terowong gelap

acapkali aku membayangkan diri aku berada di dalam terowong yang gelap
tatkala aku dihimpit dengan ujian yang bertubi-tubi

ibaratnya kau tempuh disuatu jalan yang indah tiba di suatu tempat kau perlu lalui sebuah terowong gelap
untuk memberanikan diri kau pujuk diri kau
"Dear Shima, gelap ni kejap je, yang penting kau kena tempuh terowong ni untuk ke jalan yang seterusnya, kejap je. percayalah diri. kau kena kuat dan berani."

selama aku berada di dalam terowong gelap
aku kesepian, keseorangan, aku sentiasa bercakap dengan suara hati untuk menghiburkan diri
kadang-kadang bila aku letih, aku mengeluh
bila aku takut aku minta pertolongan Tuhan
kalau aku kecewa aku salahkan Tuhan
ya, kadang-kadang aku terlanjur dek api kemarahan aku yang membara
kerana aku tidak betah lagi untuk hadapi kegelapan ni seorang diri

bila aku penat marah
aku cuba cari Tuhan balik
dengan berdoa semoga aku diperkuatkan semula

"tak guna kau rajin solat, rajin baca Quran tapi tak percayakan Tuhan"
terngiang aku dengan kata-kata sahabat aku

kadang-kadang aku sendiri tak tahu apa yang aku marahkan, 
mungkin saja aku kecewa dengan diri aku,
 aku sangka aku kuat dan berani, rupanya aku kecundang ditengah jalan berliku ini
dengan siapa lagi untuk kau berharap
kalau bukan Tuhan, Pemilik seluruh alam



tak sangka sebegini jauh jalan terowong gelap ini
sedikit demi sedikit aku mula kelihatan cahaya

aku kejar ke arah cahaya itu
tapi masih lagi belum sampai
aku masih tertanya
apakah benar itu cahaya keluar dari terowong gelap
atau hanya ilusi aku ?

ahhhh! persetankan itu semua
aku kena terus berlari untuk dapatkan kepastian
berbekalkan sedikit cahaya ini 
aku kembali pulih
aku mula rasa manisnya senyuman yang terukir dibibir aku

ya aku kena kuat, aku kena sabar
sikit lagi Shima
sikit lagi

No comments:

shima suka berpolitik, tak suka berpoligami

sebelum bukaknya sem 5, aku ditawarkan dengan macam-macam jawatan dan aktiviti untuk diuruskan pada mulanya aku agak ghairah dgn ta...