Abah, My Hero



sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah, 
tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm blog ni
never mind

setiap anak perempuan tu, ofkos 'Abah' atau 'Ayah' adalah hero mereka
semacam mana pun ayah mereka, kalau bab nak cari pasangan
 mesti anak perempuan tu akan pernah ckp
"aku nak cari yg mcm ayah aku" 
siapa sini setuju? 

erm, yes, mungkin tak semua, but mostly, kan kan. aku malas nak buat ujian statistik, so kita letak tepi bab fakta, lol

so what I can say that, my abah is really hard-working 
sumpah till now, aku tak pernah dengar abah mengeluh
"penatnya, kerja ni"
just, bila dia penat sgt, ofkos la "aduhh, letihnya"
my point is, abah tak pernah cakap yg kerja yg dibuat itu satu yg membebankan
sebab abah tau, selagi mana dua orang anak perempuannya masih belajar dan dibawah tanggungannya, abah akan buat yg terbaik untuk kami
 
jujurnya, aku memang tak nampak kesusahan abah secara directly
but I can feel the pain
setiap kali aku memandu jauh, aku mesti teringat kat abah
perjalanan dari Kuala Kangsar > KL pun dah naik kematu pungkok, sampai je UM
aku mesti rebah atas katil, can u imagine how my abah can drive form Ipoh> Hatyai
weh sumpah do, haritu aku pernah bwk kereta dari Sungkai > Hatyai
memang penat gila


u get my point? If not just forget it HAHHAHA

 

remark: post ni dh lama tersimpan dlm draft. It was written 3 years ago. just feel like to publish it :)

Bila kali terakhir?

korang pernah tak hadapi situasi

dimana

hati korang rasa sangat tenang ya amat

rasa tenang tu sampai tak tau nak describe dgn kata-kata and tak mampu untuk diluahkan
korang nk cerita kt org, yg hati korg rasa tenang
tapi
tak tau mcm mne nak cerita
pernah tak?

aku pernah
sampai skrg dan sampai mati aku akan igt moment ni

time tu aku baru lepas solat
lepas je bagi salam
aku sapu muka dgn tapak tgn
terus aku ckp

"ya Allah, tenang nya hati ni"
lepastu aku senyum sorang-sorang

time ni aku first year, dduk kolej kediaman kedua, Tuanku Bahiyah, waktu aku solat dlm bilik ni kawan-kawan aku ada dalam bilik
izzi dan atikah
dieorng tgh sibuk dgn hal masing-masing
aku baru lps solat maghrib
lepas solat, aku siap-siap nak pergi dgr ceramah kat API
waktu ni aku sanggup redah hujan, panas dan tunggu bas semata-mata untuk dengar ceramah

masa aku siap-siap nk keluar, Izzi sempat tegur aku
"shima nak kemana?"

"nak keluar jap dgr ceramah, nak ikut?"

"haih shima ni, ada je programnya, sibuk je memanjang, tak pernah ada kt bilik. bagusla shima ni"

aku senyum dan terus beredar

see?
betapa detail moment tu aku blh ingat

sbb aku mmg janji dgn diri aku, aku nk ingat 'rasa tenang' ni sampai bila-bila
sebab aku yakin rasa tenang ni pasti hilang suatu hari nanti, ia takkan kekal lama
sebab itulah lumrah hati seorang manusia yg bernama HAMBA

boleh jadi waktu tu aku hamba kepada Tuhan 
dan suatu masa aku akan menjadi hamba nafsu

jadi

sekarang aku tertanya balik

mana pergi 'rasa' tu?

(to be continued)

bila keinginan menjadi tuhan

kadang-kadang kita terlalu ikut kan sangat dengan kehendak hati kita
padahal kita sendiri taktau sama ada ia baik atau tidak untuk kita
maka kita pun berhajat agar kita mempunyai (perkara yg dihajatkan)
dan bila Allah tak kurniakan, kita mempertikaikan
dan bila Allah kabulkan, lalu kita mulai sedar permintaan kita itu adalah satu kesalahan
 kita mula menyalahkan tuhan,  kerana menguji kita diluar batasan kita
 apa yg aku cuba sampai kan ni bukan nak tujukan kepada sesiapa pun, aku memang tujukan untuk diri aku sendiri
bagi aku ujian aku ni tersangatlah kecil
tapi cukup membebankan jiwa raga aku
dulu aku teringin kan 'sesuatu' ini
dan bila sekarang, Allah kurniakan 'sesuatu' itu
aku mulai sedar, apa yg dikurniakan ini menjadi satu ujian buat aku
saat mula-mula aku terima 'pemberian' ini dari Yang Maha Agung
aku sangat bahagia, sehingga aku melupakan Nya

ya aku manusia biasa,
dan kini bila aku diuji, aku mahu Tuhan tarik balik pemberian ini
seolah-olah aku ini tidak bersyukur kan?

nanti dulu

bagi aku habiskan kata-kata aku

kalaulah dengan pemberian ini membuatkan aku leka, lalai dan jauh menyimpang dari kebenaran
aku minta Tuhan tarik balik dan gantikan dengan yg lebih baik

tapi jika dengan pemberian ini, aku diuji, lalu aku bersabar dan bertambah keimanan aku terhadap Yang Maha Agung aku pinta Tuhan sentiasa pujuk hati aku untuk terus kuat dan bersabar

kerana aku yakin, sabar itu tiada batasan
jika sabar itu puya batasan pasti saja para sahabat dan as-salafussoleh tidak tahan untuk lalui semua ujian yg tersangat berat

dan

mungkin saja ini ujian buat aku atas dosa-dosa yg tidak aku ketahui
mungkin saje dahulu aku pernah merasa diri aku ni cukup baik, dan mula memandang rendah kepada rakan-rakan yg sedang diuji dengan hati dan perasaan

***

apa yg aku nampak, akan ada satu masa Allah akan uji aku sampai satu tahap aku rasa memang nak give up

Allah Allah Allah

dan ketika aku diuji sebegitu, disisi aku pasti tiada teman yg bisa menolong, yang boleh mendengar luahan pedih perih ini

saban kali benda ni terjadi pada aku? macam tu juga pada kalian bukan?
kalau mcm sebelum ni, aku diuji dengan perkara yg paling aku takutkan, paling aku nak elak dlm hidup aku
 setiap malam aku menangis, aku hilang fokus dalam study (tapi Alhamdulilah pointer still naik, mungkin ini reward kesabaran dalam ujian!), aku mula murung, aku ingt lagi time tu aku memang lalui ujian tu sorang-sorang
ada sorang sahabat aku memang setia dengan aku
time tu hampir seluruh dunia menolak jauh diri aku, hampir semua menuding jari ke arah aku dan menyalahkan aku
tapi entah mcm mana, perlahan-lahan aku diberi kekuatan 

:')

****

conclusion-nya, berhajat itu tak salah, mintalah apa saje pada Tuhan, Allah yang Maha Besar
 pasti Allah kabulkan, kalau tak pada siapa lagi kita akan minta kan?
cepat atau lambat je:)
jika Allah dh makbulkan sentiasa bersyukur dengan pemberiannya
jika tidak dimakbulkan maka bersabar dan cari hikmah disebaliknya

"everything happen for a reason" -kosz

dan andai kata dgn pemberian itu membuat kan kita bertambah angkuh dan sombong dengan Tuhan
maka muhasabahlah, perbanyakkan sujud supaya hati ni terus tunduk bahawa ada yang lagi Berkuasa

jika dengan pemberian itu kita makin mendekatkan diri dengan Allah, Alhamdulilah jangan lupa doakan sahabat-sahabat yg lain :')

****

to those yg sedang diuji, ingat terus kuat !!! ingat orang yg berada dibawah kita
ada yg lagi susah!!

I love u
ya awak, awak yg sedang diuji tapi masih terus kuat dan sabar

****


oh yaaaa, aku tiba-tiba terfikir nak masuk kelas boxing!!
please pm me kalau-kalau tau mana nak dptkan kelas boxing :)


senior life

finally, sem depan nak jadi final year student dah! ahhhh tak sabar
(tak sabar nak kahwin)

third year second sem ni baru aku rasa 'hidup' dalam dunia chemical engineering ni
inilah sem yg plg produktif untuk aku betul-betul hadam dunia chemical engineering
aku tinggal kan semua aktiviti persatuan aku, projek kolej, yada- yada tu semua

kemon babe, 
aku tinggalkan bukan sebab tak bagus, bukan sebab tak suka 
jauh-jauh lagi bukan sebab tak minat dan tak mendatangkan manfaat

aktiviti sampingan tu semua dtg kan byk manfaat dalam hidup aku!
it just my fault

yg tak reti organize timetable
so end up, masa first year which is fundamental-year, aku jatuh dengan teruk (in terms of CGPA)
kalau CGPA/GPA kau rendah sgt apa maksudnya?

maksudnya

kau tak menguasai/ fahami dengan baik subjek-subjek yg kau ambil
hell yes, my fundamentals in chemical engineering memang lemah
dah masuk third year aku kena study balik, catch up balik fundamentals 
which is time-consuming bruh, by this time sepatutnya aku dah nampak big picture atau overview dunia chemical engineering ni

so aku betul-betul nak minta maaf  kepada sahabt-sahabat persatuan aku yg dah lama tak jumpa
kalau terserempak pun, aku tak dapat nak sembang lama dengan dieorang (aku tengah sibuk call, terkejar-kejar pergi kelas etc) sumpah aku rindu dieorang ni
terutama warga Raudhah-nians ni

hmm

and bila dah byk fokus kat course ni, aku rasa banyak pulak aku terlepas dgn aktiviti-aktiviti department

maksud aku, bila skrg aku dh fokus kat department, now I realize yg byk benda aku terlepas opportunity yg ada
*again, please bare with my rojak yg tak berapa sedap!

masa first year dlu aku teringin nak jadi member of Society Petroleum Engineer
buddy aku, kak Hanisah is one of my idol la, aku nak jadi mcm dia, smpai tahap jadi Director of SPE duh!
hahhahahah time tu aku mcm confident la, aku masuk jdi committee > active member> contribution > Director

HAHAHAHA tu angan-angan yg tak kesampaian
byk jugak benefit bila join SPE ni, byk pendedahan tentang dunia engineering dan industry yg berkaitan

well its okay, yg lepas, lepas, yg kehadapan, aku kena capai target aku
dah masuk final year nanti, aku tak nak terkial-kial buat design
aku tak nak grad dengan penuh penyesalan, cukuplah aku menyesal 2-tahun fundamental-years aku yg agak rabak, now it time for me to recover, rebuilt, re-tunning and modify all my mistakes

good luck guys!
and all the best!

Travelog Mini : Raudhah (Part 1)



Khamis, 11/1/2018

al-kisah sem 5 selesai dengan jayanya, pada tarikh keramat ni
Alhamdulilah walaupun paper terakhir aku 'sad-ending'

baru nak enjoy sikit tapi keadaan tidak mengizinkan

dan kebanyakan kawan aku pun target paper Particle Technology ni boleh
score dan menyedapkan hati, tapi tulah, 
jangan disangka air yang tenang tiada buaya
dan jangan disangka subjek yg senang dipelajari itu tidak mengundang bahaya
habis je last paper, dengan duit seciput aku buat self-reward dengan makan di Dominos set Cheezy 


perghh tgk gambar dh menjujuih ayaq liuq,
aku makan bertiga dengan coursemate, zalikha and syakirah. mula-mula pagi tu
aku puasa sunat sebenarnya, tapi tulah iman lemah betul bila member ajak keluar makan, lagipun aku dh lama tak keluar makan dgn
kawan-kawan coursemate aku ni, sweet kan aku
from the left, zalikha, angel of heaven(baca: bidadari syurga), syakirah and ain

Sem 5, sign out !

****

(Raudhah :  penghuni rumah sewa yg terdiri daripada muslimat Persatuan Mahasiswa Islam UM yg solehah lagi gagah perkasa, takbir!)
planning nak percutian pantai bersama Raudhah-nians ni dah lama
start study week lagi, since ramai yg nak berpindah keluar, dan one of our PMI's senior, Kak Mama the Rock pun dah nak keluar,
maka, farewell celebration mcm ni mmg patut diadakan.
dan aku pun bakal menginap di kolej sem depan, maka lagi-lagilah aku nak join vacation ni
++
Jumaat, 12/1/2018

aktiviti bermula dengan bersarapan di Warung Pak Ali Legend, menu wajib mestilah Roti Tsunami,
 bukan budak UM lah kalau
tak makan roti tsunami pak ali dan lepak mapley gittuu (mapley : foodcourt area Jaya Mall)
 after breakfast, 8.30 pagi kami bertolak ke Taman Botani di Masjid Negara


tempat ni memang cantik bhaii, 
untuk orang KL mcm korg ni mmg patutla sekali sekala dtg tmpt mcm ni
to avoid mental rabak yg parah
area Bamboo house, mana Bamboo house nya ?
yep, because Bamboo house is too mainstream KAH-KAH-KAH
so thats why aku bergambar kt batu-batu dan papan tanda wifi ni


favourite spot! rasa nak berendam je dalam kolam ni


akar ni look so creepy ! *perasaan je

aku terbayangkan rusa ni berkeliaran mcm kat Jepun tu
well, dont expect too much sis, this is Malaysia
U know Malaysian right?! sampah pun buang tepi jalan kihkih
so yezza, rusa dikandangkan, ayam pun ada kt sni, arnab pun dijadikan pameran

kesian pulak aku tengok haiwan-haiwan ni terkurung





sekitar taman permainan
mana gelongsor ? buaian ? 
coz it too mainstream also

try hard weh! 

favourite spot!

best kalau pergi time takde orang, engkorang boleh terkinja-kinja, berlari mcm kanak-kanak riang
itu la apa yg kami buat, kahkah

we end our day dgn membasuh baju di KK8 disebabkan gangguan bekalan air disekitar PJ
aku syak kes masalah air ni ada kaitan dengan 'politik'
hahahhaa *sarcastic
****
so aku hutang dengan korang lagi 2 cerita untuk 2 hari (Sabtu dan Ahad)! which is the most interesting part for vacation of raudhah-nians

stay tuned! adios!

Good health is the best Wealth

hello, selamat siang ladies and gentlemen! *sorry for my rojak yg tak berapa sedap
lately ni aku selalu tak sihat
kejap-kejap demam, selesema makin teruk, batuk
dekat berminggu-minggu jugak
and yg plg sedih sekarang aku byk consume ubat 
seram doh
tengok gambar!!

aku antara org yang paling liat nak makan ubat sebab theory aku
"let antibodies do their work" kahkahkah
unless kalau sakit tu makin teruk then baru aku makan ubat

even demam pun
aku takkan makan panadol kalau keadaan tidak memaksa
 tapi demam baru-baru ni, aku telan 2 biji panadol sebab time tu aku memang tekad taknak ponteng kelas

reason-nya aku taknak terlepas lecture and hantar MC! 
lecturer subjek elektif  aku tu sgt strict dgn kehadiran
dehek! 

selama ni siapa je kesah psl MC! hhahhahaha

so aku pun kekasih paksa-rela la pergi kelas
kemon babe, kelas biochem kot, gila tak dtg?! Im not Wei Jian doh! hahhaha
(Wei Jian : the genius guy in our batch, usually people called him as The God of Chemical Engineering, 
bcause he knows everything and he can answer all your question, sorry Im a little bit hyperbola here)

aku sangat dikenali dengan
 'ke-fit-an'
apa tan ? se-tan?
*sorry 

bukan nak 'perah-santan' la
sebab ada sorang kawan aku ni be like
"fit la kau ni shima" *sambil picit-picit lengan aku
HAHHAHAHA 

pipi aku pun dah makin bowlat
mana taknya, main netball separuh jalan, dah nak dekat perlawanan aku tarik diri
babe, aku captain kot time tu, mmg nak menangis jugak bila aku decide tak turun game
sebab dalam minggu tu (minggu plg hectic!)

aku ada 2 presentation dan test! rabak tak rabak tu Tuhan jela yg paham
and game aku 3hari berturut-turut, for sure la aku utamakan yg mana utama
aku dah taknak dah di-down-kan dgn gila babeng oleh one of my lecturer yg sgt aku geruni
mmg betul la org cakap "lagi kita tak suka, lagi benda tu kita akan dapat/jumpa"
T_T why life so mean?!

even group presentation aku kena 'condemn' dgn teruk oleh 'that lecturer' but its okay
taklah teruk sgt sbb kiteorg mmg buat yg terbaik, well-yah, bolehlah 
maka tak sia-sialah pengorbanan aku (mengorbankan game netball yg selama ni aku impikan!!)

sokay shima, SUKMUM depan kau try hard lgi okay
badan aku mula lemah sbb dah lama tak keluarkan peluh,

ermm maybe

joging pun dah jarang, makan pun aku main bedal je


so sabtu lepas, aku pergi klinik 
ni kalau aku pergi klinik ni apa maksud nya ?


maksudnya



aku dah memang faktab dengan condition badan aku yg dah mula lemah lesu
almost 3 weeks guys, aku bernafas ikut mulut
sebab hidung dua-dua lobang tersumbat

memang rasa nak kiamat bhaii
tuhan je tau betapa siksa nya

dah la hidung tersumbat, mata aku asyik berair, 
asyik bersin sampai sakit bahagian perut (sebab muscle aku dh mula penat due to high pressure bila bersin) dan tekak aku makin perit sebab bila cuaca sejuk, aku bernafas ikut mulut, tekak aku jadi kering, bibir pun kering

menangis jugak la aku time tu sebab aku dh tak tahan rasa sakit ni
"adik, aku tak tahan la. aku rasa nak tidur taknak bangun dah"
punya lah rasa nak give up time tu

that time  badan aku memang rasa lemah, rasa nak tidur je, mak aku pun dah bebal tgk aku yg asyik tidur sepanjang cuti sem!
HAHAHHA

so, Dr tu pun suggest aku buat blood test memandangkan simptom-simptom aku ni ada la sikit mirip-mirip beberapa penyakit, 
and Dr. bagi ubat allergy, katanya allergy aku makin kuat
bukan setakat allergy seafood je sekarang, habuk-habuk udara ni aku mmg tak tahan

in sya Allah lusa aku pergi blood test and please pray for me :)
buat masa ni
Alhamdulilah, semalam aku dapat tidur dengan normal
dan sekarang aku boleh bernafas mcm biasa
buktinya, tu senyuman dalam gambar dengan pipi yang kembang semangkuk
akhir kalam,
sayangilah badan kalian wahai umat!
let workout!

oh Final Sem 5

 
hai guys, rajin pulak aku menaip kan lately ni
well, the hell nya final sem ni
sumpah stress

maka dengan menulis lah aku dapat hilangkan stress aku

silap aku la sem ni banyak main
kan dah sakit bila final week kunjung tiba

aku rasa nak muntah pun ada baca lecture note, hadam theory, calculation, pastyear, exercise, tutorial
memang seminggu ni aku ulang-alik library
 
aku rasa otak aku pun dh tepu
aku rindukan alam
yep
alam yg menghijau
hutan rimba, suasana kampung yg damai, kicauan burung
deruan ombak

I love to hear all the nature sounds
dan aku rindu sangat !!

tolonglah
bawakla aku satu tempat yang takde orang
yang ada, hanya aku, taman yg menghijau, dan air terjun, serta pokok yang rendang dan tumbuh-tumbuhan yg segar bertasbih kepada Tuhan
 
ataupun kalau susah nak cari tempat tu
bawaklah aku
ke tempat yg takde orang, yang ada hanya aku, deruan ombak, bauan laut yg segar, dan pasir yg halus
 
arghhhhhhhh
 
bila depressed mcm ni
aku lebih suka menyendiri
aku tak banyak bercakap
emosi aku memang terganggu
mudah sgt hati aku terasa 
padahal orang tak cakap pasal aku pun
tah kenapa segala apa yg mereka katakan
semuanya ibarat mahu memerli aku
aku sedih, aku terasa
sebab tu aku suka sorang-sorang 
takde yg boleh ganggu perasaan aku
.
.
.
..
 
.
.
.
 
.
 
I think.
 
.
 
.
.
..
.
.
..
 
.
.
.
 
I just need time for myself
 
satu je penawar depression buat aku waktu-waktu genting mcm ni
 
 
aku perlukan masa bersendirian dengan Tuhan
tempat-tempat yg aku describe kat atas tu semua hanyalah bayangan aku semata-mata
hakikatnya, mana kau nk dapat pantai/pulau yang tiada orang
kalau ada pun aku tak berani nak pergi 
HAHHAHAHAH

kalau aku stress, aku pejam kan mata dan aku bayangkan tempat tu
teringin sangat nak bayangkan syurga, tapi tulah syurga ni indah sampai tak terbayang di akal
mahal betul syurga ni
 
maka aku hanya mampu bayang
bayang kan tempat yg seindah umpama syurga

dan kalau aku stress, aku akan bersendiri di satu tempat
'gua hirak' kesukaan aku
haaaa kau ada?
tempat ni
aku selalu pergi bila waktu aku gundah gulana
 
jahat kan aku ?
biasalah, aku manusia biasa
ingat Tuhan waktu susah, lupa Tuhan waktu senang

bila dah terlalu leka, tu yang stress, sedih,gundah gulana,depression menyerang aku
aku bersangka baik
mungkin ini petanda Tuhan minta aku kembali kepada Nya
ingat dia kembali

again

aku manusia biasa



adios
 
****
 
wish me luck for this sem guys!
yep! aku harap aku cukup 'luck' untuk pass final exam sem ni
 
****
 
 
 

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...