siapa untuk aku berharap?

siapa untuk aku berharap memberi kejayaan kepada aku?
siapa untuk aku berharap adanya rezeki untuk hari esok
siapa untuk aku berharap beri aku kejayaan pada masa akan datang?
siapa untuk aku berharap untuk hadirkan peneman hidup yang boleh membimbing aku ke jalan kebenaran?
siapa untuk aku berharap untuk luluskan aku dalam subjek CPP, subjek yg paling susah dalam chemical engineering?
ALLAH
ALLAH
ALLAH
ya Allah, tuhan aku yang menciptakan aku
study lah lama mana pun, focus la kau sampai tertembus kertas tu
boleh ke kau dan aku jamin kejayaan tu milik aku?
TIDAK
sebab aku percaya KEJAYAAN DATANG DARIPADA ALLAH
Allah dan tunjuk cara
Usaha
Doa
Tawakal
but still kejayaan tu aku belum pasti untuk aku kecapi
tpi aku percaya
Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik buat diri aku
maka aku tak perlu risau, asalkan 
tiga resepi tu sudah aku laksanakan maka aku berlapang dada apa jua keputusan peperiksaan yang aku dapat
maka
aku tak berdolak dalih untuk tidak pergi usrah, untuk ke kuliah agama
untuk mengisi saki baki masa lapang aku mencari ilmu akhirat
tak ku nafikan berada ni aliran sains ini agak mencabar dari segi teori dan formula
beruntung mereka yang berada dalam aliran agama, semakin hari semakin tambah kefahaman mereka terhadap agama, aku takkan jadikan alasan "ahh aku budak engine"
pun boleh mahir dalam bidang agama, cuma aku perlu cari jalan untuk mendapatkan ilmu itu,

acapkali kakak usrah ku berpesan
"jgn lupa baca quran"
"jom hadiri kuliah"
sungguh pertama kali agak berat
dalam kepala otak ku asyik pikir study study study
aku nak exam, aku nak study dan study

aku buang perasaan tu sekejap, ikut sahaja kehendak kakak usrah ku
bila dah lama-lama 
baru aku rasa kemanisan tu
rasa dia mcam ermm
bila org ajak kau hadiri kuliah agama
kau berat nak tolak
kau akan usaha settle kan kerja study kau semua agar kau dapat hadir ceramah tersebut
walaupun
"ala ceramah ustaz biasa je pun"
yang penting barakah itu!!!
ya berkat

ingin sekali aku berkongsi rasa ini
wahai teman wahai hati,
 jangan pernah rasa rugi
untuk  hadir kuliah agama
jangan pernah  rasa rugi untuk hadir berusrah
jangan pernah rasa rugi untuk membaca al-quran dari maghrib ke isya
"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah
yeng demikan itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" 9:41
apakah kau tidak percaya?
apakah kau tidak nampak ganjarannya ?
apakah kau tidak percaya akan janji Allah?
buka Al-quran tadabbur setiap bait-bait kata Penciptamu
ambillah satu ayat al-quran yang boleh jadi penguat buat dirimu duhai sahabat
semoga 
apabila kau goyah dan berasa sangsi dan ragu-ragu, pasakkan ayat tu dalam hatimu
kelak kau bertambah yakin dan sabar dan tabah untuk terus bermujahadah
dunia ini hanya sementara, manfaatkan masa belajar kita zaman di universiti untuk mencari ilmu sebanyak mungkin, baik dunia dan AKHIRAT
yaa ibu dan ayah kau hantar ke universiti untuk menjadi seorang doktor dan jurutera
tapi hanya sampai disitu sahajakah?
PERJALANAN KITA MASIH JAUH
MASIH BANYAK HAK KITA KEPADA AGAMA DAN HAK KITA KEPADA TUHAN YANG BELUM KITA LUNASKAN
jadilah doktor yang tebal imannya, jadilah jurutera yang tinggi ilmu agamanya
agar bermanfaat buat ummat yang tercinta

#InspiredLagendaBudakUsrah

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...