ANSARA

seminggu sebelum bermulanya hari Karnival Syoknya ANSARA selama 2 hari di UM
aku dh buat persiapan yang secukupnya

kini tibalah masanya aku ganti Niko kesayangan
(kasut sukan favourite aku berwarna pink yang sgt striking tapi kini kian pudar dimamah usia dan mula mereput serta berlubang sana sini. ) kepada Pumo (berwarna merah garang dan segar) tapi yela
Pumo tak kan sama dengan Niko. Niko lagi sedap dipakai
(yela, harga pun lagi sedap, nasib ada diskaun)

gigih juga aku cari contact lens yang sesuai dgn kondisi mata aku yg sgt kering
aku juga turut beli 'eyeMo' khas bagi pengguna kanta lekap untuk melembapkan mata
demi keselesaan ketika beraksi di tengah gelanggang bola jaring

tpi bila tamat je permainan mata terus rasa sakit dan gatal. cepat-cepat aku tanggal
takut jadi parah. teruk jugak effect. mata aku jadi kepanasan, kemerah-merahan disekitar anak mata dan rasa berdenyut (ini menandakan mata aku memang tak sesuai memakai kanta lekap). sebelum memakai kanta lekap aku ada dapatkan nasihat doktor. memang ya. kata doktor aku tak sesuai pakai kanta lekap yg murah. ada yg khas untuk mata kering seperti aku. tapi harga dia masyaAllah
RM200++ sepasang. sekali je aku mampu beli untuk merasa. lepas tu beli dan pakai jika keperluan sahaja
maka cukuplah setakat ni aku memakainya. mungkin lepasni aku kena cari
'sport spectacles' pulak ceh 

24/2/2017 (sabtu)
8.30 am
kolej kediaman kelima,UM
inilah kali pertama aku bersua muka dengan junior-junior aku di MRSM PH 
tak sangka ada lagi yang masih ingat 'kak Shima'
terserempak jugak dengan senior
alhamdulilah jugak ada hakak-hakak yg masih kenal aku, geng netball jugak masa di MRSM dulu

kali ni aku masuk kategori junior(umur 21 ke bawah) dalam team ni aku paling senior, maka reputasi kena jaga
kihkih
malu la brader kalau kau main caca marba

dekat setahun jugak aku tak practice main netball ni
busy dengan program-program persatuan (alasan)

game pertama lawan dengan team MRSM Kota Bharu
perghhh kalah terok bhaii
kiteorang memang tak expect too much pun. memang main suka-suka
rupanya budak-budak KB ni kebanyakan player kebangsaan
memang padanlah dapat pulak lawan dengan ayam-ayam mcm kiteorang ni 
ceh
memang sedap la bantaii
9-2
aku satu gol, si syafinaz satu gol
(aku : Gol Attack, Syafinaz : Gol Shooter)

oklah kan daripada kosong. 
petang lawan dengan Merbok

9-1
gol sulung aku, hidup aku berprinsip
"asal jangan kosong"
 gol sulung dengan jarak jauh ni memang aku dapat sorakan yang gemuruh daripada penonton-penonton yg tah dari mana di sekeliling padang varsiti tu
masa aku shoot tu ada yg 
"perghhhh!"
malu siot, tapi aku senyum je
"thanks sebab support"

kalau dah nama main suka-suka kalah menang bukan lagi matlamat
memang tak stress pun. adik-adik ni pun enjoy je lompat-lompat tengah gelanggang tu
ada ketika dieorang nampak exhausted aku sebagai kakak 
"takpe-takpe main je. enjoy!" *tepuk bahu

they were like
"sorry kak shima, saya baling kuat tadi"
"akaaaaak, laju nya akak main"
"pandainya akak shoot"

haih. rindu pulak zaman kegemilangan netball aku dulu
aku main netball ni tak pernah sampai ke peringkat tinggi
kalau ada peluang tu ada je halangan 
kat MRSM dlu aku memang pulun nak masuk wakil maktab. dah select tiba-tiba perlawanan dibatalkan
(agaknya mugkin sekarang aku dah ada title player kebangsaan. ceh)

compare to adik aku
dia ni memang bernasib baik
adik aku memang main netball sampai peringkat open international
TUDIAAAA 
memang melangit title dia

ingat lagi masa kecik-kecik dlu
aku yg start main netball, then aku ajar adik aku
main kat taman-taman, lawan dengan makcik-makcik setaman
time tu kalau nak compare kehebatan kelincahan ketangkasan antara aku dan adik aku
for sure la aku (bukan nak bangga)

tapi adik aku ni memang nampak la istiqomah dan gigih dia tu
dia pandai cari peluang, masuk selection wakil sekolah dari situ dia dapat pendidikan formal berkaitan bola jaring
dia di 'trained' sampai lah ke peringkat yg lebih tinggi
aku pulak lebih selesa bermain dengan konsisten tanpa ada pengawasan siapa-siapa dlm kata lain tiada coach. ikut pengalaman.

perasaan cemburu tu memang ada, tapi masih boleh dikawal
aku tak malu untuk minta nasihat dan tunjuk ajar dari adik aku untuk tambah dan mantap kan lagi teknik&taktik dalam permainan bola jaring, dia juga tidak lokek untuk berkongsi
pernah haritu aku masuk wakil sekolah menengah, aku memang nervous. malam tu aku minta adik aku ajar strategi 'Attack' dia pun semangat ajar aku

kat rumah berderet trofi dan pingat netball adik 
dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sekolah kluster di Gunung Rapat
sekolah yang terkenal dengan atlet-atlet yg masyhur
sampai satu tahap adik aku alami kecederaan yg parah 
ligament putus > operation > masuk something mcm besi > doktor nasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti yg lasak
start situ adik aku dipindahkan ke sekolah biasa dan tamat lah sudah 'zaman atlet' nya

ya semua ada hikmah
mula-mula tu nampak la adik aku alami depression. lepas setahun dua kemudian dia dah move on
masa mula-mula dia masuk sekolah biasa, ramai cikgu-cikgu kelab sukan tawarkan dia untuk sertai bersama
perghhhh mcm pisang goreng panas. laku! untungleee

tapi semua nya dah terbatas sekarang

kini dia melanjutkan pelajaran di KPTM dalam bidang Human Resource

adik : macam mana game kau mggu lepas ?
aku : kalah terok bhaaiiii lawan dengan KB 9-2, merbok 9-1
adik : ok lah tu daripada kosong
aku : agaklah. hmmm dik, kau memang tak boleh main langsung ke? kau tak rindu nak main ?
adik : gila tak rindu ? 
aku : alaaa kau loncat sikit-sikit dah la. ni tak, lepas operation kau tak pernah jogging
adik : jogging aku pernah la. tu pun malam lutut aku bengkak. aku rasa urat aku kena tarik bila hentak kaki

ok lah nak cerita pnjg pasal adik aku ni boleh menangis jugak aku kang
kesian sgt
apapun aku bersyukur selama aku main tak pernah lagi tercedera
setakat mata lebam kena siku org, kaki terpelecet ketika lompat tu benda biasa

so nak dijadikan cerita
team aku ni kalau dapat berlatih seminggu semalaman dah boleh menang ni

rindu Ulala, rindu gegirlz 407-507
iloveyou

PH vs Merbok

me with lovely juniors
#Highlanderz




me : GA
team 507 lawan junior bersama coach tercinta, Cikgu Sal
moment paling aku ingat, time selection wakil maktab cikgu Sal suruh kiteorang tarining dalam hujan-hujan. memang padu!


adios!

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...