falsafah aku dalam poligami

haritu aku terima panggilan daripada nombor tak dikenali
aku : haaa hello siapa ni ?
juba : ni aku juba.
aku : siapa tu. *lama aku terdiam
juba : aku laaaa. *sebut nama penuh
aku : juba!!!!!! ko nak apa do ?

juba (bukan nama sebenar). kat sekolah mamat ni memang popular. popular bukan sebab kacak seperti Lee Min Ho jauh sekali seperti Lee Dong Wook apatah lagi seperti Gong Yoo
popular sebab perwatakannya yang ramah dan kelakar. terutama dengan perempuan, dia lagi lagi lah terlebih ramah
bak kata kawan sekelas aku
"siapa je tak kenal Juba kat maktab ni" 
"highlanderz yang tak kenal Juba, maka dia bukan  highlanderz"
(highlanderz : penghuni maktab teragung)
tuidaaa. betapa nak kata. kau wajib kenal Juba
 *jarang aku gelarkan sekolah aku 'sekolah' sebab kami memang 'budak maktab'

juba : aku saje call. dapat free call
aku : tak pernah-pernah kau cakap dengan aku kat maktab dulu. 

memang di maktab dulu aku jarang bergaul dengan lelaki. zaman upper form ni aku paling pessimis dengan kaum lelaki. tah kenapa. mungkin sejarah yang dulu memberi impak kepada sudut pandang aku terhadap kaum lelaki. 

sadis

juba : yeke. bukan aku selalu ke usik ko ?
aku : tak payah gebang. aku baik. kau mana berani kacau aku
juba : yela. bangga sangat dengan diri tu. 
aku : haaa apadehal ?
juba : aku call ni random je. siapa angkat, angkat. siapa tak angkat aku call la orang lain pulak. rezeki kau angkat call aku
aku : ek'eh
juba : kau UM ek
aku : ya
juba : FUYOOOO

ni lagi satu. siapa-siapa yang tanya aku belajar mana dan  aku sebut UM. respond tak lain tak bukan
"wuishhhh" "fuyoooo" "perghh perghhh"
masa awal-awal dulu yela aku agak bangga, bila dah masuk aku rasa takde benda aku nak bangga kan pun. sebab yang buat UM ni gah orang yang banyak menyumbang. aku baru takat level menyedut segala khazanah ilmu yang ada kat alma mater ni

 skip konversasi, jumpt to the specific point

juba : tak lama lagi aku nak kahwin
aku : haaa ni la yang aku palat. asal member lama call mesti nak bagi kad jemputan. aku dah agak dah. takde nya ko saje-saje call aku. nak ngajak kenduri la tu
juba : *gelak syaiton. aku call ni memang nak tau perkembangan member aku pun. ni aku saje nk bagi tau. maybe tahun depan tapi tak tau bila
aku : yela yela. orang mana ?
juba : Ganu
aku : budak maktab ?
juba : tak lah.
aku : ok. in sya Allah

juba : aku ada impian. cuba teka impian aku apa
aku : tak tau. cakaplah apadia
juba : alaaa ko ni. teka la
aku : eh taktaulah. cakap jela
juba : aku nak pasang dua
aku : apaklah kau!!!! *tinggikan suara. ni aku pantang. pantang bila aku dapat tau lelaki nak berpoligami.
juba : *gelak syaiton. aku dah agak dah respond perempuan
aku : aku ada falsafah aku sendiri tentang poligami. ko tak boleh bantah. kesah apa aku. aku tetap tak setuju
juba : *gelak syaiton. haaa apa dia falsafah ko tu. share sikit
aku : aku paling tak suka bila lelaki poligami alasan ikut sunnah. weh kahwin satu tu lagi sunnah la der. ko apa tau. ni aku nak bawak keluar hadis, ayat ulamak-ulamak ni. haaa mula la ni
juba : *gelak syaiton. aku suka sembang dengan perempuan pasal poligami sebab hujah korang memang panjang. kalau lelaki simple je 
"tahniah bro. kau hebat " member lelaki aku yang lain semua support. HAHAHHAHAA
aku : hmm *serious
juba : ok ok. 
aku : lain la kau tu kacak macam Fattah Amin 
juba : amboi mulot ko. mamat tu pun dah clash takde awek.  kau bagi aku satu contoh artis yang paling kacak yang hidup bahagia dengan pasangan

time ni aku terkenang ERRA FAZIRA. idola aku sejak dari kecil. (Dari playlist lagu sampailah drama ke movie semua aku layan. sampai haircut aku zaman budak-budak dulu pun nak sama dengan Erra. fashion baju pun nak sama dengan Erra. apa sahaja yang berkaitan Erra Fazira pasti aku ikut, sampai saudara mara aku mak pak aku timang aku dengan nama 'erra pazira')

Erra Faira, yang Miss World tu pun sampai sekarang masih lagi single dan dua kali gagal dalam alam perkahwinan. 

yang ni aku setuju dengan juba. KECANTIKAN RUPA PARAS TIDAK MENGGAMBARKAN KEBAHAGIAAN KEHIDUPAN SESEORANG HATTA DALAM HUBUNGAN PERCINTAAN

even Gong Yoo pun masih bujang sampai sekarang. tiba-tiba!

aku : hmmm yela kau menang
juba : see. 
aku : yela juba. tahniah. tapi majlis yang kali kedua tu aku tak sure pergi ke tak. HAHAHAA kbye

cia-cia nenek kebayan

petang tu, lepas kelas kebiasaannya aku dan nenek kebayan akan ke KPS untuk makan
nmacam biasa, kami akan puskan nafsu makan yang dah lama tersimpan sejak dari pagi. kelas harian 

yang agak 'packed' membuatkan kami menahan nafsu makan pada 'waktu lunch'
qadho diwaktu petang, makan sekali untuk malam

jimat!
nenek kebayan : shima, nak tanya
aku :  apa dia ?
nenek kebayan : kalau aku bulan, kau apa ?
aku : kalau kau bulan, aku lah cahaya yang menerangi bulan. bulan dan cahaya tak dapat dipisahkan
nenek kebayan : jiwang siot kau.
cia cia

bila tiba masa

bila tiba masa, aku rasa kosong
bila tiba masa aku rasa nak berseorangan 
bila tiba masa aku nak tinggalkan semua apa yang aku ada
bila tiba masa aku cuba puaskan hati aku

bila tiba masa aku buat ikut kehendak aku semata
bila tiba masa aku tidak pedulikan orang lain
bila tiba masa aku rasa aku sahaja yang faham diri aku bagaimana
bila tiba masa aku rasa semua orang tidak lagi perlukan aku 

bila tiba masa aku rasa kewujudan aku tidak penting dimata manusia lain
bila tiba masa aku rasa aku terlalu banyak kekurangan
bila tiba masa aku tak perlukan sesiapa untuk berada disisi, baik kawan baik atau pasangan
bila tiba masa aku penat dengan mehnah dunia

bila tiba masa aku rasa muak dengan perangai manusia sekeliling
bila tiba masa aku rasa cukuplah, Tuhan sahaja tempat kau merintih rasa keperitan 'pe-rasa-an' ini
bila tiba masa untuk aku berdiam diri dari semua orang
bila tiba masa aku untuk fokus cita-cita hidup aku
bila tiba masa aku cuba nafikan yang tindakan aku salah

dan bila tiba masa
aku menangis
aku terduduk
bersujud
mintak petunjuk
semoga Tuhan jernihkan rasa ini
rasa yang kian mencengkam diri ini
mengheret kelembah yang lebih kelam
tenggelam dengan rasa yang tawar

Hai Awek!

dekat 3 malam aku keseorangan di bilik, bapak kematu siot
best memang lah best
time ko tengah stress study thermodynamics then sambil tu ko melalak menyanyi hilangkan stress
habis study ko guling-guling layan movie kejap  pasang sound kuat-kuat then sambung study balik

bila kau dah rasa lagho sangat bukak lah lagu nasyid, selawat munjiyat, binnabil huda ke apa
takdelah busuk sangat hati kau tu
*sarcasm

so malam nya aku siap-siap pergi Kolej Kinabalu (KK8) 
aku pergi sebab ada Qasidah
lama bhaii telinga aku ni tak dengar qasidah secara live
bergenang jugak airmata aku bila dengar, terbayang Baitul Qurro
memang feel

sebelum tu ada majlis Iftar
aku pun makan setalam dengan Kak Aina dari Fakulti Sastera Sains Sosial, peramah akak ni
aku sorang-sorang time tu, memang lone rager betul
then datang awek cun ni pergh masa dia masuk tu 
dua kali kepala aku teleng kat dia
putih, kulit licin, kening tu penting
rupanya dia orang Turki budak exchange setahun nama dia Najiye
aku sebut Najihah, at first aku ingt dia pelat
"oh Najihah ?"
dia balas " no, no 'iyeee' NA-JI-YE' not NAJIHAH"

haaaa suka hati aku je, dia kata orang Malaysia suka panggil dia Najihah padahal salah
kihkih

so Najiye ni setalam dengan aku
dan sorang lagi EiJo from Taiwan, kawan Najiye

maka aku pun test la oral aku tahap mana
boleh tahan fluent jugak
*padahal sebelum sebut dah siap bina ayat dalam hati, 2-3 kali fikir

Aina : so, which Faculty are you ?
Naj : API, you ?
Aina : I from Art and Science Social. how bout u (Eijo) ?
Eijo  : (aku tak ingat dia sebut apa, tapi memang pelik tak pernah dengar) ... aaaahhh it has something like drama etc. 
ohhhh budak kebudayaan.
Naj : and u Shima ?
aku : engineering 

then Eijo buat muka terkejut macam baru dapat tau aku lah permaisuri Kerajaan Kuwait  dengan ibu jari ke atas "ohh wowwww! engineering, good good "

aku pun humble " no no  theres nothing special" k aku tipu, sebenarnya aku diam dan senyum dalam hati seriously aku tak bangga sebab terkenangkan carry mark aku sem ni agak menyiput ghaghagha

masa makan, aku rasa pelik, tengok dieorang makan nasi sikit sangat, dan Eijo minta maaf banyak kali sebab dia kata dia makan agak messy

Aina : why you eat so little ?
Naj : actually, I dont know how to eat by using hand. so this is my first try.

aku and Aina pun minta maaf dan serba salah pulak.
aku : why dont u ask a spoon ?
Naj : no, itsokay I want to learn something new
iseee
Eijo : I really impressed to see you eat so fast. like how ha ?
aku : yaaa, we eat by using hand since kid and this is our culture
Aina : Malysian preferred using hand when eating

gelak perempuan.

(yang mana allergic grammar error boleh click pangkah kat tab di atas, maaf ya)

tak sempat sembang panjang, sebab dah masuk waktu Isya. sempat jugak aku terbayang
"kalaulah MARA dulu terima permohonan aku study kat Aussie, aduhhh indahnya "

sebab lately ni ramai kawan-kawan semaktab aku fly ke luar negara melanjutkan pelajaran di sana
guling-guling jugak aku sedih, sebab dulu dapat tawaran fast track sama-sama tapi aku takde rejeki mereka yang layak melepas jua ke sana. 

sebab tu aku update balik instagram aku. sebab nak usya kawan-kawan aku ni. mereka tak aktif facebook. aku je yg agak terkebelakang dalam media sosial. 
orang lain dah sampai layan snapchat. aku baru tau snapchat tu wujud

dulu aku aktif instagram, lepas aku rasa benda-benda ni semua drag masa aku, so aku uninstall
termasuk facebook. bila banyak benda aku ketiggalan aku install balik hahahaa hadoii
sabor jela

biasalah aku ni budak kampung, so tak biasa dengan benda-benda macam ni, aku jadi cepat rasa serabut, memang pure kampung betul. 

mana taknya, balik je kampung terus takde line. kalau sebulan aku balik kampung maka sebulan phone aku dalam almari tak sentuh-sentuh. ini serious
sebab aku malas cari line, kena pergi tepi tingkap, duduk tepi tingkap cari line, bila bar line penuh baru bukak data, barulah masuk segala whatsapp, notification bagai. aman bhaii. memang aman

kalau saudara mara ramai balik kampung semua bertenggek kt tepi tingkap tak pun duduk kat buaian luar rumah.

k melalut

ada sesuatu yang menarik dalam pengisian  di KK8 which is aku dah dengar dah sebelum ni. dan sebelum ni punya talk pun lagi gempak (berkaitan talk di KK8). asalnya soalan itu diajukan oleh seorang mahasiswa tentang "peranan mahasiswa dalam isu menuntut kerajaan yg bersih dan keterlibatan mahasiswa dalam BERSIH"

aku akan share sikit, then korang pandai-pandai la pikir!
lu-pikir-la-sendiri
NANTIKAN!



kawan abaikan kawan

lepas kena tegur dengan lecturer sebab presentation project tak sampai KPI yg ditetapkan, aku ajak Khai 
pergi bank Islam nak tukar kad
kejap betul dh hujung tahun!
dah janji dengan Ain nak pergi sekali tapi masing-masing merajuk terasa hati*perempuan

sementara menunggu giliran yg lama
aku terbukak cerita pasal kolej aku

aku teringin nak pergi audition pengacara majlis malam semalam, ada passion sikit la ke arah tu
siap dah beli buku panduan cara-cara mengacara majlis dan bercita-cita jugak nak jadi pengacara majlis yg bertauliah phewww

tapi malam tu aku tak pergi sebab kat kolej aku takde supporter malah aku dah di cop!
aku rasa aku je yg paranoid sangat kot padahal kalau aku pergi malam tu takde apa pun

lepas fasa PRK haritu, nama aku banyak la naik kat kolej
mana taknya, nama aku tersenarai dalam
"orang yang tak sokong kuning"
so bila aku pakai baju oren je semua pandang macam nampak Emma Watson


so Khai pun tunjuk rasa simpati kat aku, maka berlanjutan coversation kami

Khai : weh aku ingat kau ni jenis yang suka keluar doh, yela kau kan ada kereta
aku : kenapa pulak?
Khai : takdelah, lepas kita lepak makan kat Bangsar haritu, aku cakap kat Zack 
"mesti best kan kawan dengan Shima, mesti korang selalu lepak luar macam ni"
then Zack reply "takdelah, ni first time Shima bawak kiteorang keluar makan"
aku : *tiba-tiba bunyi cengkerik

sentap bhaiiiii
 sebelum ni ada je aku nampak 
'symptom-sympton-dahagakan-kasih-sayang-daripada-aku'
kawan -kawan aku ni

contohnya
"alaaaa Shima, nak ke lepak dengan kita, dia kan sibuk memanjang"
"Shima tak habis-habis dengan PMI dia tu"
"dah lama tak makan sama dengan Shima"

halamak, tersentuh pulak hati iteww yg lembut macam kek span ni

start daripada situ aku ada la lamar dieorang
pergi vacation lepas exam
terutama dengan Ain
sembang kencang nak mateyy
nak pergi PD la apa
last-last lepas exam semua pakat pack barang mereput kat rumah *typical

so aku muhasabah la kejap
macam mana aku boleh abaikan kawan-kawan aku
*tak romantik betul aku ni 

selalunya petang-petang aku akan ke program PMI (Persatuan Mahasiswa Islam)
kiranya masa aku banyak habis dengan budak-budak PMI
masa aku dengan coursemate hanya pada waktu pembelajaran je lepas je habis kelas aku akan menghilang
puppp!

aku tak salahkan PMI pun dalam hal ni
yela mungkin benda ni tak dirasai oleh budak-budak API (pengajian Islam) dalam PMI
sebab majoriti ahli PMI adalah daripada pengajian Islam
so kawan dieorang keliling tu, minat pun sama, intelektual, idealisme yada yada

yang kawan-kawan aku ni layan Jumpstreet, Sunway Lagoon, tengok wayang
lepak Hanbing, shopping MidValley, DOTA, drama Korea

dua dunia yang berbeza
yang perlu aku adapt

semenjak bertudung labuh ni bila aku cakap aku tengok drama korea ni semua terkejut beruk
bila aku nyanyi lagu bukan Islamik sikit 
"perghhh Shima, Shima kot"

begitulah skeptikalnya kawan-kawan aku HAHAHAHA
 
aku ada sorang kawan baik zaman PASUM
budak tudung labuh, hafal Al-Quran, budak Jemaah
tapi layan Anime, semua movie dia ada, semua lagu dia layan
senang cerita dia memang boleh blend dengan 2 kelompok tadi
memang aku tabik!



Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...