manusia yang skeptikal

hari tu pumpang kat facebook kecoh PMIUM buat talk ajak Siti Kasim
pelik
teruk sangat ke makcik tu
apa makcik tu dah buat sampai 'budak-budak intelektual UM' ni meroyan 
dia tak mengaku Tuhan kot *bisik hati aku
aku pun tanyalah kawan-kawan aku yang kenal makcik Siti ni
antara ayat yang berlegar-legar adalah
"dia tolak RUU"
"ohh dia tu bab agama terpesong sikit"
menarik
lagi la aku tak sabar nak dengar talk dia ni
tapi yang lagi menarik aku nak dengar sebab Suhail (penganjur program) kata dia ni hebat memperjuangkan nasib orang asli
lagi menarik !
 nak juga aku tahu isu alam sekitar, tahap mana survival alam sekitar kat Malaysia dan nasib orang asli di Malaysia
yela daripada aku tak tahu langsung kan, better pergi dengar at least aku tahu lah juga keadaan malaysia ni selain cakap pasal Intelektual, Idealisme Mahasiswa, Kitab itu ini
 apajadah semua tula
-------
sebelum sampai ke restoran Amjal, sempat jugak kawan se-fakulti dengan aku (tapi  jurusan mekanikal) minta pandangan aku
memandangkan dia salah seorang AJK yang anjurkan program ni

"weh Shima, apa pendapat kau tentang Siti Kasim"

"entah la weh, aku OK je yang penting aku nak dengar isu alam sekitar, mampus lah dia tolak RUU ke tak mengaku tuhan ke, dia murtad ke apa. tu masalah dia dengan Tuhan"
"HAHAAA tau takpe. aku tak faham lah. aku ajak Siti Kasim je pun dieorng bising-bising. lepastu mulalah tanya aku prinsip ilmu apa kejadah bagai. memang la aku taktau. apa yang aku tau aku nak orang cakna dengan isu semasa beraitan  alam sekitar dan orang asli"
jawab kawan aku sorang ni
suci murni betul niat mamat ni. BAGUS

---------
maka majlis pun bermula dengan panelis pertama saudara Hafiz
intro saje dah menarik
dia terus senaraikan masalah-masalah alam sekitar khusus berkaitan hutan asli di Malaysia
(nak tahu lebih lanjut sila pergi ke page PMIUM di facebook)
dia bongkarkan segala salah urus tadbir orang atasan dalam mengurus pembalakan 
dia bagi tahu juga segala kebohonan-kebohongan kenyataan kerajaan yang mengatakan hutan di Malaysia meliputi 67% 
padahal!
dan di akhir forum tersebut beliau berkongsi tentang Pembalakan lestari
bagaimana nak pelihara hutan disamping menjana pendapatan ekonomi negara
kata beliau

"sebenarnya ada banyak cara nak jana pendapatan ekonomi negara, bukan hanya dengan pembalakan saje. malah cara alternatif ini beri manfaat kepada rakyat seterusnya generasi akan datang. tapi tak taulah
kalau negara kita ni jenis nak kaya untung cepat maka membalak membabi buta tu cara yang terbaik"
*bukan ayat sebenar. ayat terjemahan hasil kefahaman aku apa yg dia cuba sampaikan
naaaah sangat menarik! memang rugi siapa yang tak datang
haaaa nak cerita la ni part Siti Kasim hahahaa
si makcik Siti ni pulak

bercerita mengenai nasib orang asli di Kelantan
hebat makcik ni
nampak je rambut perang, hisap rokok, baju tak cukup kain
tapi berbakti kepada masyarakat
dia cerita bagaimana keadaan orang asli yang 'culture shock' bila dibawa keluar dari hutan
antara budaya orang asli adalah mereka akan bekerja jika perlu
contoh bila kehabisan stok makanan mereka akan ke hutan untuk berburu selama beberapa hari dan pulang dengan membawa hasil hutan untuk keluarga dan simpanan beberapa hari/minggu
dan budaya ini dikatakan budaya 'MALAS' 
sebab budaya masyarakat moden adalah KERJA SEPANJANG HARI SAMPAI TAK INGAT AKHIRAT 
kesian orang asli, tak pasal-pasal dilabel sedemikian
dan kata makcik Siti orang asli yang duduk dibandar kebanyakannya mabuk dan kaki minum sebab mereka ni taktau nak uruskan diri dan wang sebab tu bukan budaya mereka (budaya dapat duit banyak)
dia menegaskan
orang asli sangat senang dengan kehidupan mereka di hutan
"connection mereka dengan tanah, hutan, binatang pokok-pokok sangat kuat"

siapa kata orang asli hidup susah kat dalam hutan ? 
malah mereka dikategorikan ORANG KAYA
sebab ?
sebab mereka ada rumah sendiri
makanan sendiri semuanya mereka
daripada kita yang menyewa dan berhutang kehkehkeh
makcik Siti juga menjelaskan beberapa undang-undang yang berkaitan orang asli
dan membongkarkan sejauh mana pihak atasan dan 'orang yang patut membela nasib orang asli' ini bertanggungjawab dan patuh kepada undang-undang
sadis
sungguh sadis
nasihat makcik Siti ni
"kita patut kekalkan budaya mereka ini untuk generasi kita pada masa akan datang. because dia natural life are so beautiful dan kita boleh majukan mereka dengan pebagai cara bukan dengan cara memusnahkan hutan (tempat tinggal mereka)"

ramai orang bising "sampai bila la orang asli ni nak hidup dalam hutan"
kata makcik rambut perang ni
"ko pergi sendiri tanya orang asli, macam mana bestnya duduk dalam hutan. sebab dah itu tempat mereka, malah mereka lagi senang duduk dengan hutan dengan cara mereka sendiri"
-----------------
lepas daripada forum ni, aku terfikir jugak. lah takdelah teruk mana makcik ramput perang ni
dia sendiri mengaku ISLAM ITU SEMPURNA 
aku ingat dia ni kutok Tuhan
dan dia ni semangat gila bagi nasihat dan menyeru mahasiswa selamatkan bumi kita, sayangkan hutan dan bela orang asli
beliau sangat berbesar hati dan mengalu-alukan jika mahasiswa khusus anak muda untuk terjun dalam bidang aktivisme
sebab dengan cara ini sahaja kita dapat kawal 'gila kuasa' kerajaan 
kata dia " islam tu sempurna yang masalahnya muslim tu! dia ingat dia sorang je bagus, dia sorang je masuk syurga" 
kahkah
kesian makcik ni 
kesian lagi kat manusia yang skeptical
yang tak pergi talk ni sebab yg bagi talk makcik rambut perang ni
dan risau tak capai objektif forum
apa pun takdapat
kehkehkeh

apa pun semoga Makcik siti ni diberi taufiq dan hidayah
amin!

-------
elok jugak aku noob untuk certain part, at least aku tak ada persepsi kat seseorang malah menilai dan tapis maklumat yang dapat serta bandingkan maklumat-maklumat lain yang kita ada 

lastly, bagi aku inilah praktikalnya Muslim Demokrat yang dibawa oleh PMIUM sesi ini. bersifat terbuka dan beretika dalam memberi pandangan. kita raikan pandangan orang yang lain latar belakang tak kira dia fahaman apa sekalipun tapi kita punya akidah kita sendiri yg kita pegang
tudiaa

pesan ustaz Wanji
kau jangan tengok siapa yang bercakap dan bagi nasihat/sampaikan ilmu
kau dengar je
lepas tu kau nilai lah ilmu yang kau dapat tu betul ke tidak
senang je nak tau ilmu tu satu kebohongan bila mana kau bandingkan dengan maklumat-maklumat lain yang kau ada dan maklumat/ilmu yang kau dapat tadi tidak sama 

lalu ustaz bawa satu hadis dimana
  seorang lelaki dikacau ketika tidur dan
ada sesorang bagi nasihat dan sampaikan ilmu "bacalah ayat kursi"
keesokannya Rasulullah bertemu dengan lelaki itu dan beritahu sebenarnya orang yg menyampaikan itu adalah Syatonirojim
lalu Rasulullah membenarkan apa yg disampaikan oleh Syaitan

ibrahnya, hatta dia seorang penipu besar, perompak sekalipun bila dia nak sampaikan sesuatu kita patut dengar dan nilai
guna kebijaksanaan akal kita untuk berfikir

come on brothers!
be like Muhammad (s.a.w)!
adios


BILA BOSAN NI LA JADI NYA*KALAU SUKA LIKE JER :)

2 comments:

Iman Ismail said...

bila weyh talk ni.asl xtau..hmmmm

shima kamaruzaman said...

ahaaaa. dalam FB byk je poster ni.