- semua sedia maklum UM top universiti baik di Malaysia mahupun ranking dunia, so aku berpegang pada prinsip "takdapat oxford UM pun jadi" "takdpt study oversea UM pun jadilah". aku ingat lagi kata-kata pensyarah aku yg kacak bergaya "dari kau belajar oversea tah hape nama uni tu baik kau belajar UM at least UM top in the world entah entah uni oversea tu bawah dri UM". memang aku tak nafikan study oversea lagi byk kelebihan berbanding belajar di universiti tempatan, salah satunya ialah ramai nak jadikan kau menantu kahkahkah *abaikan. apa pun biarlah aku berbakti kepada negara aku kt sini, memperjuangkan nasib mahasiswa di sini, ecewaahah *harapan tinggi menggunung
2. aku taktau engineering buat kat mana lagi better.. selepas beberapa penyelidikan aku buat, seperti membaca blog-blog senior dan komen komen di laman sesawang.. engineering di utm lagi bagus katanya tapi silibus mereka agak kuno dan tak applicable untuk zaman sekarang, so byklah senior senior dulu yg keluar, dan masuk U swasta..nampaknya aku mudah terpengaruh dan aku tak tahu kesahihan cerita tersebut.. bunyi camgempak.. so aku pikir dan decide "ok aku nak UM"
HAHAHAHA
3. masa PASUM dulu ada talk pasal engineering di UM.. so prof-prof from fact engineering and senior senior pun convince kan kiteorng semua yg fasiliti die bagus baru la apa semua, then dak dak fourth year ada yg dah ditawarkan dgn syarikat syarikat gergasi dan ditawarkan bekerja.. bunyi camgempak, aku pun percaya, kalau die ckp bohong pun aku taktau, yela budak mentah kan *kesian. so buat aku rasa lagi yakin "ok aku pilih UM"
4. senang untuk aku pulang ke kg, memandangkan aku anak sulung, rasa 'tanggungjawab' tu agak besar kerana risaukan kedua ibu bapa tercinta dan opah di kg, ecewaaaaaaah. senang je, naik ets dah sampai sungkai
5. aku dah familiar dgn kawasan UM meskipun till now aku tak tahu kat mana KK9 berada wahahahaha
6.dan yg plg penting kat sini aku ada 'geng dakwah' aku huhuuuu tu yg buat aku lagi kuat nak study kat UM, so that takpayah pergi tamrin lagi hahahhaha gurau
so conclusion nya, belajar mana pun sama
kita belajar kat cambridge pun tapi kita still dok melepak suka ria tak tekun, tak guna jugak
yg pntg niat kita belajar kerana Allah, in sya Allah ,Allah permudahkan segala niat yg baik
ingat, manfaatkan masa muda ni kita especially time belajar ni, doa org yg sedang berjihad menuntut ilmu tu mustajab tau doanya
pasang niat baik baik, dapat saham dunia akhirat disamping menjaga adab ketika menuntut ilmu, menjaga hubungan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia
in sya Allah hidup penuh barakah :)
teruskan perjuangan, sabar dalam bermujahadah, perangi nafsu serakah, jom jadi pemuda pemudi yg hebat seperti zaman Rasulullah, pesanan untuk diri aku yg lemah dan sering lalai ini jua*tunduk kesedihan
#AyuhBangkit
No comments:
Post a Comment