Minggu Haluansiswa 2015/2016

MHS juga terkenal dengan gelaran Minggu Hilang Suara

mana tak nya dok sorak semangat sampai 2 pagi, 
tapi suara aku hilang bukanlah sebab MHS tapi dengan izin Allah
aku dah sakit tekak sebelum MHS lagi, memang banyak hikmah nya
salah satunya, aku tak perlu jerit terpekik terlolong kehkehkeh
6 hari ber-MHS bagi aku yg dah berpengalaman sebelum ni zaman PASUM dulu agak menyeksa kan
hahahahaha  i was like "ya ampun! cepat lah habis"
bagi yg bru nak mengenal UMisone
was like "bestnya MHS!!!!"
CEH POYO
 time ni waktu petang hujan, gagahkan juga buat formasi 'WE LOVE UM'
and akhirnya berjaya, konon nak lepaskan belon lepas brung dilepaskan oleh HEP, penyudahnya belon terbang dulu, time ni aku jumpa ramai dak dak PASUM, mata aku meliar mencari kawan-kawan yg aku kenal, konon nak jejak kasih huhuuuuu

sorry aku tak ikut kronologi, malas nak susun, so ni aktiviti gotong royong 
bersihkan UM,thank God aku dpt kawasan kolej je FUHHH
ni cell 17 ber wefie bersama PM BANANA, he's so superb bab tarian
suka tgk die menari semangat habis and expression muka die memang tak boleh kalah

ni la suasana di Dewan Tunku Canselor, hampir setiap mlm kami berkampung disini
ber-sorak semangat yg never-ending, aku pelik mana datang roh spirit semangat dak dak UM ni
bersorak tanpa henti, ya ampun FENAAAAAT

ni mcm mlm terakhir rasanya, so ada sesi 'makan bersama PM CELL masing-masing'
and aku kalau bab makan memang tak boleh tunggu tunggu kahkahkah so aku hanya
mampu teman kawans cell aku ni makan sambil berchit chat, layan je

so ni la PM CELL 17, oh no! bukan yg baju merah tu, yg sebelah tu,pegang belon tu
hehehhehe
ok girls behave

malam terakhir yg paling gempak
ok nak dengar cerita tak, hahaahahahhaha
belum apa apa dah gelak, walaupun sedih tapi lucu
 ceritanya mcm ni bila turn lawan cheers antara kolej
dak dak kk2 tah kenapa mcm kena rasuk dgn hantu

hentak kaki terabur, yg perempuan sepatutnya jerit
"eeeeeeaaaaaahhaaaaaa!" kuat kuat tapi dah bunyi mcm menjampi 
and dak laki pulak sepatutnya menjerit
"COUGARS!" kuat kuat tapi dah mcm kucing nak beranak, perlahan gila
and that time kiteorng memang kesian tgk muka PM kesayangan kami, mcm hampa
and the MC was like "dah kenapa korg ni" MC yg hot muka mcm shah jazle
come from KK2 pun buat muka terkejut, sebab kiterong tak perform mlm tu
then PM JAI terus masuk cheers 
"kolej dua heh heh, menara budi hah hah tuanku bahiyah hoh hoh" 
tu pun tak sharp, but at least ada la cheers yg kiteorng buat

sebenarnya, malam sebelum tu kiteorng last minute tukar cheers, yg baru direka
then berlatih pun sekali tu je, time tu pulak secholian ramai ada latihan persembahan
so kiteorng mcm blur, tiba-tiba otak blank taktau mcm mana nak start nak byk sgt step
chedoiiiiii rasa nak tutup muka pakai beg UM yg keras tu mygoddddd
kau bayangkan la satu dewan senyap sepi nak dengar kolej kau bersorak
heh redho

apa-apa pun, kami tetap happy malam tu
lepas hujan pasti muncul pelangi kan!
mlm tu kolej tuanku bahiyah menang banyak acara seni
and kolej 2 dinobatkan sebagai Juara Kategori Seni

yg paling best that moment bila kk2 asyik sub kolej duabelas kahkahkah
jahat gila, tapi best
royal pulak tak habis habis dok "nyam nyam menyampah" kan kiteorng
huhuuuuuu 

so here the winners!
pasukan choir kolej kediaman tuanku bahiyah
juara puisi bahasa melayu




flashmob paling gempak, i loikeee




En.Faiz yg sangat lah sporting dan kelakar mcm 'the brothers Petir'

ok ni malam sebelum sebelum malam penutup, kan aku ckp, 6hari 5malam
hampir setiap malam asyik bersorak semangat je hahaha

 ni semua muka pakat penat balik nak tido, tapi gagahkan juga nak berlatih bersorak
mana tak nya tgk pasukan kolej kediaman lain lagi gempak


barisan PM kolej kediaman ke 2

acara ven berhias

malam bersama alumni
kiteorng dibahagikan kumpulan mengikut cell
alhamdulilah cell aku dpt pengetua kolej juga sebagai seorang alumni untuk sharing session
so that time curiousity aku agak tinggi mcm mana nak jadi org hebat seperti beliau
FUHHH aku dah mcm org debat bak kata prof madya dr. nahrizul adib kadri hhehehehe
dok betubi-tubi soalan
and after that, tadi habis kelas terserempak dgn prof nahrizul, he said
"eh saya ingat tau nama awak"
perghhh berbunga hati aku senyum sampai kesudah
org hebat ingt nama kita mana tak happy beb #KeepSmiling

ni malam merdeka, meriah sungguh siap ada persembahan special dari
PM-PM dan bertanglong bagai

baru aku tau mcm mana nak buat tanglong

oh ni malam first,penghulu penghuluwati dilantik
so jegjengjeng sarah dipilih sebagai penghuluwati kolej kediaman tuanku bahiyah

antara yg volunteer nak jadi penghulu, cuba teka siapa?

so akhir kata, seronok jugak ber-MHS ni dapat ramai kenal orang baru, jumpa
pelbagai kerenah dan ragam manusia 
cumanya bagi pendapat aku terlalu banyak hiburan, hati aku agak tidak tenteram
tatkala berhibur berlebihan, bukan apa
cuba korang bayangkan time korang terkinja kinja menari bersorak tak ingat Allah yang Maha Esa
kau mati kaku, agaknya apa pengakhiran hidup kau kat akhirat kelak yakni kehidupan sebenar kita
YOLO
tak bermakna kau kena bersuka ria tanpa ingat tuhan, 
young once live once ni la yg kita kena manfaat kan diri kita untuk UMMAH terbilang 
cuba renungkan remaja zaman Rasulullah, subhanallah

 it just kata-kata buat diri dan rakan-rakan as a muslim
yg ada tanggungjawab untuk agama yg bukan hanya sekadar solat puasa doa haji kahwin tutup aurat
tapi 
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

dan bukan hanya sekadar belajar > aktif koko > berjaya > kerja > kahwin > dapat anak > ending

perjalanan kita masih jauh wahai hamba Allah sekalian

dan akhir sekali, minta maaf mana yg terasa sekadar renungan, mari muhasabah, asah iman kita bagi tajam balik :)

apa apa pun buang yg keruh ambil yg jernih dari sesuatu program itu :)
people make mistake
keep changing to become a better person :)

street dakwah


ceritanya dari dulu lagi aku teringin nak buat street dakwah ni
memandangkan time asasi dulu, kengkawan aku ramai yg buat aktiviti ni
dan feedback dieorng pun semua membuatkan aku 'be jelly' 
jeloussssssssssssss do
tapi niat sebenar bukanlah semata-mata ikut rakan :)
dan kemana aku time tu?
aku busy menyumbang bakti kepada KUAZ cehh acah aku tak ingat kenapa tapi time tu memang aku tak available
memang rugi sgt

street dakwah mereka more to 'amar makruf nahi mungkar'
dan
alhamdulilah dgn izin Allah
aku diberi peluang untuk 'feed the homeless'
cadang nya kiteorang nak beli makanan, memandangkan bubur nasi ada lebih waktu sarapan tadi
so kiteorng manfaat kan bubur nasi yg berlebihan, byk ko tau
gambar hiasan

pastu from Masjid Aminah kiteorng tawaf satu taman 
nak cari Lrt berdekatan, padahal masjid dgn stesen lrt tu sgt lah dekat
kalau ikut jalan kebenaran tak sampai lima minit *trust me

anggap saja preparation untuk buat umrah tak lama lagi, huhuuuu doakan 

then sampai Lrt Taman Bahagia straight to Masjid Jamek

memandangkan hari petang, so kiteorng tak dapat detect mana satu homeless
mana satu yg tgh tunggu bas, mana satu yang tengah berehat ambil angin kehkeheh

maka pepatah 'malu bertanya sesat jalan' pun muncul

kiteorng tanya la kat abang yg jual beg-beg gucci *jelingan
abang tu kata, kat area sekian sekian byk gelandangan

maka kami pun dengan penuh semangat dan iltizam, mencari homeless
still jugak xdapat detect

takkan la main redah "pakcik ni homeless ke?"
mau tak kena starlight kat dahi jendul aku nanti kahkah

so kat sini kena pandai berkomunikasi

thank God,Allah s.w.t hadirkan  kak piqa saidin yg petah berkata-kata ni pandai nak approach org
mulakan perbualan

kami target plg minimum 2 org, Alhamdulilah Allah pertemukan kami dgn 5 org yg bertuah mendapat bubur nasi
kami yg Terlajak Laris



bro pertama ni from rohingnya, tiada pewaris mahupun ahli keluarga kat Malaysia ni
kerja sebagai kontraktor, now dah takde job, tinggal di sekitar bangku-bangku area kl,tidak fasih berbahasa melayu
masa kami tawarkan makanan percuma, bro ni asyik tanya berapa harga bubur Terlajak Laris kami
maka kami pun berhuhuu, tidak, kami pun membalas "no u dont have to pay this, it free" *senyum menawan

bro tu pu mengucapkan terima kasih banyak kali, sampai kiteorng dah nak pergi pun still
angkat tgn mengucapkan terima kasih



uncle ni pulak taknak bubur kami, beliau rancak bercerita kisah silam hidupnya
*hanya mampu mengangguk



ni pakcik Yusoff, aku kagum dgn pakcik ni, kata-kata dia penuh isi seperti Dr.Mahathir
masa mula-mula approach tu, pakcik ni terus tunjuk gambar beliau bersama-sama Dr.Mahathir *kagum
bila kami tnya " pakcik malam-malam buat apa?" 
jawapan pakcik tu "pakcik malam-malam berkongsi memori bersama Dr.Mahathir"
aku cuba memahami punchline pakcik yg tinggi menggunung, adakah ini satu gurauan, atau pun kami yg lambat pickup
takpa kami memahami,

di akhir perbualan kami,  sedikit nasihat dari pakcik Yusoff

"kalau rasa terbeban dgn ujian, bangun tengah malam, buat solat tahajud, sujud lama-lama
sebab ketika sujudlah kita paling hampir dengan Yang Maha Esa,tasbih 10kali"

"semua soalan pasti ada jawapannya"

"belajar dan mengajar tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu"

itulah antara kata-kata pakcik Yusoff yg menusuk jantung lubuk hati kami :) *terharu



ni pakcik Azmi, mula-mula, kami nak balik terus memandangkan dah lewat petang,
nampak pakcik Azmi jual tisu dan minyak wangi, kami pandang dgn penuh kasih tak approach pun
tapi dgn izin Allah, Allah gerakkan hati kami untuk patah balik dan berjumpa dgn pakcik Azmi

kiteorng pun belila tisu dan minyak wangi pakcik Azmi yg sgt wangi! kalah One Drop perfume!
niat kami bukanlah semata-mata kerana tisu dan perfume tapi sedikitsebanyak dapat membantu pakcik Azmi

macam biasa kami meminta nasihat daripada pakcik Azmi setelah rancak berbual dan berkenalan

nasihat pakcik Azmi adalah supaya kami belajar bersungguh-sungguh, bila berjaya nanti bantu masyarakat

TIBA-TIBA

datang seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan darjah tiga-empat mcm tu

adik "pakcik, saya nak pulangkan duit pakcik haritu yg pakcik bagi pinjam"
pakcik Azmi "ehhh takpe, ambil la, pakcik ikhlas bantu kamu"
adik "eh tak boleh pakcik, haritu saya pinjam, ni nak ganti balik"
pakcik azmi "baikhlah, belajar rajin-rajin ye dik, bantu mak"

subahanallah *air mata mula mengalir

pendapatan hanya menjual tisu, kurang upaya serba kekurangan masih lagi mampu tolong org
hulur tangan bagi bantuan, tak berkira soal duit, kerana rezeki bukan milik kita, duit itu
bukan milik mutlak kita, tapi milik org lain

begitu hebat peribadi pakcik Azmi *muhasabah

pakcik Azmi sgt pemurah, semoga Allah berkati dan redhai pakcik di dunia akhirat
biar miskin di dunia, jangan miskin di akhirat 

lepastu pakcik Azmi minta kami bacakan satu surah yg diberi seseorng kepadanya
pakcik tu nak tau, maksud ayat Al-Quran tersebut, dan kesahihan ayat tersebut

ayat tu berbunyi

"bismillahilazi layadurumaasmii shaiunfilardhi walafissamai wahuawassamiulalim"

doa perlindungan

maka aku belajar sesuatu, nak berdakwah banyak cara dengan kau sebar risalah Allah
sepotong ayat Al-Quran yg penuh bermakna 
Al-Quran itu mukjizat dan isi kandungannya terpelihara

masyaAllah, begitu besar pahala dan saham pemuda yg bagi sehelai kertas yg mengandungi
ayat Allah, pakcik Azmi kata balik ni dia akan hafal sunguh-sungguh ayat tu

semoga pakcik Azmi sentiasa dibawah perlindungan Allah :)

bakal bergelar mahasiswa

perghh berdebar bila upu result keluar
Alhamdulilah aku ditawarkan ke utm dan um, both course chemical engineering

cuba teka aku pilih mana

yaaaaaaaaaa bethol!


aku pilih UM ler

so setiap kali bila aku buat keputusan nak masuk mana mna institusi aku akan dimogokkan
oleh org org sekeliling
seperti

"ohh mrsm susah"
"woii pasum tough bhai"
"um? phewwww pheww payah"

ayat ayat ni boleh menganggu menggugat tahap keyakinan aku

tambahan pulak sekarang musim durian  result upu keluar

kalau nak direnungkan kembali
semua benda susah sebenarnya 
kalau kita tak belajar dgn bersungguh-sungguh
dan menekuni sesuatu ilmu
hahahahahaha ayat mcm gudgud je
sekali belajar meraung nak balik kg tanam jagung

memang aku dah lali dgr ayat peransang "UM susah"
mostly yg ckp tu adalah org yg bercakap tntg org yg bercakap ayat tu

kalau aku tanya org yg betul betul sedang belajar di UM dieorng hanya mampu tersenyum
kambing tersipu sipu malu
cis

so kenapa aku still berkeras nak UM?

  1.  semua sedia maklum UM top universiti baik di Malaysia mahupun ranking dunia, so aku berpegang pada prinsip "takdapat oxford UM pun jadi" "takdpt study oversea UM pun jadilah". aku ingat lagi kata-kata pensyarah aku yg kacak bergaya "dari kau belajar oversea tah hape nama uni tu baik kau belajar UM at least UM top in the world entah entah uni oversea tu bawah dri UM". memang aku tak nafikan study oversea lagi byk kelebihan berbanding belajar di universiti tempatan, salah satunya ialah ramai nak jadikan kau menantu kahkahkah *abaikan. apa pun biarlah aku berbakti kepada negara aku kt sini, memperjuangkan nasib mahasiswa di sini, ecewaahah *harapan tinggi menggunung
2. aku taktau engineering buat kat mana lagi better.. selepas beberapa penyelidikan aku buat, seperti     membaca blog-blog senior dan komen komen di laman sesawang.. engineering di utm lagi bagus      katanya tapi silibus mereka agak kuno dan tak applicable untuk zaman sekarang, so byklah senior    senior dulu yg keluar, dan masuk U swasta..nampaknya aku mudah terpengaruh dan aku tak tahu     kesahihan cerita tersebut.. bunyi camgempak.. so aku pikir dan decide "ok aku nak UM"
   HAHAHAHA

3. masa PASUM dulu ada talk pasal engineering di UM.. so prof-prof from fact engineering and senior senior pun convince kan kiteorng semua yg fasiliti die bagus baru la apa semua, then dak dak fourth year ada yg dah ditawarkan dgn syarikat syarikat gergasi dan ditawarkan bekerja.. bunyi camgempak, aku pun percaya, kalau die ckp bohong pun aku taktau, yela budak mentah kan *kesian. so buat aku rasa lagi yakin "ok aku pilih UM"

4. senang untuk aku pulang ke kg, memandangkan aku anak sulung, rasa 'tanggungjawab' tu agak besar kerana risaukan kedua ibu bapa tercinta dan opah di kg, ecewaaaaaaah. senang je, naik ets dah sampai sungkai

5. aku dah familiar dgn kawasan UM meskipun till now aku tak tahu kat mana KK9 berada wahahahaha

6.dan yg plg penting kat sini aku ada 'geng dakwah' aku huhuuuu tu yg buat aku lagi kuat nak study kat UM, so that takpayah pergi tamrin lagi hahahhaha gurau

so conclusion nya, belajar mana pun sama
kita belajar kat cambridge pun tapi kita still dok melepak suka ria tak tekun, tak guna jugak

yg pntg niat kita belajar kerana Allah, in sya Allah ,Allah permudahkan segala niat yg baik
ingat, manfaatkan masa muda ni kita especially time belajar ni, doa org yg sedang berjihad menuntut ilmu tu mustajab tau doanya

pasang niat baik baik, dapat saham dunia akhirat disamping menjaga adab ketika menuntut ilmu, menjaga hubungan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia
in sya Allah hidup penuh barakah :)

teruskan perjuangan, sabar dalam bermujahadah, perangi nafsu serakah, jom jadi pemuda pemudi yg hebat seperti zaman Rasulullah, pesanan untuk diri aku yg lemah dan sering lalai ini jua*tunduk kesedihan

#AyuhBangkit

vacation jom!

kalau kat kg memang xdpt line, setibanya aku kat pekan sungkai, berdoyon-doyon lah mesej wasep masuk
tiba-tiba ada group aneh terbentuk, 
"vacation apa pulak ni, bukan aku takjoin ke"
memandangkan rakan-rakan FP aku ni sibuk nak bereunion dan bercuti ke PD, aku tak join
sebab ada urusan penting, demi ummah terchenta aku gadaikan keseronokan dunia ecewaaaaaaaaaah
rupa-rupanya, vacation sepupu sepupi aku yg tercinta, hah! memang aku takkan lepaskan, setelah sekian lama
tak ber-gathering, ingat lagi masa kecik-kecik dulu, tido sesama kat rumah opah main sesama
atotototo comel kalah anak rozitah che wan yg bergelang emas 4k karatnya
plg aku terharu makcik aku siap telefon aku suruh join dan dia sponsor segala tmbng dan penginapan, duit tangan pun siap bagi
rezeki dari tuhan yg Maha Kaya, semoga Allah membalas jasa pokcik mokcik aku yg tersangat pemurah dan penyayang
aku beruntung, dikelilingi saudara mara pakcik dan makcik yg sgt mengambil berat tentang diri ku dan antara satu sama lain
yaaa aku beruntung, Alhamdulilah semoga Allah kekalkan kemesraan keluarga Hjh Normah ini
malah memandangkan juga ada saki baki cuti honeymoon lima bulan aku ni, aku manfaatkan sepenuhnya selain bisnes
tempoyak aku yg makin maju dan mendapat pujian rakyat jelata kahkahkah
*****
DAY 1
smpai ktm ipoh pkul 4:30 pg, pkul 5 train smpai, wawahhhh awalnya, kiterong dgn jakunnya smpai ktm
tak guna pintu masuk utama, tau guna pintu apa?
pintu yg kena lalu jamban wanita tiba-tiba tembus ke rail keretapi
hanya mampu tergelak melihat kebijakan kami kahkahkah
dgn harapan nak tido lena dlm ets rupanya ktm mcm nk ke shah alam tu, perghh sakit pinggang
apapun Alhamdulilah selamat sampai
then terus menuju ke hotel, aku siap bayangkan hotel tepi pantai ala bali, hard rock hotel pun jadi
apa jadahnya aku ni berangan ke pluto, trip ni pun org bayarkan! maka bersyukurlah
dari luar hotel budget tu kelihatan suram, mcm rumah pusat urut-urutan hahahaha
sekali tgk bilik, kalah hotel kat bali tau! *aku tipu
tapi memang lengkap la, memang tabik, maka jgn menilai dari luaran sahaja, lihat dgn mata hati cehhh
terus kiteorng ke ESCPAE PLAY, sorgaaaa dunia banyakla kau punya sorga
badan sakit sakit, jalan kengkang, lutut lebam, mana taknya
dgn tak workout,tido makan tido mkn melantak berbulan kat rumah
tak warm up, terus lenjan bendalah tu, tak cool down
kau ingat senang nak jadi 'oreng uten'
maka bersyukurlah lagi kerana menjadi manusia yg berakal dan beragama huhuuuu






tapi memang sgt enjoy to those yg sgt suka outdoor like me!
ritu boleh tahan penatnya ber-jungle trekking kt sg chilling, tapi ni lagi mencabar la
so jom sadokan diri di escape play *promoter bertauliah
balik je hotal tangki bocor, perghhh dengan lapor nye, maka melantak meggi, ni la indahnya trip org bujang
kehkehkeh
mlm tu ronda-ronda pasar lambak, tido kau jgn tnya, tido mati yg indah, dgn sengal-sengal di badan
nimat nya tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
*****
DAY 2
bangun pagi tgk jam pukul 11, terkejut beruk, beruk pun tak terkejut mcm kiteorng
tapi jgn risau, kami telah dididik dari kecil mnjaga solat, solat subuh kami tak tinggal kayy
cuma amalan tido lepas subuh tu ehemmmm hampeh sikit maka jgn ikut yg itu ye, ambil yg jernih je
lagipun pagi tu mmg hujan lebat so xboleh nak buat apa tu yg tak lena kehmain, siap-siap
pergi pekan makan tengahari kat restoran kapitan, nasi kandar dan nasi briyani la coppra die
memang cengginiii *ibu jari ke arah langit
then teruskan perjalanan menuju Penag Hill naik HO-HO or HOOP ON HOOP OFF
rupanya byk lagi tempat yg kiteorng tak lawat, aku teringin nak pergi kedai lebah tu beli madu
ermmm nyummmmm aku suka madu, nak pergi kedai cekelat i love choclate nyummmmmm
takpe takde rezeki, lain kali la
naik train atas bukit, sgt nostalgik, dulu masa kecik train ni kehmain lembap menyiput, sesak,panas takde aircond
skrg kehmain canggih, pilot nya pun hensem ehhh
kat atas posing posing ala ala dak dak hipstur hipsturr











dah lewat ptg pergi mkn kt CATCAFE yg tgh trending skrg, akak akak sedara aku yg cntik molek ni
memang eksaited memandang kan dieorng memang pencinta kucing, mkn kt situ punya la mahal namateyy
minum je dah 50 rggt plusplus bru tmbh kntg goreng around 70 rggt kiteorg belanja kt cafe tu
memang TAK aku nak mkn kt kedai tu lagi kahkahkah
untk pngetahuan umum
aku cinta kucing tapi
penggeli kucing jua, aku tak minta dilahirkan cacat sebegini, yaa cacat apa geli kucing, tgk abu hurairah
sampai digelar bapa kucing, 
maka aku pun terlompat-lompat mengalahkan kucing, die mcm automatik tau, kalau kucing tu sergah or menghampiri aku
aku automatik terkejut mcm beruk, taktau kenapa, bukan sebab nak menggedik, yaa mungkin ada yg beranggapan
"alaaaa nak gedik je tu, terjerit jerit jumpa kucing"
korg tak paham, smpai bila-bila korg takpaham perasaan kami yg gelikan binatang berbulu berkaki berkulit bersayap
berantena bergigi dan bermata *merajuk
tapi sifat belas ikhsan terhadap binatang tu masih ada, Alhamdulilah
so aku tgk dari luar je kucing-kucing tu, sgt comel, hebat betul ciptaan Allah ni :)
beruntung org yg berkebolehan bermanja-manja dgn kucing, maka bersyukurlah
itu pun satu nikmat tau, tak semua org mampu peluk kucing, kalau aku peluk kucing
memang tercabut hidung aku, maaf saya alergik bulu binatang :')
mlm tu jln jln kat street, mcm dlm kl gangster punya jln tapi kali ni takde gengster dan pelacur
yg ada hanya pelancong dan pengembara seperti kami *winkwink
mlm ditemani dgn lampu-lampu jln, aku amati setiap pelusuk kedai yg unik dgn bentuk kedai lamanya
ramai jugak org mlm-mlm mcm ni, apa kau ingat semua org mcm kau ke shima? layan cerekarama then tido?
kuikuikui tak produktif langsung masa mlm aku, aku perhatikan org sekeliling,
aku agak terkejut melihat perempuan bertudung yg mulutnya berkepul kepul asap, seperti bangga
"aku ada asap kt mulut, kau ada?" dah mcm dinosor aku tgk, kalau dinosor keluar api yg ni keluar asap haaa mcm  tu la
semoga Allah memberi mereka hidayah, usya mat saleh minah saleh, tah apa la yg ada kt negara aku ni
aku pula sgt teringin nak melawat negara mereka, agaknya tulah reaksi mereka bila aku jadi pelancong kt negara dieorng nnti
hukum alam
pastu kiteorg berusaha cari kedai burger yg sibuk dok pumpang oleh akak bas ho-ho tu
kata ada burger sedap, kehmain kami jln jauh at last just jumpa stall burger biasa mcm burger otai blakang 
rmh aku masa kt mnjg dulu choii
last last order char kuey tiaw, jadahnyaaaaaaaaa laaa, mcm saja cri penat je jln jauh cri burger
ibaratnya kau dahaga tahap namatey tapi kau minum *troll takmenjadi
*****
DAY 3
kali ni bangun awal, pkul 9 pgi dh bgn siap packing brg trus pergi pekan
kami plan nak pergi art street nak bergambar ala dak dak hip-sturrrrr
tapi tak kesampaian sebab mkn byk masa kt jalan, dgn jln jem, dah la nak kejar tiket pukul 5
nak kejar ferri lagi, hishhh berbulu rasanya
takpe takde rezeki, lain kali la
so just shopping kt gurney mall, makan nandos
haaaa ni first time aku mkn nandos, aku mmg taktau nandos ni mcm mne
mcm mekdi ke mcm kfc ke.. rupanya die mcm kenny roger
ayam die special, tapi aku pergi order grill chicken wrap, 
perghhhh memang menangis aku makan bukn sebab terharu tpi sebab pedas yg tak terhingga
aku bru order mild bukan peri-peri hot, agaknya cair small intestine aku
memang kenyangg bakhangg sedawa smpai ptg still rasa peri-peri di tekak kehkehkeh
maka berakhirlah percutian kami dgn izin Allah :)
terima kasih sebab sudi membaca dan melayan kerenah penulisan saya yg tunggang langgang
still xboleh lawan inche gabban punya line story ehiks!

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...