wanita merompak


hye readers, lamaanyaaaaa ceq tak publish apa-apa post, actually banyak benda nak share, tpi smpai taktau nak share yg mana so penyudahnyaaa menyepi
*antara ciri budak terlebih genius -kata Dr.Redza Benjamin

so back to the topic, awal-awal pagi tadi my kakak sedara habaq mai pasal mak sedara ceq, bukak boutique *area shah alam kena rompak daaah

*dlm otak aku terbayang perompak tu pakai topeng acu senapang bawak berguni-guni wang ringgit hasil rompakn

so begini cerita nyaa

sedang makcik sedara aku yang sarat mengandung ini melayan pelanggan,
pelanggan a.k.a  suspek yg disyaki merompak ni membawa seorang anak kecil mcm cucu, lepas konon-konon nak beli baju, makcik tu bagi card credit *kelas kau nyah

my aunty : sorry makcik, kedai saya pakai cash je
makcik : oh takpa kalau macam tu makcik p bank sat *awat bunyi mcm loghat kedah ja?

then tunggu punya tunggu tengok makcik tu tak datang-datang

my aunty : ishh, penipu betul makcik ni

geledah punya geledah handbag tgk duit habis lesap, bgi org jutawan RM300 tak byk kot, pejam mata ja tapi bagi kami yg medium income ni banyak la jugakkk tu boleh bayar bil ayaq api sumuaaaaa, tambah baby tak lama lagi nak keluaq banyak jugak kos kan at least membantu la jugak RM300 yg lesap tuu

so my aunty assume yg duit hilang time makcik tu konon-konon try baju ni baju itu, tanpa disedari budak kecil yg suci dari dosa itu telah berkomplot curi duit my aunty, sambil-sambil my aunty busy layan makcik tu tak sedar pulak pasal budak kecil tu *makcik tu customer yg terakhir
masya Allah

*apa sudah jadi, budak sekecil tu sudah dinodai dengan dosa, semoga apabila besar budak tu menjadi seorang pemuda/pemudi yg menengakkan agama amin *fuh sana fuh sini jampi serapah profshima

bila buat  report polis, macam biasa polis akan response

polis : biasala tuuuu cik, ada lagi kes teruk mcmni, boutique sebelah nun siap kena acu parang lagi

la ni takdak apa penyelesaian *cuba berpikiran POSITIVVVVVV *mungkin polis tu tengah buat ujian forensik dan intip pencuri a.k.a perompak tu smpai dia buat kes membunuh baru tangkap HAHAHAHAHA *fikiran aku dh mula merepek

so conclusionnye 

Hasbunallah wani’mal-wakîl, ni’mal-mawlâ, wani’man-nashîr"

ertrinya: "Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami,  sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami".

amalkanlah doa ni ye kawan-kawan, memang tak dinafikan kita sangat terdedah dengan ancaman dunia, sebagai hamba yang lemah kita sangat memerlukan pertolongan Al-Khaliq kita yakni pencipta kita iaitu ALLAH S.W.T, Allah itu Maha Kuasa Maha Besar kita kena sentiasa meminta pertolongan-Nya jangan sombong, pasang se-ku-ri-ti gah mana pung, kalau takdak kepercayaan kat Allah tak jadi jugak boh, hebatkan manusia yg sentiasa percayakan Allah ? kita tak nampak Allah tu tapi kita dapat merasai kehadiran- NYA, allahuakbar

:) sama-sama kita renungkan dan ambil pengajaran (:




No comments:

Naluri ibu

kebiasaannya, sebelum kuliah start, aku akan sarapan walau secebis roti so pagi tadi aku makan roti canai telur kat kafe Fac.Engine...