i promise

teringat dulu, masa kecil, linkungan umur dalam belasan tahun *acah dah umur 20 meskipun taklama lagi yieehaaa!
tiap kali demam, ibu melayan aku persis seorang puteri raja
mana taknya, sambil terbaring kaku di atas katil, ibu asyik tnya
"akak nak makan ? biar mak masak?"
aku hanya mampu menggeleng sebab yela demam panaS, Allah tarik nikmat selera makan kejap
"akak nak minum air apa?"
time demam aku suka minum air manis, contohnya mcm sirap ais,sirap limau, milo ais
order air dah mcm mkn kat warung
then, my mom pun buat la air manis manis, tgk aku makan tak apa tak hanya mampu minum
ibu try hard nak tgk anak die sembuh balik
lpas minum, ibu akan usap dahi aku, lap badan aku dgn kain basah, sambil tu baca doa al-Fatihah
terkumat-kamit mulut die baca doa, jampi serapah supaya anak kesayangannya cepat sembuh
time ni ibu masih kuat bekerja lagi, badannya sihat
KINI
bila dirinya dimamah usia
ibu asyik sakit, sakit kaki ibu dari dulu memang tak terubat, kau bagilah
ubat paling mahal sekalipun kesengsaraan menahan kesakitan kaki tu
hanya die je yang tahu bertapa perit
perit juga mata yang melihat ibu menahan kesakitan tatkala penyakitnya menyerang
sampai menitis airmata ibu
TAPI
sayang, bila tiba ibu sakit, aku tiada disisi dia
aku merantau jauh, mencari sesuap ilmu,
bukan apa
niat agar dengan ilmu ni suatu hari dapat ubah hidup kami
ada rumah sendiri, takpayah bergantung pada orang lain, nak bayar hutang piutang
lumrah hidup seorang perantau untuk tinggalkan orang-orang yag tersayang dan harta *walaupun tiada harta 
kisah perjuangan para nabi dan ulama menjadi tauladan buat diriku, salah seorang ulama yang aku kagumi ialah Buya HAMKA ulama terkenal dengan suka merantau mencari ilmu dan manusia paling agung, Rasulullah yang sentiasa merantau menyebarkan Islam,
semoga aku mengikiut jejak Rasulullah dan para ulama
tiap kali aku balik cuti, aku takkan lepaskan peluang untuk urut kaki ibu
ibu rasa seronok, die kata setiap kali aku urut kesakitan die hilang
alhamdulilah
sesungguhnya Allah itu Maha Penyembuh
ibu siap puji aku,
"pandai akak urut"
siap suruh aku buat mesin urut khas untuk die
al-aklum anaknya yg gigih belajar dalam bidang kejurteraan
kalau diberi ilham, nak je aku robotik kan tangan aku ni so that
bila ketiadaan aku, bolehlah 'artificial hand' ni urutkan kaki ibu
hehehhehe
ye sayang sekali, aku tiada disebalah die di saat die sakit
jujur, aku tak mampu nak layan ibu sepertimana ibu melayan aku waktu kecil
aku hanya mampu berdoa dari sini (tempat aku belajar)
semoga Allah merahmati ibu ku, semoga ibu berada dibawah perlindungan Allah
setiap kali aku makan bermewah-mewahan di kuala lumpur, aku teringat
"ibu abah makan apa kat kampung?"
setiap kali aku gelak riang ria bersama rakan, aku teringat
"ibu abah ok buat apa kt kampung? dieorang ok ke?"
ahhhhh subahanallah,Allah saja tempat aku bergantung

pernah juga terlintas di hati aku
"ya Allah kalau kesakitan yg ibu tanggung ini adalah satu penghapusan dosa maka aku redho, Kau ampunkalah dia, berilah ibu ku kesabaran dan ketabahan menanggung rasa sakit itu"
hati aku lega, dan aku tak sedih
 tiap kali ibu mengeluh kesakitan aku pandang Allah sedang hapuskan dosa ibuku
hati aku jadi lapang
sebab aku nak pengakhiran ibuku adalah syurga :)
(tajuk diatas adalah lagu kegemaran aku setiap kali aku rasa rindu untuk dekat bersama dengan ibuku, lagu dendangan Harris J, i promise)
#kasihIbuSampaiKeSyurga
#SyurgaDibawahTelapakakiIbu
#HidupSeorangPerantau

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...