ramadhan ku tahun in



alhamdulilah dah lebih separuh bulan kita puasa
so dengar rakan-rakan seperjuangan aku yg sefikrah
sibuk buat kerja-kerja dakwah,buat kebajikan masyarakat
hebat
hebat hamba Allah ni


jadi aku pun berhuhuhuhuuuuu terlentang keletihan dirumah
muahahahhahha

so

2 mggu pertama bulan ramadhan 
setiap pagi aku dan ibu tercinta bertaddarus di masjid
meh nak tekankan kat sini
taddarus ni sangat la afdhooooooool daripada kau baca sensorang

tah kenapa aku tak nampak anak-anak muda disekitar masjid
baik kuliah agama mahupun aktiviti masjid
*mencari-cari

nak dijadikan cerita aku bertaddarus dgn makciks *plural makcik kg menderang
masyaAllah terhibur aku sepanjang 3jam bertaddarus, ada yg melatah time baca
huruf atas dibaca huruf bawah, mata dah tak nampok 
yg takde huruf 'wau' ditambahnya,  wahahaha memang mcm-mcm gelagat aku jumpa
kagum tengok senior-senior ni gigih dtg masjid demi sesuap ilmu
walaupun ada yg sakit jantung,mata xberapa jelas,selagi hayat ada, ilmu perlu dituntut!


majlis khatam al-quran

dah banyak kali khatam
baru kali ni aku rasa puas

makcik sal power tajwid
byk benda aku baru belajar
Allahuakbar
kalau bukan Allah gerakkan hati aku, memang aku bakal dilaknat oleh Al-quran kelak di akhirat
makcik asiah
sedap bacaan-nya,berlagu, buat aku makin jatuh cinta dgn ayat-ayat Al-Quran
tu yg gian nak baca,rasa tenang

makcik minah dan makcik achek
penghibur kami,
bila mata dah kuyu ada je telatah mereka yg melucukan
manisnya ramadhan aku tahun ni hehehehehhhee


habis taddarus kopek durian
perghhhh bertimbun bak hang
simpan dalm peti-es 
buat tempoyak,cekodok,kuah dan segala berkaitan,memang hari-hari bau durian 
aku tgk dh takde selera
kawan-kawan semua dok "untungla kau" kpd ku
lalu aku pun berhuhu



ptg pulak aku berkebun
memandangkan bibik opah kali ni agak liat nak buat
kerja-kerja di luar
rimas aku tgk semak samun 
al-maklum duduk kg, lagi bertuah
halaman opah aku agak besar
memang peluh keluar kalah orang yg berjoging 10 kali round stadium manjung
dan memandangkan juga my mom sgt suka bunga, dan pandai tanam bunga
apa lagi
mak aku pun turunkan ilmunya kpd anak-anak nya 
cewaaaah

fav book
sebelum berkebun aku membaca buku
nak khatam semua buku yg aku beli di PIDOUBLEYOUTISEE

malam pulak, sehabis mungkin aku taknak tinggal terawih
terawih itu berehat, maka ber-terawih la ye
bukan senang nak dpt feel terawih ni setahun sekali!
habis terawih lari lintang pukang duk depan tv
tgk drama M.A.I.D ceh!

subuh Alhamdulilah ramadhan tahun ni Allah
bagi aku kekuatan berjemaah di masjid
tahajud,hajat,dhuha penyeri kehidupan

setiap kali sahur
setiap suapan maka berdoalah
"ya Allah! engkau berkatilah sahurku sebagaimana yg dijanjikan oleh nabi kami ya Allah
tukarkanlah keberkatan itu dengan ubat
dengan penawar yg boleh menyembuhkan sakit
yg boleh menghilangkan rasa malas didalm tubuhku
yg blh menghilangkan rasa kedekut didlm tubuhku
ya Allah
caikanlah sifat mazmumah yg tertanam didalam tubuhku"
dan minumlah kerana Allah,bukan kerana dahaga :)

so secara konklusinya
ramadhan ku kali ni meningkat prestasinya!

anda bagaimana ? 


No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...