Al-Fattah wal Amin

kesian Fattah Amin kena kecam sebab buku 'intelektual' yang hangat diperkatakan
bukan nak back up. mula-mula tengok buku tu pun aku geleng kepala
"apa ke jadah siaaaa"
walaupun Fattah Amin pernah cakap
"kena faham maksud tersirat"
dan aku sampai kesudah tak faham maksud tersirat yang cuba disampaikan
mungkin saje pattern pemikiran budak engineer ni agak straight forward
maka aku memang tak boleh go dengan bahasa kiasan-kiasan ni
ada benar kata-kata mak jemah merangkap kawan baik aku ni
mak jemah : Fattah Amin tu nak ikut style Korea
aku : style yang mana ?
mak jemah : buku poster. peminat KPOP sanggup je berhabisan beli buku poster yang ada semata-mata gambar artis. at least si Fattah Amin ni ada jugak la bait-bait ayat. peminat Fattah tak kata apa. memang adapun yang sanggup beli bila dh minat. yang mengecam tu orang yang tak minat Fattah
aku : hmmm. kalau macam tu tak adil la Fattah je kena kecam. kita patut kritik dan kecam sekali peminat KPOP. dan tak dinafikan juga. Fattah antara pencetus 'revolusi' buku sakai. dan benda ni taboo untuk masyarakat Malaysia tapi tidak untuk Kpopers.
kesimpulannya, bacalah buku apa sekalipun asalkan ia mendatangkan manfaat pada kita. kalau kau rasa baca buku Fattah tu terinspirasi dan motivated maka baca dan hadamlah maksud yg tersirat yg diperkatakan oleh Tuannya.
yang penting bacalah buku yang boleh mendekatkan kita dengan Tuhan dan bertambah kefahaman dan penghayatan kita terhadap agama. kerana agama itu pendoman hidup.

watlek watpis!

Comments

Popular posts from this blog

Hai Awek!

naluri abah

ANSARA

aku rasa

PASUM life