Krabi part 2


keesokannya, apa lagi tour island!
ada 4 pulau yg kami lawati dan bermandi-manda
maka pakailah baju yg selesa, yg boleh  korang terjun terus ke dlm laut
bawak la siap roti ke biskut ke keropok ke nanti korg mesti lapar punya

hotel kami atas bukit nun

depan tu pantai Ao Nang





pantai Ao Nang




beli sarapan kat 7 eleven makan kat tepi pantai, minum kopi panas sambil menikmati permandangan yg indah dan hirup udara yg segar


jam 8.30 pg sebuah kendaraan tak tau nak panggil apa van ke lori tapi yg mcm atas ni la
datang ambil kami di hotel untuk aktiviti seterusnya




then kami diberi taklimat, dia akan bagi tau kita group mana dan nombor boat 
sebelum naik bot korang beli la sarung camera dan handphone so that time berenang-renang nanti boleh la ambil gambar, kalau yg ada camera yg boleh bawak masuk air tu lagi bagus


so this is our group
2 group family dari Malaysia (include us), 2 group from China, 1 group family from Thailand




gambar ni aku nak ambil permandagan sekitar pulau, tapi memandangkan boat ni tertutup maka aku pun try tangkap area belakang boat
tak sangka pulak tertangkap gambar Jo---
cia cia ciaaaaa

memang cantik babe permandangan kat sini, air laut tu memang biru sungguh
fifty shades of blue!
tak puas pandang

so this is our first island, maaf tak ingat nama sebab laju sangat pemandu pelancong tu cakap, yg aku dengar --Nang nanggg island something LOL
\so let find the best place untuk lepak!






 ada aktiviti rock climbing juga disini
k dalam gua ni aku tak berani la nak masuk, tapi kat depan pintu gua tu macam ada tempat orang puja apatah, tah alat-alat solat deme la gamaknyaaa






kami diberi masa 40 minit untuk bermain di sekitar pantai ni
dah habis puas berenang, menikmati permandangan

so kita ke pulau yg seterusnya




ok pulau yg kedua ni memang menarik
ada dua pulau yg kita boleh lawat sekaligus
Kap Island and Mo Island
 antara ke satu pulau tu korang boleh menyeberangi dengan sendiri, cetek je air nya 
paras dada, korang boleh snorkeling sekali

ni aku cuba la nak ke pulau seberang sana, tapi tak lalu weh penat siaaa
HAHHAHA 
siapa yg pandai berenang tu memang best la
korang boleh berenang sekali dengan ikan
serious memang best, sementara korang jalan nak ke pulau sebelah sana korang akan 
nampak ikan-ikan yg bewarna-warni 


ni separuh jalan

haaaaa nah beghenang le kome puas-puas
korang kena berenang antara tali yg dia dah buat macam pagar, tak boleh lepasi tali tu
so in sya Allah selamat je :)

so sebelum nak balik, terserempak dengan kawan-kawan MRSM aku
dari kanan Haniff, Mazri, Hatim and Dut (bukan nama sebenar)

sebenarnya kami dah jumpa dah dalam van masa hari pertama nak ke Krabi tu
cuma aku je tak cam dieorang ni
tapi aku perasan la

"asal mamat ni pandang-pandang"

tapi yg si Dut tu aku macam cam sikit la, malu ahh nak tegur, tapi still aku masih lagi tak perasan time tu . dah sampai Island ni, dok peghati si mamat bercekak tu

"eh macam Hatim"

yg Dut tu memang dah nampak obvious, 
"ohh haaaa betul la ni dieorang"

kih

(to be continueed)










Krabi part 1

trip ni memang tak dirancang pun
it start from
mak: jom pergi Hatyai?
ya, pada awalnya memang merancang nak ke Hatyai saje
and I was like
"alaaaa ada ape je kat Hatyai tu"
memandangkan Thailand bukanlah seperti Switerland yang ada permandangan yg indah 
bukit-salji

so kami pun try cari package ke Krabi untuk bulan 7 memang mahal gila RM700++, out of bajet
maka kami decide untuk drive sendiri.

seawal 2 pagi dari Ipoh kami bergerak. Dan aku sebagai pemandu yg berhemah hanya berbekal kan setin Wanda Coffee dan chewing gum untuk hilangkan rasa mengantuk

mana tak nya tuan-tuan puan-puan mendengar dengkuran mak abah dan adik aku yg nyenyak membuat kan aku kadang kala terbuai juga dek mimpi 

alhamdulilah selamat sampai di Border jam 7 pagi, maka bila sampai je Thailand kami pun


yaaaa kita sarapan dulu. rata-rata masyarakat area Border ni semua boleh kecek Klate dan Malay. aku order mee goreng, tiba-tiba aku rindu kicap Tamin dan sos kat Malaysia. sebab kicap dan sos sini agak berlainan rasanya. tak kena  dengan tekak aku.  



seterusnya kami teruskan perjalanan ke Hatyai yg mengambil masa selama sejam setengah  dari Border. kalau kat Malaysia setiap 5 meter tak pun 500 meter macam tu mesti ada masjid. kat sini tidak, ada masa tu memang rasa nak 'ten-cin' yg teramat tak tahan, cari masjid tak jumpa-jumpa 
adehhhh berpuluh kilometer baru jumpa masjid, surau lagi la tak nampak bayang LOL

maka bersyukur lah temen-temen :)

bila dah sampai Hatyai, apa lagi

ya, bergambar dulu tuan-tuan puan-puan dengan posing tah pape. pekan Hatyai ni lebih kurang macam KL atau jalan TAR la, sempit, jem, bangunan rapat-rapat 




then, my handsome abah jumpa dengan sorang kawan dia, Mr.C (bukan nama sebenar, aku lupa pulak apa nama uncle ni HAHHAA) 

at first uncle nak bawak kami jalan-jalan sekitar Hatyai, dia ambik harga murah punya RM200++ per person tapi kami tukar plan nak ke Krabi
Uncle pun kata Krabi memang manyak cantikk, maka dia bawak kami ke travel agency ni
alhamdulilah kami dapat package murah pulak bila sampai sini
RM350 per person, apa lagi ON la kan

bila sebut Thailand aku mesti terbayang 2 tempat ni je PHUKET dan KRABI coz I love Beaches
hew

so sementara tunggu van yg disediakan untuk bawa kami ke Krabi akmi makan dulu kat sebuah restoran yg ada masakan Melayu, memang citarasa tekak org Malaysia, dan orang yg kat kedai ni pun semua kecek Klate which is orang Pattani mereka ni



ni kedai dia, ya takde nama, jangan salahkan aku, pandai-pandai la korang cari. Abah dah tau jalan kat Hatyai sebab ulang-alik bawak bas dari Ipoh-Hatyai, so setakat pusing-pusing Hatyai ni celah gigi la bagi abah, gittuuu 


tapi kalau hampa  takut sesat ka apa sebelah Angel travel Agency tadi tu pun ada restoran Halal. so tak payah cari jauh-jauh

kat sini bukan macam kat Malaysia, mana-mana restoran kau masuk je. kena cek dulu tanda HALAL
memang kadang-kadang kau nampak kedai tu macam kedai Melayu&Halal tapi bila tanya

"sorry kak sini ada Babi "

haaaa so hati-hati, nak beli sandwich kat 7 eleven pun kena tengok inti dia apa, sebab aku dah terpegang sandwich inti Babi 
tak perasan pulak aku ada simbol hidung nate tu. warna pink bulat-bulat aku ingat corak
siot betul
bila baca ingredients cisss



then bila nak bermalam di hotel korang kena beli soket ni, sebab plug kat hotel bukan mcm kat Malaysia
renyah betulllll




then adik aku pun dah ketiduran sebab tunggu van ni lambat nauu
ni perhentian yg ke-2. naik kematu pungkok duduk dalam van lama-lama
jauh jugak Krabi dari Hatyai ni
bayangkan lah dari 12.30 tengahari sampai Krabi jam 5.30 petang
so memang wajiblah enkorang berhenti lama kat sini solat, makan, buang ayaqqq sat



aku ni nak makan banyak-banyak tak berani. kang satgi nak berak la apa menyusahkan semua orang yg ada kat dlm van tu, malu pulak kan, so beli la jajan-jajan kat sini. harga standard je

sampai Krabi 5.30 petang tu pun aku dah mula rasa mual-mual sebab orang yg bawak van tu bawak macam roller coster HADOOOII sabau jelaaaa

hotel kami di pantai Ao Nang, so tinggal kami jela yg ada dalam van tu, pelancong yg lain semua bermalam di pekan Krabi. nak sampai ke Ao Nang jauh lagi dalam sejam setengah. 6.30 ptg mcm tu bru kami sampai hotel

hadoiii, kalau dia tambah sejam lagi perjalanan mau tak termuntah aku dalam van tu
perghh memang tak tahan

aku memang pantang tok nek aku org yg bawak kereta/van terhenjut-henjut, brek mengejut
perghh memang palat

sebab tu org yg naik kereta dgn aku tenang dan damai sebab aku diajar oleh abah

"kakak kalau nak brek jangan mengejut, awal-awal dh tekan brek takdelah org pening nanti" 

gituu. abah always yg terbaik lah. love you lah abah!

sampai je hotel apa lagi aku campak badan aku ke katil, penat sampai tak ter-tidur, golek-golek ngekek-ngekek atas katil dengan adik, dah masuk maghrib. malam tu



siap-siap keluar nak cari makan, perut dah berkeroncong. dah sampai Thailand mesti la nak rasa Tomyam yg sebenar kan


permandangan sekitar pantai Ao Nang. 
sepanjang jalan ni ada banyak bar dan tempat urut, kedai tattoo, hotel dan kedai makan. macam-macam ada. tapi untuk muslim terhad sikit restoran tu. kalau nak banyak pilihan restoran halal korang kenan menghala jauh dari pantai

sebab makin dekat dengan pantai makin banyak kedai Non-halal
makin jauh, makin banyak pilihan restoran halal
sebelum sampai pantai Ao Nang ni korang akan lalu Muslim street
kat situ banyak restoran halal
tapi jauh la dari pantai korang kena sewa motor untuk org muda macam aku ni eloklah jalan kaki sambil menikmati keindahan malam di Krabi street ni (lebih tepat Ao Nang street, tapi itu bukan nama yg sebenar saje aku gelar bgi nmpk hipster kih)




jalan punya jalan, baru jumpa satu restoran ni.  memang bersih sangat, perabot dlm pun cantik


dia punya pedas tomyam ni sama pedas dengan wasabi. perghhh sekali hirup rasa nak berdarah hidung ni. tak tahan aku
maka aku pun makan steak je *sounds poyo here




dan aku akhiri end of DAY 1 at Krabi dengan photo-acah-hipster ni 





Raya 2017


untuk raya kali ni aku takde gambar 
'Family potrait' sob sob
raya pertama ayah aku kerja
tahun ni pulak ramai saudara aku yang beraya di sebelah keluarga mertua

so tak berapa ramai yg balik
daging 6 kilo aku dan adik terkial-kial potong
perghhh memang lenguh tangan
bawang merah 4 kilo dikupas
sup sekawah macam biasa pak Tam yang buat

nasib la Cu ada. dapat tolong mak aku memasak untuk berbuka puasa 
last ramadhan untuk tahun ni

lemang tahun ni pun tak buat. hanya mampu tempah kt orang

lemang dan rendang memang makanan wajib kat rumah opah
walaupun tak ramai balik, memang wajib masak untuk 50 orang. LOL
sebab raya pertama selalunya ramai saudara mara opah datang mengunjung

cuma sesi bergambar je takde tahun ni
sobs sobs



selamat hari raya 
maaf zahir dan batin :)


Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...