatuh dalam lubang jamban, kayu, botol, plastik hatta BAYI pun pernah dijumpai disini!
sadis!
baru-baru ni kes di Johor, bayi yang di kerat di flush dan dijumpai di Mechanical Sewage Treatment Plant (tmpt tapis mcm ni la)
pernah juga staf jumpa duit sebanyak RM300 perghh free free je
pesan engineer yang mengiringi kumpulan kami
"lain kali buang la jongkong emas ke apa banyak-banyak"
amboii bang sinis
next kami masuk dalam area ni (memang tak boleh ambil gambar kat bahagian dalam. private and cofidential)
meh sini aku ceghita
dalam ni banyak tangki, tapi kalau naik atas tu korang akan nampak tangki yang dalam, tempat ni boleh tahan busuk la. sebab nilah tempat air dirawat selepas air ditapis
memang kotor gila bakhang
bila masuk dalam lagi
korang akan sampai ke tangki rawatan
kat sini bau nya tak busuk sangat dah
dimana microbe dalam sewage ni diberi bekalan oxygen, protozoa, microbe akan melakukan aerobic process (kalau manusia dia buat senamrobik untuk segarkan badan dan dapatkan tubuh badan yang sihat)
untuk merawat air ni ada berpuluh-puluh proses jadi kalau di Malaysia ini kita pakai biological method kerana lebih selamat dan kos yang rendah
so lepas jalan jauh ke dalam dalam pipe gallery tadi korang akan sampai ke sini, inilah penghujung dia. dimana air menjadi jernih dan akan salurkan ke sungai tapi sebelum tu dia akan hantar dulu ke satu tangki (tak ingat nama tangki apa) kat sini engineer / orang yg berautoriti akan cek pH air, suhu air jika selamat bru dilepaskan ke sungai-sungai
maka tamatlah sudah perjalanan kami di 'Taman Perkumbahan'
tangki-tangki yg korang nampak ni semua hanya 2/3 saja diperlihatkan. bawah tanah tu sedalam 7 meter tangki nya
dan bawah tanah kita ni punya la banyak saluran itu ini
that is why their tagline
"we clean the unseen.."
maka banyak-banyak kan lah berterima kasih kepada engineer,technician,staf yang bekerja di indah water. banyak jasa mereka untuk memastikan rakyat Malaysia selamat daripada penyakit berbahaya
air ni kalau tak dirawat kita bakal terdedah dengan wabak penyakit seperti typoid, cholera, hepatitis, poolio dan disentry.
adios
2 comments:
nice seyh.byk info baru
Terima kasih kerana sampaikan sebarkan ilmu air kepada rakan-rakan kita....
Terbaik!!!
Post a Comment