KU YG DULU BUKAN YG SEKARANG



dulu,
bagi aku kejayaan tu berkat usaha
sekarang
kejayaan itu atas kurniaan Allah
usaha tu hanya penyebab aku berjaya

dulu,
couple tu benda biasa bagi aku
sekarang
couple tu binasa bagi aku
couple tu benda pelik dalam hidup aku
kau couple? kau bertuhankan?
maka gerunlah hati

dulu,
aku berhijab kerana ikutan rakan
sekarang
berhijab itu wajib dan suatu perintah drp Tuhanku Yg Maha Esa

dulu,
mencarut itu suatu zikir
sekarang
memuji Allah itu menjadi tasbih hati dan lidahku

dulu,
berbual kosong dgn lelaki itu perkara biasa
sekarang
cukuplah kita bincang hal kerja

dulu,
melepak buang masa itu sudah pasti
sekarang
tadabbur Al-quran menjadi hobi

dulu,
membaca Al-quran hanya lepas maghrib
sekarang
aku gian nak baca Al-quran setiap kali lepas solat

dulu
solat itu hanya ikut org
kalau tak solat nnti org kutuk
sekarang
solat itu suatu tanda syukur dan kau hidup bertuhankan Allah yg Esa

dulu
yg aku tau belajar > sukses > kerja > kahwin > mereput dlm kubur
sekarang
dakwah dan tarbiah elemen plg asasi dalam kehidupan mukmin
dakwah itu lah hidup seorang mukmin
manusia itu diwujudkan untuk hidup beragama
mukmin itu tugasnya adalah memperjuang kan Aqidah

dulu
setiap kali gagal aku berasa kecewa dn mempersalahkan tuhan
sekarang
kegagalan itu titik permulaan untuk aku berjaya
aku berterima kasih kepada tuhan

dulu
tiada siapa hiraukan aku
siapa aku ? hanya manusia biasa yg dipandang remeh
sekarang
pandangan dan pendapat ku diterima
bila sebut saja namaku
ada sahaja pujian dan kata manis buat ku

dulu
kawan itu hanya sekadar suka-suka
sekarang
kawan dan sahabat itu cerminan buat diriku
maka aku perlu berkawan dgn org yg menjaga Agama Allah
kelak aku tak terpesong
ya aku ingin mnjadi qudwah hasanah kpd rakan-rakan ku
kita berkawan kerana Allah
ukhwah fillah

dulu
tugas aku sebagai anak hanya mendengar kata
sekarang
tugas aku sebagai anak wajib melaksanakan hak terhadap ibu bapa
taat,sayang,pelihara ibu bapa ku

dulu
lelaki dimata aku hanya seperti seekor buaya
yg hanya tunggu saat untuk membaham mangsanya
dan biar mangsa itu membusuk
sekarang
lelaki itu adalah pemuda
Pemuda yg menjadi pemimpin 
dalam keluarga
yg menjadi tauladan yg baik kpd anak-anak dn keluarga
yg membimbing keluarganya ke arah sinar islam

dulu
"aku adalah muslim"
hanya tahu solat,puasa,zakat,haji,syahadah
sekarang
seseorang muslim itu mempunyai tugas dan makna yg besar
iaitu mengajak umat manusia di seluruh pelosok dunia
untuk mentauhidkan Allah
maka tertegaklah kalimah Allah dimuka bumi
agar dunia menjadi saksi
kelak tiada alasan diberi

jadi akhi dan ukti sekalian
bersediakah engkau berada dijalan ini
tanpa keluh kesah,
tanpa seribu satu alasan
membawa risalah Allah
berbuat baik mencegah dari yg mugkar

tepuk dahi
tanya iman

#budakKakiTarbiah 

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...