hari istimewa

ni memang style 'budak sekolah' punya reunion, plan bagai nak rak penyudahnya selalu tak jadi
benda ni berlaku baik batch sekolah rendah, high school ke universiti

so pendapat aku baiklah kalau nak buat reunion tunggu semua stabil, semua dah tua bangka,
pencen tak tau buat apa, beranak pinak
mak dato datin pangkatnya, bercucu cicit,
aku rasa at that moment memang best reunion, kau berceloteh mengekek dgn group wondegirls korg time high school
menunjuk kau ada berekar-ekar tanah, propa anak kau kelulusan luar negara dan mcm mcm lgi benda yg korg boleh sembang

bukan apa, aku terhibur dan kagum tgk mak n ayah aku berunion, bayangkan zaman dieorng xde fesbuk twitter instagram, 
and now dah berfesbuk dieorng kumpul org ramai-ramai, then terkejut tgk muka msg2, aku gelak guling-guling
mesti lucu bapak, wahaaaaa 

yela kau bygkan crush kau stu kelas, kehmain hensem, then kau lost contact, xtau apa jadi berpuluh tahun kemudian
jumpa tgk crush kau dh berkedut, ya ampun, dgn perut buncit, cucu cicit berderet, comel peeehh

untuk zaman budak hipstur skrg memang takkan jadi mcm tu, umur darjah empat dh pakai iphone, berinstagram
berwasep, so mcm tak feel la, kita still boleh stalk kwn-kwn lama kita time sekolah rendah, see xgempak kan

*******

kehmain mukaddimah aku panjang jela

so nak dijadikan story, beberapa mggu lepas FP week, DECAY kesayangan ni nak buat reunion, 
bonding kiteorng punyalah kamcing dak-dak FP ni, asyik nak buat trip kesana kesini kita sapa siswa UM!
Mak aku bising, tak habis-habis nak berjalan "xsampai sebulan berpisah dh nak bereunion, gatal betul kome ni" hahahhahaha
berkata mak shima, ok sambung
pumpang dlm wasep kehmain
aktiviti dan tentatif pun siap, last minute semua tak jadi dtg, iman kwn baik aku ni jela yg sorg sanggup dtg
memandangkan die memng dh lama mengidam nk dtg kg aku, 
tpi aku mmg ragu-ragu, dlm byk-byk tmpt reunion kg aku jugak jadi destinasi, kg aku ni sgtlah kedesaan
riso budak bandor nak dtg, takut dieorg xselesa, ecewaaahhh tpi aku yakin dieorng ni cool kidzz *winkwink


(aku pemalu orgnya) 

aku pun bersungguh la nak bgi meriahkan keadaan nak ajak kwn aku kt mrsm, pun xjadi, then aku ajak kwn kwn 
aku kt PASUM yg mana aku rasa dieorng senang nak dtg ke sungkai,

tambah tolak bahagi darab integrate differentiate 4org je yg dtg, iman sofiyah adi dan adham



first day iman dtg, rehat-rehat kt chalet jap, esok esoknya aku bwak iman ke kebun kutip durian,
iman mcm terhibur pergi dusun, takpe aku paham, feel aku masa mula-mula dok kg, huhuuuuu
then panjat pokok pulasan smpai rabak dahan pokok tu, wahaaaaaa aku taktau boleh berbuah ke tidak pokok tu lepas ni
sebelum ni xpernah lagi smpai patah dahan pokok, tpi salah pokok tu jugak, dah kenapa halus sgt pokoknya

then kait rambutan  kehmain semangat, sbb ptg tu sofiyah nak dtg, oh mlm sebelumnya aku ber-bbq dgn iman berdua,
perasaan die macamm ..... macam..... ermmm ... macam kau makan peha ayam kentucky fried chicken di cicah dgn sos cili 
thai bwg putih... *mohon memahami

mlm seterusnya dtg pulak si adi dan adham, mamat dua org ni mmg kwn baik aku kt asasi tpi tak seakrab aku dgn pedot, 
oh yaaa pedot ni aku selalu buli die suruh die belikan itu ini, dan dia turutkan aja kehendak aku, wahahahahhaa
yg yaaa pedot ni baik hati suka tlg org *main point lepastu aku siap konfes 'mlm perpisahan' 
"aku suka kwn dgn PEDOT, pedot sporting" then Pedot buat muka kerang busuk konon blushing.. then ajak aku ber-skype.. hahahaha salah org la bro!
*rujuk highlight biru


ok sambung



memandangkan ada sebuah chalet indah permai depan beranda rmh opah aku, so aku tempatkan 2org jejaka hiMALAYA ni kt chalet tu
haa sebelum tu, al-kisah mlm sebelum tu aku ckp kt adham n adi
"haa korg tido kt pondok"
then kau tau apa yg ada kat kepala hotak dieorng ?
dieorng bayangkan pondok rabak yg tak berdinding usang mcm pondok kt kebun opah aku
WAHAAAAAAAAAA, gelak besar aku, kebetulan aku tangkap gambar dusun opah aku ada pondok, then dieorng ingat tido kt pondok 
tu, hadoyaiii bertuah betul, dieorng pun cdg nak bwk selimut bagai, choii sekali dtg tgk
mahu tak terbeliak, mcm syorga ewaaaahh



so start la mlm tu ber-bbq, nasib ada bibik opah aku yg perkasa ni, berjaya hidupkan bara lulzzzzz so melantak
la ayam sosej garlic bread dan sayur mayonis sambil sembang sembang tak sedar dah dekat tgh mlm opah aku pun
suruh bersurai.. huhuuuuuu




esok nya semua pakat nak pergi beraya ke rumah khairikhwan kt tambun,ipoh 
nasib ada si adham ni blh tunjuk jln, sementara nak tunggu arina kiteorng beraya ke rumah adham dulu

sedap cucur udang homemade yg dibuat oleh mak adham
aku gagahkan juga menelan cucur udang yg mengiurkan walaupun tekak aku meronta ronta JANGAN!
bila tekak berdegil, maka tekak aku start buat hal, rasa kegatalan tahap dewa
rasa mcm nak jolok guna berus gigi garu kt esophagus, bibir aku dah mula membengkak seperti roti doh yg mula mengembang dlm oven
nasib tak sebesar halkum bapak aku, fuhhh maka tak ketara

ok sambung

aku ingat rumah adham dgn rumah khai dekat mcm dri tmn samudera nak ke aeon manjung, rupanya jauh berbatu 
cisss aku tertipu
aku dgn skill yg ada pandu cermat jiwa selamat, tpi jiwa rakanku sofiyah dn iman tak tenteram tgk cara aku bwk kereta
dgn lampu kuning yg 'ready untuk pecut' yg sepatutnya 'bersedia untuk berhenti' kesah apa aku, kahkahkah
dgn gelagat org sekeliling bawak kereta yg tak bertauliah juga turut menggugat keselamatan kami,
semoga kami sentiasa dibawah perlindungan Allah

beraya kt rumah khai memang lawakk tahap itik gembo gembo, parents die takde so die bertanggungjawab melayan tetamu
ada ke patut die hidang ais batu besar gedebak,aku pun dgn skill yg ada guna kuasa yg ada tiba-tiba tgn aku 
berpancaran merah mengeluarkan haba *pengaruh sci-fi

tak aku tipu je, aku bukanlah bahan uji kaji saintis terkemuka di bumi malaysia ini ewaahhh
aku try cari lesum batu untuk hancurkan ais batu tersebut, habis aku geledah setiap pelosok almari kabiet dapur mak khai
sofiyah yg baik hati cuba tlg aku cri smpai periuk belanga bergelimpangan, maka kami pun berhuhu
khai pulak cuba buat troll apetah sampai nak bukak botol minuman karbonat guna pisau, kejadaaahhnya
adham was like "kau buat apa ni ngat? bukak botol pun xreti ke?" lalu adham dgn tgn berselirat urat ditgn mcm hulk
pulas penutup botol dgn mudah

khai juga dikenali sebagai ngat pula berhuhuuu, kiteorng gelak besar melihat  gelagat anak bongsu ni layan tetamu,
penyudahnya kiteorng yg melayan nya, like i said, ngat ni mcm adik bongsu dlm DECAY *winkwink

so borak borak, kehmain sodap sphagettaayyyyyy mak ngat masak, aku siap tambah 2kali smpai kenyang makan,
aku dh tak pikir, lantak la xtau malu ke apa, kesahhhh kehkehkeh yg pntg aku dpt melempiaskan nafsu mkn aku setelah berjam-jam
lamanya memandu..







balik aku guna WAZE, adham dah sedia mengajar aku mcm mane nak guna binatang tu, 
tgk jam pkul 2, tiket train sofi arina n iman pkul 3:45, ahh sudah sempat ke aku nak pecut ni
aku pndu dgn high speed, kalah bullet train, tiba-tiba aku dah tak jadi 'pemandu berhemah' 
break the rules kdg-kdg itu perlu *falsafah profshima

dkt gopeng aku amik mak aku kt rmh makcik sedara aku, kalau singgah rumah mkcik aku memang amik masa
makcik aku ni sgt lah pemurah nak bungkus itu ini, hidang itu ini, maka bermula la
'GOPENG-SUNGKAI DRIFT' aku
siap kena hon, kalau sebelum ni aku ikut had laju kat lebuh raya 110km/hr
kali ni aku pandu 140km/hr hamekk kauu, memang aku tawakal sebulat-bulatnya pada Allah
pendek kan cerita, aku dan train serentak tiba, memang tiga gadis genit ini bekejaran seperti nyaynyian kuch kuch hotakaihhh
sebelum pintu train tutup, kelihatan makcik-makcik cleaner cuba bantu kami dgn menjerit
"banggg tungguuuuuuuuuuuu ada budak ni haaa nak masuk" nasib la pegawai-pegawai ktm kt situ baik
hati, maka mereka pun selamat sampai ke destinasi, wahaaaaaaaaaa

HARI YG SGT COMEL :) 

4 comments:

Unknown said...

hai shima , ni ngat hehehe.
terima kasih dtg beraya rumah aku and sorry kalau aku tuan rumah plg sakai di muka bumi ni ye. aku happy gila korang dtg rumah aku smpai aku x cakap byak pun. rasa awkward plak bila melayan korg tanpa bantuan mak ayah aku huhu. lg skali sorry eh klau ada terkurang apa2. glad you liked my mom's spaghetti :)
and cantik weh blog kau, teringat zaman aku form 2 dulu berblogging utk kelas aku hehe. hope you have a great life journey ahead !
Assalamualaikum :)

CUCKOO Malaysia said...

Hi ngat hahahahahaha aku pun nk ckp trima kasih jugak sbb tumpang tdur and nasi lemak time 'sarapan tgahari' tu memang sedap

zahilszahid said...

HAha..first time dowh kejar train mcm kejar train menuju syurga yg dtg sekali seumur hidup..sngguh plg risau klu trgolek masa melgkh seribu dgn menyandang beg galas dan menjinjit beg tarik y agk berat tu.btw prof, thanks for all the facilities, kebun, FOOD!! especially, dan nk mnx maaf psl dahan patah tu..huhu..

Shima Kamaruzaman said...

hai ngat, takpe ngat, aku minta maaf jugak kalau kau terguris hati dgn post aku, takde niat kay, kau memang lucu, penglipur lara kami :)

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...