hari istimewa

ni memang style 'budak sekolah' punya reunion, plan bagai nak rak penyudahnya selalu tak jadi
benda ni berlaku baik batch sekolah rendah, high school ke universiti

so pendapat aku baiklah kalau nak buat reunion tunggu semua stabil, semua dah tua bangka,
pencen tak tau buat apa, beranak pinak
mak dato datin pangkatnya, bercucu cicit,
aku rasa at that moment memang best reunion, kau berceloteh mengekek dgn group wondegirls korg time high school
menunjuk kau ada berekar-ekar tanah, propa anak kau kelulusan luar negara dan mcm mcm lgi benda yg korg boleh sembang

bukan apa, aku terhibur dan kagum tgk mak n ayah aku berunion, bayangkan zaman dieorng xde fesbuk twitter instagram, 
and now dah berfesbuk dieorng kumpul org ramai-ramai, then terkejut tgk muka msg2, aku gelak guling-guling
mesti lucu bapak, wahaaaaa 

yela kau bygkan crush kau stu kelas, kehmain hensem, then kau lost contact, xtau apa jadi berpuluh tahun kemudian
jumpa tgk crush kau dh berkedut, ya ampun, dgn perut buncit, cucu cicit berderet, comel peeehh

untuk zaman budak hipstur skrg memang takkan jadi mcm tu, umur darjah empat dh pakai iphone, berinstagram
berwasep, so mcm tak feel la, kita still boleh stalk kwn-kwn lama kita time sekolah rendah, see xgempak kan

*******

kehmain mukaddimah aku panjang jela

so nak dijadikan story, beberapa mggu lepas FP week, DECAY kesayangan ni nak buat reunion, 
bonding kiteorng punyalah kamcing dak-dak FP ni, asyik nak buat trip kesana kesini kita sapa siswa UM!
Mak aku bising, tak habis-habis nak berjalan "xsampai sebulan berpisah dh nak bereunion, gatal betul kome ni" hahahhahaha
berkata mak shima, ok sambung
pumpang dlm wasep kehmain
aktiviti dan tentatif pun siap, last minute semua tak jadi dtg, iman kwn baik aku ni jela yg sorg sanggup dtg
memandangkan die memng dh lama mengidam nk dtg kg aku, 
tpi aku mmg ragu-ragu, dlm byk-byk tmpt reunion kg aku jugak jadi destinasi, kg aku ni sgtlah kedesaan
riso budak bandor nak dtg, takut dieorg xselesa, ecewaaahhh tpi aku yakin dieorng ni cool kidzz *winkwink


(aku pemalu orgnya) 

aku pun bersungguh la nak bgi meriahkan keadaan nak ajak kwn aku kt mrsm, pun xjadi, then aku ajak kwn kwn 
aku kt PASUM yg mana aku rasa dieorng senang nak dtg ke sungkai,

tambah tolak bahagi darab integrate differentiate 4org je yg dtg, iman sofiyah adi dan adham



first day iman dtg, rehat-rehat kt chalet jap, esok esoknya aku bwak iman ke kebun kutip durian,
iman mcm terhibur pergi dusun, takpe aku paham, feel aku masa mula-mula dok kg, huhuuuuu
then panjat pokok pulasan smpai rabak dahan pokok tu, wahaaaaaa aku taktau boleh berbuah ke tidak pokok tu lepas ni
sebelum ni xpernah lagi smpai patah dahan pokok, tpi salah pokok tu jugak, dah kenapa halus sgt pokoknya

then kait rambutan  kehmain semangat, sbb ptg tu sofiyah nak dtg, oh mlm sebelumnya aku ber-bbq dgn iman berdua,
perasaan die macamm ..... macam..... ermmm ... macam kau makan peha ayam kentucky fried chicken di cicah dgn sos cili 
thai bwg putih... *mohon memahami

mlm seterusnya dtg pulak si adi dan adham, mamat dua org ni mmg kwn baik aku kt asasi tpi tak seakrab aku dgn pedot, 
oh yaaa pedot ni aku selalu buli die suruh die belikan itu ini, dan dia turutkan aja kehendak aku, wahahahahhaa
yg yaaa pedot ni baik hati suka tlg org *main point lepastu aku siap konfes 'mlm perpisahan' 
"aku suka kwn dgn PEDOT, pedot sporting" then Pedot buat muka kerang busuk konon blushing.. then ajak aku ber-skype.. hahahaha salah org la bro!
*rujuk highlight biru


ok sambung



memandangkan ada sebuah chalet indah permai depan beranda rmh opah aku, so aku tempatkan 2org jejaka hiMALAYA ni kt chalet tu
haa sebelum tu, al-kisah mlm sebelum tu aku ckp kt adham n adi
"haa korg tido kt pondok"
then kau tau apa yg ada kat kepala hotak dieorng ?
dieorng bayangkan pondok rabak yg tak berdinding usang mcm pondok kt kebun opah aku
WAHAAAAAAAAAA, gelak besar aku, kebetulan aku tangkap gambar dusun opah aku ada pondok, then dieorng ingat tido kt pondok 
tu, hadoyaiii bertuah betul, dieorng pun cdg nak bwk selimut bagai, choii sekali dtg tgk
mahu tak terbeliak, mcm syorga ewaaaahh



so start la mlm tu ber-bbq, nasib ada bibik opah aku yg perkasa ni, berjaya hidupkan bara lulzzzzz so melantak
la ayam sosej garlic bread dan sayur mayonis sambil sembang sembang tak sedar dah dekat tgh mlm opah aku pun
suruh bersurai.. huhuuuuuu




esok nya semua pakat nak pergi beraya ke rumah khairikhwan kt tambun,ipoh 
nasib ada si adham ni blh tunjuk jln, sementara nak tunggu arina kiteorng beraya ke rumah adham dulu

sedap cucur udang homemade yg dibuat oleh mak adham
aku gagahkan juga menelan cucur udang yg mengiurkan walaupun tekak aku meronta ronta JANGAN!
bila tekak berdegil, maka tekak aku start buat hal, rasa kegatalan tahap dewa
rasa mcm nak jolok guna berus gigi garu kt esophagus, bibir aku dah mula membengkak seperti roti doh yg mula mengembang dlm oven
nasib tak sebesar halkum bapak aku, fuhhh maka tak ketara

ok sambung

aku ingat rumah adham dgn rumah khai dekat mcm dri tmn samudera nak ke aeon manjung, rupanya jauh berbatu 
cisss aku tertipu
aku dgn skill yg ada pandu cermat jiwa selamat, tpi jiwa rakanku sofiyah dn iman tak tenteram tgk cara aku bwk kereta
dgn lampu kuning yg 'ready untuk pecut' yg sepatutnya 'bersedia untuk berhenti' kesah apa aku, kahkahkah
dgn gelagat org sekeliling bawak kereta yg tak bertauliah juga turut menggugat keselamatan kami,
semoga kami sentiasa dibawah perlindungan Allah

beraya kt rumah khai memang lawakk tahap itik gembo gembo, parents die takde so die bertanggungjawab melayan tetamu
ada ke patut die hidang ais batu besar gedebak,aku pun dgn skill yg ada guna kuasa yg ada tiba-tiba tgn aku 
berpancaran merah mengeluarkan haba *pengaruh sci-fi

tak aku tipu je, aku bukanlah bahan uji kaji saintis terkemuka di bumi malaysia ini ewaahhh
aku try cari lesum batu untuk hancurkan ais batu tersebut, habis aku geledah setiap pelosok almari kabiet dapur mak khai
sofiyah yg baik hati cuba tlg aku cri smpai periuk belanga bergelimpangan, maka kami pun berhuhu
khai pulak cuba buat troll apetah sampai nak bukak botol minuman karbonat guna pisau, kejadaaahhnya
adham was like "kau buat apa ni ngat? bukak botol pun xreti ke?" lalu adham dgn tgn berselirat urat ditgn mcm hulk
pulas penutup botol dgn mudah

khai juga dikenali sebagai ngat pula berhuhuuu, kiteorng gelak besar melihat  gelagat anak bongsu ni layan tetamu,
penyudahnya kiteorng yg melayan nya, like i said, ngat ni mcm adik bongsu dlm DECAY *winkwink

so borak borak, kehmain sodap sphagettaayyyyyy mak ngat masak, aku siap tambah 2kali smpai kenyang makan,
aku dh tak pikir, lantak la xtau malu ke apa, kesahhhh kehkehkeh yg pntg aku dpt melempiaskan nafsu mkn aku setelah berjam-jam
lamanya memandu..







balik aku guna WAZE, adham dah sedia mengajar aku mcm mane nak guna binatang tu, 
tgk jam pkul 2, tiket train sofi arina n iman pkul 3:45, ahh sudah sempat ke aku nak pecut ni
aku pndu dgn high speed, kalah bullet train, tiba-tiba aku dah tak jadi 'pemandu berhemah' 
break the rules kdg-kdg itu perlu *falsafah profshima

dkt gopeng aku amik mak aku kt rmh makcik sedara aku, kalau singgah rumah mkcik aku memang amik masa
makcik aku ni sgt lah pemurah nak bungkus itu ini, hidang itu ini, maka bermula la
'GOPENG-SUNGKAI DRIFT' aku
siap kena hon, kalau sebelum ni aku ikut had laju kat lebuh raya 110km/hr
kali ni aku pandu 140km/hr hamekk kauu, memang aku tawakal sebulat-bulatnya pada Allah
pendek kan cerita, aku dan train serentak tiba, memang tiga gadis genit ini bekejaran seperti nyaynyian kuch kuch hotakaihhh
sebelum pintu train tutup, kelihatan makcik-makcik cleaner cuba bantu kami dgn menjerit
"banggg tungguuuuuuuuuuuu ada budak ni haaa nak masuk" nasib la pegawai-pegawai ktm kt situ baik
hati, maka mereka pun selamat sampai ke destinasi, wahaaaaaaaaaa

HARI YG SGT COMEL :) 

hari raya 2015

pheew phewwww bapak lama dah aku tak menulis menaip, kemalasan aku dh memang tahap dewa, sekejap sgt ramadhon berlalu, and skrg dah seminggu lebih berhari raya
sunyi sepi je kg, kalau time hari raya, memang penuh laman opah aku dgn kereta, heboh sekampung
meriah sgt :D

so here aku nak share photos time raya sedikit and also the preparation,

biskut tradisi, buat dapat la 2 balang, and you know what?
raya kedua dh licin diratah oleh pirana-pirana yg sgt suka this biskut! wahahaha
im so happy that moment when dieorng makan biskut ni
dieorang was like "mygodd emmm sedapnya, sape buat ni?"
"eh sedap gila"*ambil segenggam biskut hampir separuh balang hahahaha

 nama: biskut cococrunch but aku and others panggil 'biskut terompah' timeni tah kemana acuan die hilang, next day bru jumpa
so next day aku buat the exactly 'terompah' shape, see~ ni je yg sempat aku tngkp gmbr xsempat nak tngkp gmbr time balang penuh wahahaha and they keep talking about my cookies
"akak sedapnya biskut akak buat"
"akak nak resepi"
"akak buat lagi"
mostly my sdare mara call me 'akak' since aku ada 2 beradik( kakak adik), btw kiteorng dah ada penyambung legasi 'kakak adik' iaitu anak kaklong nadia
qaisara dan umaira huhuuuuu
ada satu kali tu makcik aku berborak main dgn cucu "kakak, main ngan adik meh"
aku n adik mula buat muka "dah kenapa aku nak main dgn kau do?" adikaku gelak
then aku pun buat muka terpinga-pinga, rupanya makcik aku ckp kat baby comel qaisarah dan umairah wahahahhaha
takkira tua muda semua panggil aku 'akak' :)

buat lemang, pulut dekat 10gantang, dah mcm buat kenduri, daging dekat satu kawah, then byk jenis, dapat la dekat 20 batang lebih, pak ude dan pak itam incharge yg bakar lemang, makcik-makcik opah-opah more to me-rendang-kan daging, and the ladies memotong bawang berguni-guni hahahhahaha

so next sesi bergambar, tahun ni tak berapa ramai yg balik kg, kebanyakan beraya rumah mak mertua, halaahaaaaiiiii~ 


selamat hari raya ibu :)







ilove the pondok was so classic
memang patut pun ada pondok, sebabnya dah makin besar keluarga ni huhuuuuu
makin tak muat rumah, teringat pulak masa dulu time rumah opah belum renovate, ada yg smpai tido bawah meja makan,muahahahaha 

tadaaaaa my opah dah pakai shawl tau, malu la cucunda jika tidak up-to-date fashion kehkehkeh

tadaaaaaaaaaaaa

 tadaaaaaaaaaaaaa
tadaaaaaaaaaaaaa

fav picture, skuter merah yg sgt klasik kehkehkeh

the babies yg menceriakan hari kami di rumah,dgn telatah mereka yg sgt melucukan mygod so cute, the purple handsome one umar the green cute boy is iman :)

 tadaaaaaaaaaaaaa
 tadaaaaaaaaaaaaa
 tadaaaaaaaaaaaaa


 tadaaaaaaaaaaaaa
 tadaaaaaaaaaaaaa
 kemain kau jah
 tadaaaaaaaaaaaaa

 tadaaaaaaaaaaaaa
 tadaaaaaaaaaaaaa
 tadaaaaaaaaaaaaa


then raya keberapa tah aku buat tripke manjung, melawat ulala yg tercinta, dan rakan-rakan yg lain

si iqram ni memang sahabat aku sejak sekolah rendah, so jgn pelik tiap kali ke manjung ada je gambar aku dgn die hahahahaa

the triplets ni memang, kalau jumpa gegak gempita, dah byk gmbr bertiga mcm ni so sweet kau tau?
memang berpisah tiada, susah senang bersama ecewaaahh


so akhir kalam, happy aidulfitri



oh sbelumtu jgn lupa puasa enam kerana ganjarannya seperti org yg berpuasa setahun!wow!!
niat kerana Allah ye wahai diri dan sahabat :)
 and ladies jgn lupa qadho ye yg mana tinggal wahahahhahaha
semoga momentum ibadah kita tetap optimum dan istiqamah

haaa jujur sumpah sgt susah nak istiqamah, tah kenapa lain sgt time bulan ramadhan dn bulan lain, rahmat oh rahmat!
tenggelam timbul jugak, kalau dlu bulan ramadhan kerap solat berjemaah, skrg hmm
kalau dulu byk baca al-quran skrg hmmm
kalau dulu bulan ramadhan semngat beribadah skrg longlai

byk makan ni, ish, jom sama-sama muhasabah, iman naik turun, ye tau, so naikkan balik weh jom!
kuat ! kena kuat lawan nafsu! *fuhh berpeluh

k adioss mujahid mujahidah sekalian :)

ramadhan ku tahun in



alhamdulilah dah lebih separuh bulan kita puasa
so dengar rakan-rakan seperjuangan aku yg sefikrah
sibuk buat kerja-kerja dakwah,buat kebajikan masyarakat
hebat
hebat hamba Allah ni


jadi aku pun berhuhuhuhuuuuu terlentang keletihan dirumah
muahahahhahha

so

2 mggu pertama bulan ramadhan 
setiap pagi aku dan ibu tercinta bertaddarus di masjid
meh nak tekankan kat sini
taddarus ni sangat la afdhooooooool daripada kau baca sensorang

tah kenapa aku tak nampak anak-anak muda disekitar masjid
baik kuliah agama mahupun aktiviti masjid
*mencari-cari

nak dijadikan cerita aku bertaddarus dgn makciks *plural makcik kg menderang
masyaAllah terhibur aku sepanjang 3jam bertaddarus, ada yg melatah time baca
huruf atas dibaca huruf bawah, mata dah tak nampok 
yg takde huruf 'wau' ditambahnya,  wahahaha memang mcm-mcm gelagat aku jumpa
kagum tengok senior-senior ni gigih dtg masjid demi sesuap ilmu
walaupun ada yg sakit jantung,mata xberapa jelas,selagi hayat ada, ilmu perlu dituntut!


majlis khatam al-quran

dah banyak kali khatam
baru kali ni aku rasa puas

makcik sal power tajwid
byk benda aku baru belajar
Allahuakbar
kalau bukan Allah gerakkan hati aku, memang aku bakal dilaknat oleh Al-quran kelak di akhirat
makcik asiah
sedap bacaan-nya,berlagu, buat aku makin jatuh cinta dgn ayat-ayat Al-Quran
tu yg gian nak baca,rasa tenang

makcik minah dan makcik achek
penghibur kami,
bila mata dah kuyu ada je telatah mereka yg melucukan
manisnya ramadhan aku tahun ni hehehehehhhee


habis taddarus kopek durian
perghhhh bertimbun bak hang
simpan dalm peti-es 
buat tempoyak,cekodok,kuah dan segala berkaitan,memang hari-hari bau durian 
aku tgk dh takde selera
kawan-kawan semua dok "untungla kau" kpd ku
lalu aku pun berhuhu



ptg pulak aku berkebun
memandangkan bibik opah kali ni agak liat nak buat
kerja-kerja di luar
rimas aku tgk semak samun 
al-maklum duduk kg, lagi bertuah
halaman opah aku agak besar
memang peluh keluar kalah orang yg berjoging 10 kali round stadium manjung
dan memandangkan juga my mom sgt suka bunga, dan pandai tanam bunga
apa lagi
mak aku pun turunkan ilmunya kpd anak-anak nya 
cewaaaah

fav book
sebelum berkebun aku membaca buku
nak khatam semua buku yg aku beli di PIDOUBLEYOUTISEE

malam pulak, sehabis mungkin aku taknak tinggal terawih
terawih itu berehat, maka ber-terawih la ye
bukan senang nak dpt feel terawih ni setahun sekali!
habis terawih lari lintang pukang duk depan tv
tgk drama M.A.I.D ceh!

subuh Alhamdulilah ramadhan tahun ni Allah
bagi aku kekuatan berjemaah di masjid
tahajud,hajat,dhuha penyeri kehidupan

setiap kali sahur
setiap suapan maka berdoalah
"ya Allah! engkau berkatilah sahurku sebagaimana yg dijanjikan oleh nabi kami ya Allah
tukarkanlah keberkatan itu dengan ubat
dengan penawar yg boleh menyembuhkan sakit
yg boleh menghilangkan rasa malas didalm tubuhku
yg blh menghilangkan rasa kedekut didlm tubuhku
ya Allah
caikanlah sifat mazmumah yg tertanam didalam tubuhku"
dan minumlah kerana Allah,bukan kerana dahaga :)

so secara konklusinya
ramadhan ku kali ni meningkat prestasinya!

anda bagaimana ? 


KU YG DULU BUKAN YG SEKARANG



dulu,
bagi aku kejayaan tu berkat usaha
sekarang
kejayaan itu atas kurniaan Allah
usaha tu hanya penyebab aku berjaya

dulu,
couple tu benda biasa bagi aku
sekarang
couple tu binasa bagi aku
couple tu benda pelik dalam hidup aku
kau couple? kau bertuhankan?
maka gerunlah hati

dulu,
aku berhijab kerana ikutan rakan
sekarang
berhijab itu wajib dan suatu perintah drp Tuhanku Yg Maha Esa

dulu,
mencarut itu suatu zikir
sekarang
memuji Allah itu menjadi tasbih hati dan lidahku

dulu,
berbual kosong dgn lelaki itu perkara biasa
sekarang
cukuplah kita bincang hal kerja

dulu,
melepak buang masa itu sudah pasti
sekarang
tadabbur Al-quran menjadi hobi

dulu,
membaca Al-quran hanya lepas maghrib
sekarang
aku gian nak baca Al-quran setiap kali lepas solat

dulu
solat itu hanya ikut org
kalau tak solat nnti org kutuk
sekarang
solat itu suatu tanda syukur dan kau hidup bertuhankan Allah yg Esa

dulu
yg aku tau belajar > sukses > kerja > kahwin > mereput dlm kubur
sekarang
dakwah dan tarbiah elemen plg asasi dalam kehidupan mukmin
dakwah itu lah hidup seorang mukmin
manusia itu diwujudkan untuk hidup beragama
mukmin itu tugasnya adalah memperjuang kan Aqidah

dulu
setiap kali gagal aku berasa kecewa dn mempersalahkan tuhan
sekarang
kegagalan itu titik permulaan untuk aku berjaya
aku berterima kasih kepada tuhan

dulu
tiada siapa hiraukan aku
siapa aku ? hanya manusia biasa yg dipandang remeh
sekarang
pandangan dan pendapat ku diterima
bila sebut saja namaku
ada sahaja pujian dan kata manis buat ku

dulu
kawan itu hanya sekadar suka-suka
sekarang
kawan dan sahabat itu cerminan buat diriku
maka aku perlu berkawan dgn org yg menjaga Agama Allah
kelak aku tak terpesong
ya aku ingin mnjadi qudwah hasanah kpd rakan-rakan ku
kita berkawan kerana Allah
ukhwah fillah

dulu
tugas aku sebagai anak hanya mendengar kata
sekarang
tugas aku sebagai anak wajib melaksanakan hak terhadap ibu bapa
taat,sayang,pelihara ibu bapa ku

dulu
lelaki dimata aku hanya seperti seekor buaya
yg hanya tunggu saat untuk membaham mangsanya
dan biar mangsa itu membusuk
sekarang
lelaki itu adalah pemuda
Pemuda yg menjadi pemimpin 
dalam keluarga
yg menjadi tauladan yg baik kpd anak-anak dn keluarga
yg membimbing keluarganya ke arah sinar islam

dulu
"aku adalah muslim"
hanya tahu solat,puasa,zakat,haji,syahadah
sekarang
seseorang muslim itu mempunyai tugas dan makna yg besar
iaitu mengajak umat manusia di seluruh pelosok dunia
untuk mentauhidkan Allah
maka tertegaklah kalimah Allah dimuka bumi
agar dunia menjadi saksi
kelak tiada alasan diberi

jadi akhi dan ukti sekalian
bersediakah engkau berada dijalan ini
tanpa keluh kesah,
tanpa seribu satu alasan
membawa risalah Allah
berbuat baik mencegah dari yg mugkar

tepuk dahi
tanya iman

#budakKakiTarbiah 

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...