Baitul Mujahid

cehhhhhhhh tiba tiba berdegup kencang jantung gua menulis TAJUK yg GAH
kah-kah
congratulation to sahabat ana, Nur Azmina binti Azlin 
juga dikenali sebagai kak mina :) 
kalau nak ikut kan dua dua sahabat aku berumur 20tahun, kehkehkeh
sorang lagi si Iman Ismail, 
ada la tu hikmahnya
mungkin juga untuk men-develop pemikiran yg matang barangkali
ecewaaaaaaah
tapi tak jugak, kalau jumpa kawan se-gila dgn aku memang hilang tah kemana
'ayu' aku
ok merepek
so tanggal 24/9/2015 selamat diijab kabulkan syariat tetap membataskan~~~
lagu yg popular time asasi! hahahahah gatal bethol budak asasi ni

ok sebelum tu aku nak share sikit la perjalanan aku nak pergi rumah kak mina ni
aku dari sungkai drive ditemani dgn sahabat aku,syakirah, 


kira nak ikut kan 2 jam perjalanan
gerak pkul 3ptg, dlm 5:30ptg mcm tu patutnya dh smpai, dgn niat sampai awal nak tolong persiapan tpi tah mcm mne aku terlepas simpang highway susur keluar ke kuala kangsar, maka aku pun terus ke susur keluar changkat jering, cehhh konon nak u-turn kt tol, last-last salah ambil simpang ke arah utara, masyaAllah, memang frust menonggeng aku

highway ni yg payah
once kau dh amik simpang kanan maka, tak boleh toleh belakang dah
so aku pun terus lah ke susur keluar ke taiping, ni memang dh penghujung perak, aku memng dh cuak, pikir duit minyak, dgn aku dah rasa penat namateyyyy
hahhahaha
abah call
"akak kat mana dah?"
aku cerita la perkara sebenar
abah cool je
"haaaa takpe, nnti u-turn je kat tol, masuk highway balik, ambil susur keluar ke kuala kangsar"

syakirah agak kaget dgr reaksi ayah aku yg sgt cool dan steady, sbb katanya
kalau die dh lama kena bebel, hehehehe

so then, dh sampai kuala kangsar, nak mencari rumah pengantin aku xpakai waze
pengantinnya 'waze' kiteorang, memang telan kredit banyak
"haaaa ok nmpk tak simpang kanan"
"haaa belok skrg"
aku : "ok kk mina dh msuk kanan, then"
"ok straight smpai nmpak rounderboard"
memang on-call je sentiasa, kesian pengantin layan kerenah tetamu yg byk ragam

bila dah siap parking cantik
tiba tiba ada yg tegur
"ni ke pengantin nya"
kahkahkahkahkah GELI PERUT aku

Alhamdulilah Allah lindung kami sepanjang perjalanan
memang tak putus-putus doa di bibir baca doa al-ikhlas
sebab kita manusia lemah mudah terdedah dgn bahaya, maka
Allah saje tempat pergantungan kita :)
Allah Maha Besar, die yg kawal segalanya
tu yg buat aku yakin dan terus berdoa

kesian jugak tgk mak, mak risau sgt nak lepaskan aku drive jauh jauh
demi sahabat tercinta! ewahhhh
abah cool je 
balik tu terus aku ckp
"abah, akak dh besar *winkwink, abah boleh percayakan akak kan?"
abah menggangguk tanda setuju hek eleh
apa do aku hahahahah
apa pun Alhamdulilah


so here some photos i wanna share to yuolsssszz
keluarga kak mina











Alhamdulilah again, mjlis berjalan dgn lancar, that moment bila  pengantin lelaki melafazkan
"aku terima nikahnya ..."
SAH!
papppp!!!
sekejap je kk mina dh jadi bini org
walaweh, aku dpt rasakan debaran dan tanggungjawab yg makin bertambah
fuuhh *lap peluh di dahi

malam akad nikah tu ramai sgt tetamu yg hadir
memang satu kampung dtg
tabik aaahh!

meriah sgt, gembira bila tgk sahabat gembira

semoga perkahwinan kk mina dan pasangan diredhai dan berkekalan hingga ke jannah
dan semoga kak mina melahirkan ramai pejuang pejuang Islam

TAKBIR!

1 comment:

Kak Mina said...

Hi Shima. Kak mina baru baca ni... speechless. thank you berpenat lelah datang majlis saya, hahaha setelah 4 tahun baru thank you nya pun... rinduu shima dan semua, masing2 busy dah skrg. Alhamdulillah atas nikmat psahabatan yg mgkin skjap tapi sgt indah.

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...