street dakwah


ceritanya dari dulu lagi aku teringin nak buat street dakwah ni
memandangkan time asasi dulu, kengkawan aku ramai yg buat aktiviti ni
dan feedback dieorng pun semua membuatkan aku 'be jelly' 
jeloussssssssssssss do
tapi niat sebenar bukanlah semata-mata ikut rakan :)
dan kemana aku time tu?
aku busy menyumbang bakti kepada KUAZ cehh acah aku tak ingat kenapa tapi time tu memang aku tak available
memang rugi sgt

street dakwah mereka more to 'amar makruf nahi mungkar'
dan
alhamdulilah dgn izin Allah
aku diberi peluang untuk 'feed the homeless'
cadang nya kiteorang nak beli makanan, memandangkan bubur nasi ada lebih waktu sarapan tadi
so kiteorng manfaat kan bubur nasi yg berlebihan, byk ko tau
gambar hiasan

pastu from Masjid Aminah kiteorng tawaf satu taman 
nak cari Lrt berdekatan, padahal masjid dgn stesen lrt tu sgt lah dekat
kalau ikut jalan kebenaran tak sampai lima minit *trust me

anggap saja preparation untuk buat umrah tak lama lagi, huhuuuu doakan 

then sampai Lrt Taman Bahagia straight to Masjid Jamek

memandangkan hari petang, so kiteorng tak dapat detect mana satu homeless
mana satu yg tgh tunggu bas, mana satu yang tengah berehat ambil angin kehkeheh

maka pepatah 'malu bertanya sesat jalan' pun muncul

kiteorng tanya la kat abang yg jual beg-beg gucci *jelingan
abang tu kata, kat area sekian sekian byk gelandangan

maka kami pun dengan penuh semangat dan iltizam, mencari homeless
still jugak xdapat detect

takkan la main redah "pakcik ni homeless ke?"
mau tak kena starlight kat dahi jendul aku nanti kahkah

so kat sini kena pandai berkomunikasi

thank God,Allah s.w.t hadirkan  kak piqa saidin yg petah berkata-kata ni pandai nak approach org
mulakan perbualan

kami target plg minimum 2 org, Alhamdulilah Allah pertemukan kami dgn 5 org yg bertuah mendapat bubur nasi
kami yg Terlajak Laris



bro pertama ni from rohingnya, tiada pewaris mahupun ahli keluarga kat Malaysia ni
kerja sebagai kontraktor, now dah takde job, tinggal di sekitar bangku-bangku area kl,tidak fasih berbahasa melayu
masa kami tawarkan makanan percuma, bro ni asyik tanya berapa harga bubur Terlajak Laris kami
maka kami pun berhuhuu, tidak, kami pun membalas "no u dont have to pay this, it free" *senyum menawan

bro tu pu mengucapkan terima kasih banyak kali, sampai kiteorng dah nak pergi pun still
angkat tgn mengucapkan terima kasih



uncle ni pulak taknak bubur kami, beliau rancak bercerita kisah silam hidupnya
*hanya mampu mengangguk



ni pakcik Yusoff, aku kagum dgn pakcik ni, kata-kata dia penuh isi seperti Dr.Mahathir
masa mula-mula approach tu, pakcik ni terus tunjuk gambar beliau bersama-sama Dr.Mahathir *kagum
bila kami tnya " pakcik malam-malam buat apa?" 
jawapan pakcik tu "pakcik malam-malam berkongsi memori bersama Dr.Mahathir"
aku cuba memahami punchline pakcik yg tinggi menggunung, adakah ini satu gurauan, atau pun kami yg lambat pickup
takpa kami memahami,

di akhir perbualan kami,  sedikit nasihat dari pakcik Yusoff

"kalau rasa terbeban dgn ujian, bangun tengah malam, buat solat tahajud, sujud lama-lama
sebab ketika sujudlah kita paling hampir dengan Yang Maha Esa,tasbih 10kali"

"semua soalan pasti ada jawapannya"

"belajar dan mengajar tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu"

itulah antara kata-kata pakcik Yusoff yg menusuk jantung lubuk hati kami :) *terharu



ni pakcik Azmi, mula-mula, kami nak balik terus memandangkan dah lewat petang,
nampak pakcik Azmi jual tisu dan minyak wangi, kami pandang dgn penuh kasih tak approach pun
tapi dgn izin Allah, Allah gerakkan hati kami untuk patah balik dan berjumpa dgn pakcik Azmi

kiteorng pun belila tisu dan minyak wangi pakcik Azmi yg sgt wangi! kalah One Drop perfume!
niat kami bukanlah semata-mata kerana tisu dan perfume tapi sedikitsebanyak dapat membantu pakcik Azmi

macam biasa kami meminta nasihat daripada pakcik Azmi setelah rancak berbual dan berkenalan

nasihat pakcik Azmi adalah supaya kami belajar bersungguh-sungguh, bila berjaya nanti bantu masyarakat

TIBA-TIBA

datang seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan darjah tiga-empat mcm tu

adik "pakcik, saya nak pulangkan duit pakcik haritu yg pakcik bagi pinjam"
pakcik Azmi "ehhh takpe, ambil la, pakcik ikhlas bantu kamu"
adik "eh tak boleh pakcik, haritu saya pinjam, ni nak ganti balik"
pakcik azmi "baikhlah, belajar rajin-rajin ye dik, bantu mak"

subahanallah *air mata mula mengalir

pendapatan hanya menjual tisu, kurang upaya serba kekurangan masih lagi mampu tolong org
hulur tangan bagi bantuan, tak berkira soal duit, kerana rezeki bukan milik kita, duit itu
bukan milik mutlak kita, tapi milik org lain

begitu hebat peribadi pakcik Azmi *muhasabah

pakcik Azmi sgt pemurah, semoga Allah berkati dan redhai pakcik di dunia akhirat
biar miskin di dunia, jangan miskin di akhirat 

lepastu pakcik Azmi minta kami bacakan satu surah yg diberi seseorng kepadanya
pakcik tu nak tau, maksud ayat Al-Quran tersebut, dan kesahihan ayat tersebut

ayat tu berbunyi

"bismillahilazi layadurumaasmii shaiunfilardhi walafissamai wahuawassamiulalim"

doa perlindungan

maka aku belajar sesuatu, nak berdakwah banyak cara dengan kau sebar risalah Allah
sepotong ayat Al-Quran yg penuh bermakna 
Al-Quran itu mukjizat dan isi kandungannya terpelihara

masyaAllah, begitu besar pahala dan saham pemuda yg bagi sehelai kertas yg mengandungi
ayat Allah, pakcik Azmi kata balik ni dia akan hafal sunguh-sungguh ayat tu

semoga pakcik Azmi sentiasa dibawah perlindungan Allah :)

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...