bila keinginan menjadi tuhan

kadang-kadang kita terlalu ikut kan sangat dengan kehendak hati kita
padahal kita sendiri taktau sama ada ia baik atau tidak untuk kita
maka kita pun berhajat agar kita mempunyai (perkara yg dihajatkan)
dan bila Allah tak kurniakan, kita mempertikaikan
dan bila Allah kabulkan, lalu kita mulai sedar permintaan kita itu adalah satu kesalahan
 kita mula menyalahkan tuhan,  kerana menguji kita diluar batasan kita
 apa yg aku cuba sampai kan ni bukan nak tujukan kepada sesiapa pun, aku memang tujukan untuk diri aku sendiri
bagi aku ujian aku ni tersangatlah kecil
tapi cukup membebankan jiwa raga aku
dulu aku teringin kan 'sesuatu' ini
dan bila sekarang, Allah kurniakan 'sesuatu' itu
aku mulai sedar, apa yg dikurniakan ini menjadi satu ujian buat aku
saat mula-mula aku terima 'pemberian' ini dari Yang Maha Agung
aku sangat bahagia, sehingga aku melupakan Nya

ya aku manusia biasa,
dan kini bila aku diuji, aku mahu Tuhan tarik balik pemberian ini
seolah-olah aku ini tidak bersyukur kan?

nanti dulu

bagi aku habiskan kata-kata aku

kalaulah dengan pemberian ini membuatkan aku leka, lalai dan jauh menyimpang dari kebenaran
aku minta Tuhan tarik balik dan gantikan dengan yg lebih baik

tapi jika dengan pemberian ini, aku diuji, lalu aku bersabar dan bertambah keimanan aku terhadap Yang Maha Agung aku pinta Tuhan sentiasa pujuk hati aku untuk terus kuat dan bersabar

kerana aku yakin, sabar itu tiada batasan
jika sabar itu puya batasan pasti saja para sahabat dan as-salafussoleh tidak tahan untuk lalui semua ujian yg tersangat berat

dan

mungkin saja ini ujian buat aku atas dosa-dosa yg tidak aku ketahui
mungkin saje dahulu aku pernah merasa diri aku ni cukup baik, dan mula memandang rendah kepada rakan-rakan yg sedang diuji dengan hati dan perasaan

***

apa yg aku nampak, akan ada satu masa Allah akan uji aku sampai satu tahap aku rasa memang nak give up

Allah Allah Allah

dan ketika aku diuji sebegitu, disisi aku pasti tiada teman yg bisa menolong, yang boleh mendengar luahan pedih perih ini

saban kali benda ni terjadi pada aku? macam tu juga pada kalian bukan?
kalau mcm sebelum ni, aku diuji dengan perkara yg paling aku takutkan, paling aku nak elak dlm hidup aku
 setiap malam aku menangis, aku hilang fokus dalam study (tapi Alhamdulilah pointer still naik, mungkin ini reward kesabaran dalam ujian!), aku mula murung, aku ingt lagi time tu aku memang lalui ujian tu sorang-sorang
ada sorang sahabat aku memang setia dengan aku
time tu hampir seluruh dunia menolak jauh diri aku, hampir semua menuding jari ke arah aku dan menyalahkan aku
tapi entah mcm mana, perlahan-lahan aku diberi kekuatan 

:')

****

conclusion-nya, berhajat itu tak salah, mintalah apa saje pada Tuhan, Allah yang Maha Besar
 pasti Allah kabulkan, kalau tak pada siapa lagi kita akan minta kan?
cepat atau lambat je:)
jika Allah dh makbulkan sentiasa bersyukur dengan pemberiannya
jika tidak dimakbulkan maka bersabar dan cari hikmah disebaliknya

"everything happen for a reason" -kosz

dan andai kata dgn pemberian itu membuat kan kita bertambah angkuh dan sombong dengan Tuhan
maka muhasabahlah, perbanyakkan sujud supaya hati ni terus tunduk bahawa ada yang lagi Berkuasa

jika dengan pemberian itu kita makin mendekatkan diri dengan Allah, Alhamdulilah jangan lupa doakan sahabat-sahabat yg lain :')

****

to those yg sedang diuji, ingat terus kuat !!! ingat orang yg berada dibawah kita
ada yg lagi susah!!

I love u
ya awak, awak yg sedang diuji tapi masih terus kuat dan sabar

****


oh yaaaa, aku tiba-tiba terfikir nak masuk kelas boxing!!
please pm me kalau-kalau tau mana nak dptkan kelas boxing :)


No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...