Indah Water BUNUS STP

semalam dak-dak chem engine buat site visit kat Indah water
menarik tertarik gedebom ewah
aku tau benda pertama korang terfikir mesti
'something so shi*t' right
kehkehkeh
bagi aku 30% betul la, tapi indah water punya 'function' ni banyak woo
bukan sekadar sedut lubang najis rumah engkorang tiap-tiap bulan
dan air yang engkorang selalu minum adalah air najis yang telah dirawat KAHKAHKAH
tak lawak pon lagi menarik kan ?
so kau masih lagi bongkak dengan tuhan di dunia ni ?
sekali tuhan tahan segala sistem saluran kat dunia ni mahunya menggelupur nak cari air bersih
kihkihkih
sebelum buat lawatan mcam biasa kami akan diberi pnganalan dahulu tentang indah water
ok aku nak share la, kalau hangpa buang minyak masak kat tingki, lama-lama saluran paip akan tersumbat sebab dia akan menegras dibahagian dinding-dinding saluran paip
so the best way to remove oil
beli solidifier kat kedia Daiso, bubuh kat minyak masak yg korg tak pakai, dia akan mengeras macam jeli
so instead of korang buang minyak dalam bentuk cecair korang akan buang minyak dalam bentuk solid/pepejal
or
korang carik-carik kan surat khabar lama/kertas, masukan dalam bekas dan tuang sisa minyak masak, so kertas tu akan menyerap. then korang buang lah kertas(yg menyerap minyak tadi)
*kalau rajin


 
so here our journey begin (we usually use term plant. example : chemical plant)
plant yg kami dok sebut-sebut ni bukan plant (tumbuhan) tapi plant (process plant which produce on a large scale)

dalam industri kalau hampa nampak colour-colour kat bangunan itu ini, saluran paip ke apa tu semua ada maksud

contoh
kuning : mewakili saluran paip
merah : longkang
hitam : treated water


ini tangki gas. penutup tangki ni terapug, hampa nampak dak ada penanda aras kat ukuran tu, haaaa kalau penanda aras tu dah mencecah maximum maka gas ini akan melalui combustion process(pembakaran). tangki combustion tu ada kat belakang tangki besar ni. Maka rakyat pun terselamat daripada gas yang beracun.

ni gas apa ?
mana datang gas ni?
gas-gas ni datang daripada bahan kumbahan hangpa la dah habis process itu ini
contoh :  nasi basi yang tak dirawat akan mengeluarkan bau busuk yang kuat. nahh bau tu gas la tu





ni pulak namanya sludge cake hopper area, di mana lebihan sludge tadi akan dibawa ke sini
kiteorang siap masuk area ni, dia tunjukkan 'cake sludge'
macam dough dark choclate cake moist rainforest tudiaaa meleleh
dalam kata mudah sludge ni macam mud. nak senang hangpa google la
sludge : enapcemar (viscous mixture liquid and solid component)

macam pasir tapi basah-basah, colour dia hitam pekat. bila cake sludge ni kering boleh dibuat baja
semua pokok-pokok kat lebuhraya, pokok kat perhentian lebuhraya semua pakai baja najis manusia ni
kihkihkih


then we continue pergi bahagian utama proses penjernihan air dan penapisan sewage / waste water



this is Grit Chamber
analoginya ibarat Gigi manusia
segala bahan kumbahan (air mandi, air basuh pinggan, ayaq kencing, segala benda yang hangpa flush kat lubang jamban akan pergi ke tempat ni)
dia ada tiga bahagian

kalau hangpa perasan ada tiga chamber kan, had paling hujung belah kiri tu namanya solid removal 
dia kan tapis segala benda mcam handphone aku yang pernah jatuh dalam lubang jamban, kayu, botol, plastik hatta BAYI pun pernah dijumpai disini!

sadis!

baru-baru ni kes di Johor, bayi yang di kerat di flush dan dijumpai di Mechanical Sewage Treatment Plant (tmpt tapis mcm ni la) 

pernah juga staf jumpa duit sebanyak RM300 perghh free free je
pesan engineer yang mengiringi kumpulan kami
"lain kali buang la jongkong emas ke apa banyak-banyak"

amboii bang sinis

next kami masuk dalam area ni (memang tak boleh ambil gambar kat bahagian dalam. private and cofidential)

meh sini aku ceghita
dalam ni banyak tangki, tapi kalau naik atas tu korang akan nampak tangki yang dalam, tempat ni boleh tahan busuk la. sebab nilah tempat air dirawat selepas air ditapis
memang kotor gila bakhang

bila masuk dalam lagi
korang akan sampai ke tangki rawatan
kat sini bau nya tak busuk sangat dah
dimana microbe dalam sewage ni diberi bekalan oxygen, protozoa, microbe akan melakukan aerobic process (kalau manusia dia buat senamrobik untuk segarkan badan dan dapatkan tubuh badan yang sihat)

untuk merawat air ni ada berpuluh-puluh proses jadi kalau di Malaysia ini kita pakai biological method kerana lebih selamat dan kos yang rendah

so lepas jalan jauh ke dalam dalam pipe gallery tadi korang akan sampai ke sini, inilah penghujung dia. dimana air menjadi jernih dan akan salurkan ke sungai tapi sebelum tu dia akan hantar dulu ke satu tangki (tak ingat nama tangki apa) kat sini engineer / orang yg berautoriti akan cek pH air, suhu air jika selamat bru dilepaskan ke sungai-sungai

maka tamatlah sudah perjalanan kami di 'Taman Perkumbahan' 


tangki-tangki  yg korang nampak ni semua hanya 2/3 saja diperlihatkan. bawah tanah tu sedalam 7 meter tangki nya

dan bawah tanah kita ni punya la banyak saluran itu ini
that is why their tagline

"we clean the unseen.."

maka banyak-banyak kan lah berterima kasih kepada engineer,technician,staf yang bekerja di indah water. banyak jasa mereka untuk memastikan rakyat Malaysia selamat daripada penyakit berbahaya

air ni kalau tak dirawat kita bakal terdedah dengan wabak penyakit seperti typoid, cholera, hepatitis, poolio dan disentry.

adios




1 comment:

Iman Ismail said...

nice seyh.byk info baru

shima suka berpolitik, tak suka berpoligami

sebelum bukaknya sem 5, aku ditawarkan dengan macam-macam jawatan dan aktiviti untuk diuruskan pada mulanya aku agak ghairah dgn ta...