a very long story of my life

(gambar hiasan)

today ain and I had a very very long conversation
habis je kelas Numerical Methods II
 kebiasaan kami adalah melepak-mengopi di KPS (kompleks perdana siswa)
sambil menyedut coconut shake orea dan coconut shake nestum yg makin menjadi kegilaan kami
sambil meluahkan perasaan yg terbuku

selalunya takdelah lama mana
cuma ia bermula dengan

"alaaaaah kau tu suka berahsia dengan aku" gertak aku

"eleh cakap org, kau pun. kau sampai sekarang tak bagitau aku siapa crush yg kau betul-betul minat dan simpan sampai sekarang"

"*pandang siling kipas tiba-tiba nampak cantik pulak kipas ni"

"haaaaa see. terdiam kau!"

keh!

****

"kau tahu, bukan senang aku nak sembang benda merepek-merepek ni dengan org. kena jaga izzah doh"

tak lama kemudian

tah macam mana tak semena-mena aku rancak bercerita
mengenai kisah hidup aku kepada si Ain ni

dari cerita zaman jahiliah aku sampai lah cerita masa depan
segala story family aku dia tahu
cerita pasal crush , oppa dan trending kahwin mat saleh
lifestyle pilihan kau
kisah ex-boyprennnn habis diungkit balik
dari falsafah cinta sampailah falsafah kehidupan

gila

port tasik varsiti memang jadi favourite spot aku untuk tenangkan fikiran 
dengan pemandangan hijau
tambah pulak hari yang cerah, dengan tiupan angin yang suam di waktu petang

tak pernah aku sembang rancak macam ni

itulah aku

kalau dah terlebih selesa dengan seseorang
tiada apa yang aku simpan
segala yg terbit kat hati aku
pasti aku luahkan

dengan orang yang tak judgemental 
memang aku mudah untuk bersahabat

kadang-kadang bukan apa
kita mesti nak ada someone yang boleh nampak buruk kita tapi dia tahu dalam buruk tu pasti ada baik
yang buruk tu pasti boleh diubah dan dibentuk untuk menjadi lebih baik

sebab ada orang
bila dah nampak buruk kita

"ahhh dia memang macam tu"

lepas tu mula buat mimik muka yang tidak menyenangkan hati aku

****

semenjak dua menjak ni memang sahabat-sahabat sekeliling aku megadu pasal jodoh, crush la apa la

cakap pasal jodoh
aku ada dua orang sahabat aku yang merancang nak berkahwin bulan7/8 tahun ni
tup tup hujung minggu ni nak nikah
tup tup
bulan depan nak nikah

Allahu, mudahnya jodoh mereka sampai
kihkihkih

hujung minggu ni Kak Hananie Chow akan bernikah dengan jejaka pilihannya
kak nanie ni antara kakak senior yang banyak beri inspirasi kepada aku

"nak jadi berani macam kak nanie"
"nak jadi peramah dan periang macam kak nanie"

inilah perkataan yang selalu terdetik dalam hati aku tatkala jumpa Kak Nanie

dan seorang lagi sahabat aku 
aku kenal sejak dari sekolah rendah sehinggalah sekarang
masih lagi akrab
Wani antara sahabat yang seiring dengan aku 
dari zaman jahiliah sampailah zaman peralihan hidup aku

tak sangka dia berubah jauh lebih matang berbanding dulu
aku pulak yang berdebar bila dia nak kahwin

yelah
bagi aku, perkahwinan ni
perempuan yang paling hebat dalam memperjudikan kehidupan dia
semua bergantung kepada si suami
baik suami, maka baiklah rumah tangga, dah masjid itu dibina dengan kukuh

dan bagi aku ini adalah keputusan yang paling besar dalam hidup seseorang wanita
salah pilih, no u-turn babe

aku mendoakan kesejahteraan dan kebahgiaan yang berkekalan sampai akhir hayat buat kedua-dua sahabat aku yang tercinta
semoga hubungan dan ikatan yang dibina terus berkekalan dan diredhai lagi diberkati tuhan

semoga kelak aku mengikut jejak langkah
TIBA-TIBA

kah-kah-kah

syazwani ayeob 

Hananie Chow

1 comment:

Iman Ismail said...

shima cakap pasal kahwin? Wow!

shima suka berpolitik, tak suka berpoligami

sebelum bukaknya sem 5, aku ditawarkan dengan macam-macam jawatan dan aktiviti untuk diuruskan pada mulanya aku agak ghairah dgn ta...